Friday, June 24, 2011

Seronok Tidak Terkira

Huh!!! macam mana krole nak mulakan entri kali ini ya??? hm... yeah!!! argh!!! ooo!!! seronoknya rasa hati ini!!! esok dah adalah hari terakhir krole berkerja selepas tu??? yeah!!! balik kampung hihihi... mana taknya krole seronok sangat dalam setahun paling banyak pun 2 kali je krole dapat balik kampung, salah satu faktor kenapa terjadinya sepeti itu adalah duit, pergh!!! bila balik kampung budget kena ada~ tambang pun kadang-kadang boleh sampai seribu keatas pergi dan balik hah!!! tapi alhamdulillah kali ini krole dapat tiket murah sikit berbanding yang sebelumnya hihihi awal booking, nasib baiklah cuti lulus kalau tidak komfirm burn macam tu je. Tapi risau juga krole kalau terlampau seronok ni??? kadang-kadang bila kita terlampau seronok mesti ada benda yang akan kita terlupa untuk bawa nanti.

Thursday, June 23, 2011

Kenapa Terasa Lama

Pelik betulah hari ini??? apa yang pelik tu krole??? entahlah... macam mana krole nak terangkan ni ya??? krole rasa pelik sangat hari ini, kenapa krole rasa hari ini terlampau lama... sesaat dah jadi macam seminit, seminit dah macam sejam, sejam pergh!!! tak payahlah krole nak kata terasa sangat lamanya, waktu 2 bulan sebelum balik kampung ok je krole rasa, terasa cepat je masa berlalu, tapi sejak tarikh yang ditunggu-tunggu semakin tiba wuah!!! lama pula rasanya~ tak sabar rasanya nak balik kampung hehehe... korang semua mesti fahamkan kenapa krole happy sangat, kalau boleh krole nak cerita tiap hari pasal tu kat dalam blog ni, tapi krole takut nanti ada yang menyampah pula hehehe gurau je~ tapi memang excited krole kali ini, baju pun separuh dah masuk beg bagasi huhuhu~ semangatkan??? inilah kali pertama krole balik kampung bawa banyak barang.

Wednesday, June 22, 2011

3 Hari Lagi

Krole ada pengumuman penting untuk member-member semua, so dengar baik-baik ya heee~ sebenarnya hujung minggu ini krole akan kembali ke tanah kelahiran krole iaitu sabah negeri di bawah bayu yeah!!! hehehe... seronok rasanya... tapi... cuti krole tak adalah lama sangat~ 2 minggu je kali ini adus. Sebenarnya krole balik ni nak buat persiapan untuk majlis kenduri pertunangan krole yang akan berlangsung pada 3 JULAI 2011 sekiranya tidak ada halangan yang mendatang pergh!!! ayat tu!!! hantaran alhamdulillah semunya dah cukup pergh!!! cuak rasanya krole... harap-haraplah krole tak akan buat perkara-perkara yang memalukan nanti ngeee~ minggu ini ramai member-member sepenjawat mengucapkan tahniah ke atas krole hehehe lawak juga rasanya, bukan apa macam krole balik ni nak berkahwin pula rasanya??? tapi apa-apa pun thanks guys for your support all this time~

Monday, June 20, 2011

Selesai Menjalani Kursus

Terima kasih krole ucapkan kepada semua diatas respond yang krole dapat di entri yang sebelum ini, pesanan dari member-member semua akan krole ingat selalu~ ohya krole ingin menjawap persoalan dari member-member yang meninggalkan komen di ruangan "krolezone shoutz" tu??? jawapanya... krole bukan nak berhenti berblogging pun cuma dua hari ini krole sibuk mengikuti kursus hehehe korang semua mesti tahukan kursus apa yang dianjurkan pada waktu-waktu cuti ni??? hehehe ya betul!!! baru selesai mengikuti kursus kahwin yeah!!! ups terlebih sudah~ krole ikuti kursus kahwin ni di pejabat agama islam hulu langat, dan krole memang berpuas hatilah dengan penceramah dan layanan yang diberikan oleh urusetia program... seronok sangat kerana ceramah yang disampaikan memang santai, langsung tak boring kalau boleh krole nak ikut sekali lagi aik??? huhu gurau je cukuplah sekali.

