Friday, April 8, 2011

Sekiranya Benda Hidup

Lepas krole balik dari kerja dan sampai kerumah~ destinasi pertama yang krole nak pergi adalah bilik mandi pergh!!! memang lega kan??? setelah seharian berkerja terus berendam dalam tub mandi huh!!! memang relaks ngeee~ setelah siap krole pun mendapatkan lappy kesayangan, nak update blog katakan tapi!!! tak dak idea pula!!! adus lama juga krole renung lappy tu dan rasanya kalau lappy tu hidup (bernyawa) rasanya mesti dia kata macam ni "weiii!!! kau tengok apa!!!" huhuhu~ tak tahulah krole mungkin begitu kot~ ting!!! bunyi orang dapat idea sambil sebiji mentol timbul diatas kepala... ya!!! kali ini krole nak buat entri mengenai apa yang akan berlaku sekiranya benda-benda yang kita gunakan selama ini mempunyai nyawa dan perasaannya sendiri, cuba korang semua bayangkan??? mesti seram kan??? kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, bacalah entri krole ni ye... serius krole kata kalau korang tak baca memang rugi ahaks~

Televisyen :
-kalau benda ni bernyawa mesti dia takkan menyiarkan rancangan-rancangan yang berunsur maksiat dan hiburan kerana takut akan mendapat dosa dan seksaan dineraka kelak.

Tangga :
-huhuhu benda ni mesti akan menyumpah manusia yang selalu memijaknya terutamanya yang memakai kasut kotor... juga kepada manusia yang tidak dapat membezakan tandas dengan tangga~ ahaks rasanya korang semua pahamkan??

Handphone :
-mesti akan menutup matanya daripada melihat video-video 3GP yang tak berapa nak senonoh yang simpan oleh empunya dan kerap muntah kerana selalu terdengar ayat-ayat jiwang tahap 7 petala langit daripada pemabuk cinta.

Facebook :
-pasti facebook takkan komen merapu kerana takut dituduh memfitnah, dan juga tidak lagi meletakkan gambar-gambar yang bukan-bukan... takut kena marah ahaks~

Lif :
-Kepada lif yang gayat mesti akan takut ke tingkat yang tinggi walaupun kita menekan butangnya banyak kali. dan mesti banyak lif yang cemburu sesama lif lain yang hanya lepak dilevel G sahaja~

Kereta :
-pasti akan membawa dirinya secara perlahan kerana takut mati sia-sia hehehe~ dan rasanya pasti akan wujud perasaan bongkak sekiranya ditambah aksesori canggih dan terkini.




p/s : kalo lappy lak camne ek???

9 Komen:

c-tea said...

haha..betul jugak..dan toilet mesti taknak terima najis dari manusia..alamatnya nak buang air kat mana kalau semua tempat bernyawa??haahaha

Kira Kekuri said...

kalau lappy,pasti dia rasa sakit sbb tuannya asik tekan2 badan dia tuk update blog sahaja! hahaha juz kidding ;)

Lydia Miza said...

wak..hihi..kelakar lah entri awak ni.sakit perut saya gelak sambil bayangkan lappy saya bernyawa dan kerusi saya marah saya duduk atas dia..hik3

krole said...

c-tea=wuahhh menarik!!!bru krole terfikir~

krole said...

kira=huhuhu..krole stuju ngeee~

krole said...

LM=ahaks tol wak..krole tgh bat en3 ni pon tergelak2 sorang ngee~syok sndiri katakan~

sarah mohamad said...
This comment has been removed by the author.
sarah mohamad said...

kalu lappy mesti cakap "udah2 ler tuu duk tenung aku." hiks

krole said...

sarah=hikhikhik..msti g2 kan ngee~