Friday, June 17, 2011

Sinar Harapan

Dimana saat krole jatuh... krole bersyukur sangat-sangat kerana diberi sinar harapan olehNya, insyallah krole akan cuba sebaik mungkin untuk meperbetulkan kesilapan-kesilapan yang telah krole lakukan, syukur sangat~ diatas nasihat kata semangat daripada member-member semua (alam maya dan alam sebenar) tak putus-putus menasihati krole, korang semua memang terbaik!!! semangat krole untuk meneruskan kehidupan ini pun datang kembali sedikit demi sedikit walaupun ia akan mengambil masa namun mulai hari ini krole akan lebih menghargai nyawa yang dianugerahkan kepada krole. Insyallah walaupun kita tak boleh mengelakkan daripada melakukan kesilapan didalam hidup ini, apa yang perlu kita buat adalah belajar daripadanya kan??? walau sepahit mana pengalaman itu, insyallah walaupun agak sukar krole akan cuba sebaik mungkin, walau hati ini terasa sakit sangat krole akan hadapi juga terima kasih "sinar harapan" rasanya tanpa "sinar harapan" krole akan semakin tengelam kedalam kegelapan.

Rindu Waktu Itu

Air mata tolonglah berhenti... berhentilah!!! semalam krole habiskan masa dengan merenung masalah krole yang rasanya tak ada penyudahnya??? krole cuba fikir positif seperti nasihat daripada member-member semua, mencari penyelesaian yang sampai ke pagi ini krole tak dapat juga. Perit terasa bila jadi macamni, segala-segalanya menjadi tak tentu arah~ apa yang krole buat semuanya tak menjadi ada saja perkara yang tak kena berlaku... huh!!! dengan tekanan kerja bertambah dengan masalah ini seperti tak tertahan diri krole ini... nasib baiklah kita ni ada pegangan kalau tidak rasanya krole dah lakukan perkara yang bukan-bukan dah... Hati sembuhlah dikau dari luka ini, krole dah tak tahan... tolonglah sembuh~ tak tenteram hati ini sakit sangat... kalaulah boleh krole undurkan masa kan bagus??? tapi semua itu hanya angan-angan dari imiginasi krole je langsung tak akan berlakukan??? sakit sangat bila terfikir pasal itu, sekarangni krole banyak habiskan masa dibilik dan duduk seorang, entahlah krole rasa itu yang terbaik.

Thursday, June 16, 2011

Selalu Bersama Kamu

Kalau boleh krole tak nak berpisah dengan "si dia" walau sesaat pun, "si dia" seperti nyawa krole... kalau terpisah alamatnya matilah diri krole ni, tapi nak buat macam mana kehidupan ini sentiasa perlukan pengorbanan dari kita kan??? walaupun terpaksa berpisah jauh namun krole gagahi jua, sentiasa memberi semangat kepada "si dia" agar sentiasa bersabar kerana satu hari nanti kita pasti akan disatukan juga insyallah, tapi kenapa "si dia" tak nampak pengorbanan krole selama ini, krole tak salahkan dia cuma mungkin diri krole ni yang tak cukup bagus untuk mendidiknya~ kecewa krole... tapi bukan kecewa terhadap "si dia" tapi terhadap diri krole sendiri... rupanya banyak lagi perkara yang belum krole tempuhi dalam hidup ini...??? krole cuba membuat "si dia" faham namun tiap apa yang krole buat mesti menemui jalan buntu, teruk krole ni kan??? walhal satu hari nanti krole ni kan akan menjadi ketua keluarga... beginikah sikap seorang ketua keluarga??? teruk krole ni... krole ni memang tak guna.

Aku Ingin Lari

Kalaulah krole boleh lari meninggalkan ini semua huh??? alangkah seronoknya~ tapi sayang semua itu hanya angan-angan kosong krole yang rasanya sampai bila-bila tidak akan dapat tertunai hanya impian serupa angin yang berlalu tanpa ada sesiapa yang boleh melihatnya~ alangkah indah sekiranya krole boleh lari ke dunia dimana krole boleh menentukan semuanya huh??? terbang ke sana sini tanpa ada siapa yang menghiraukan diri krole ni??? tapi perkara itu amat mustahil bagi krole rasanya, adus-adus semakin hari terasa seperti diri krole ini ditelan oleh dunia yang fana ini, tak dapat bergerak... tak dapat bersuara... hanya boleh berdiri disitu sahaja mengikut arus disuruh tunduk krole tunduk, disuruh lompat krole lompat... walau sakit hati ini untuk menurut namun apakan daya krole hanya petualang biasa didalam chapter kehidupan ini. Apa yang perlu aku lakukan untuk dapat terbang seperti yang lain???.

Wednesday, June 15, 2011

Aku Ingin Berseorangan

Kebelakangan ni tak tahu kenapa??? krole suka menghabiskan masa berseorangan... tak tahulah semenjak dua tiga menjak ini banyak perkara yang terjadi keatas krole, membuat krole berfikir bahawa bersyukur sangat dapat hidup didunia ini walaupun kita tahu bahawa semua ini hanya sementara~ mati itu pasti kan??? dengan berseorangan krole dapat merenung lagi tentang kehidupan ini dengan lebih mendalam~ huh!!! korang jangan salah sangka pula, krole bukannya mengalami sindrom kemurungan ahaks~ jauh sekali, tak tahulah nak terangkan macam mana~ sekiranya ia kemahuanNya apa-apa pun boleh berlaku keatas kita tak kira sebaik mana kita mengelaknya hm... ramai juga member-member krole perasaan akan perubahan yang krole buat sekarangni, bukan nak tarik perhatian pun cuma mood memang nak berseorangan sekarangni, best juga bila tahu ramai yang ambil berat tentang kita kan??? tambah-tambah member serumah krole ni ahaks~ siap belikan krole kueh kejap tadi, krole tolak pemberiannya tapi dia paksa juga, selagi dia tak nampak krole makan dia tak akan keluar dari bilik krole hehehe.

Keindahan Pagi Yang Menakjubkan

Huh!!! selalunya krole asyik komplain je pasal kerja malam ni kan??? tapi sebenarnya ada juga kelebihan kerja malam ni, krole tak tahulah sama ada korang anggap ini kelebihan atau tidak tapi bagi krole pergh!!! memang tak terbayanglah betapa beruntungnya krole kerja malam ni, semalam dalam lingkungan jam 12 keatas krole dengan seorang member ni tengah duduk lepak sembang-sembang atas alasan tak dapat tidur hehehe... tengah kitaorang sembang-sembang krole sempat dongak ke langit, huh??? memang takjub krole dengan ciptaan Yang Maha Esa~ cantik sangat kalau bukan kerana kerja malam rasanya krole tak akan perasaan keindahan semalam, ala... biasalah kalau diluar pergh!!! yang kita tahu jalan-jalan dengan member-member je mana lah nak sempat menghayati keindahan malam, terlampau sibuk mencari hiburan dunia~ tapi semalam pergh!!! memang beruntung rasanya dapat tengok keindahan tu damai rasanya hati ini dan terasa kerdil sangat diri ini disisiNya. Lepas itu peristiwa pagi tadi memang tak dapat krole lupakan.

Tuesday, June 14, 2011

Dugaan Yang Perlu Ditempuhi

Orang selalu kata bila kita hendak memulakan hidup baru dengan "si dia" mesti akan menerima pelbagai cubaan dan dugaan dalam kehidupan harian??? dalam keseronokkan krole dan "si dia" menguruskan majlis yang bakal kitaorang alami... banyak dugaan dan cubaan yang mendatang tapi alhamdulillah syukur krole ucapkan ke hadrat illahi kerana "si dia" selalu berada disana apabila krole memerlukannya, "si dia" selalu membuat krole tersenyum walaupun ditimpa masalah, membuat krole ketawa dikala kesedihan... "si dia" sangat memahami krole, rasanya "si dia" lebih memahami diri krole berbanding krole sendiri??? semua tentang "si dia" selalu menarik perhatian krole, krole sayang sangat dengan "si dia"... kelebihan dan kekurangannya seperti menjadi pelengkap pada diri krole yang banyak kekurangan juga, dalam hati krole selalu berharap "si dia" pun berfikir begitu juga terhadap krole~ kosong sangat dunia ini sekiranya tak dengar gelak tawa daripada "si dia", ok-ok dah~ nanti muntah pula korang dengan ayat-ayat merapu dari krole ni kan???.

Anugerahkan Aku Kekuatan Itu

Tak tahu macam mana krole nak luahan perasaan yang terbuku didalam hati krole sekarangni, aduh!!! sakit sangat!!! nasiblah akal fikiran ni masih boleh berfikir dengan waras kalau tak... waktu-waktu macam inilah krole perlukan seseorang untuk memberikan dorongan dan semangat kat krole, kalau duduk kampung dulu maklah yang selalu menjadi peneman~ tapi sekarangni dah jauh aduh!!! sakit sangat!!! didalam hidup kita ini mesti akan sekali atau dua kali atau berkali-kali akan menerima dugaan yang hebat daripadaNya, dan sekarang krole mengalaminya, "ya Allah kuatkanlah hati hambaMu ini, kurniakanlah ketenangan hati kepada ku, ya Allah tunjukkanlah aku jalan untuk menempuhi dugaan ini" nasib baiklah ada blog ini... bolehlah krole meluahkan sedikit sebanyak perasaan yang tak terkira beratnya yang dah krole tanggung selama ini, apa-apa pun krole harap korang semua bahagia dengan hidup korang semua, ramai yang tak suka cuai dalam tiap apa yang dilakukannyakan??? namun sebaik mana kita cuba mengelaknya satu hari nanti pasti akan berlaku juga.

Monday, June 13, 2011

KL Gangster Mahu Disaman?

Huh!!! baru saja filem ini meningkat naik dipasaran tiba-tiba ada pula kes nak kena saman??? padahal filem ini baru sahaja ditayangkan dan banyak mendapat pujian daripada pelbagai pihak diatas kualiti pelakon dan jalan ceritanya yang banyak memberi pengajaran kepada penonton-penonton yang melihatnya, krole hari tu tengok kat The Mines pergh!!! waktu tu memang sesak gila, maklumlah baru keluar~ huh!!! tapi krole memang nak tabik springlah kat pengarah muda Syamsul Yusuf ni kerana berjaya membuat sebuah filem aksi yang memang lain daripada yang lain huh!!! tapi pagi ini lain pula ceritanya, pengarah muda ini akan bakal disaman oleh PEKIDA (pertubuhan kebajikan dan dakwah islamiah malaysia ??? hanya kerana mereka merasakan filem itu seperti memburuk-burukkan pertubuhan mereka??? hanya kerana dalam filem itu ada menyebut gelaran ayahanda, abang long, kak long dan abang kawasan??? adoi pula dah!!! tak faham betul krole perkara kecil macam tu pun nak terasakah??? biasa dengar peribahasa ini tak "siapa yang makan cili dialah yang akan rasa pedasnya".

Friday, June 10, 2011

Semakin Hampir

Mak!!! krole nak kahwin!!! hehehe~ sila abaikan jeritan batin krole tu ya... uwek!!! ups ada yang termuntahkah??? korang semua yang biasa dengan krole mesti perasaan akan perubahan dari krole kan??? bukannya krole dah malas dengan berblogging ni atau kehabisan idea untuk update!!! hehehe... sebenarnya banyak sangat idea krole sekarangni, berlambak-lambak cuma tunggu masa je untuk ditaip ahaks~ krole sibuk sangat sekarangni, kalau nak cerita tu hehehe rasanya awal lagi kot~ tapi krole ada bagi pembayang dah dalam entri ni dan entri-entri sebelum ni so korang semua buat-buat faham ya. Biasalah bila jauh dari kampung, kalau nak urus benda-benda macam ni rumit sedikit, namun krole akan cuba juga buat sehabis baik~ barang-barang pun dah hampir semua krole dapat dan tarikh pun semakin dekat, pergh!!! cuak juga krole dibuatnya~ tapi harap semuanya akan berjalan lancarlah nanti, korang doa-doakan krole ya, tanpa korang siapalah krole~ aik!!! tiba-tiba pula huh!!!.

Thursday, June 9, 2011

Siapakah Malaikat Itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua~ harap korang semua sihat-sihat sejahtera ya disamping keluarga yang tercinta, hari ini krole nak kongsi sebuah kisah yang krole terbaca daripada majalah yang amat terkenal dinegara kita iaitu mastika, krole rasa korang semua mesti minat dengan cerita ini, so jom layan... Suatu hari, seorang bayi menerima perintah dari Penciptanya : " Sebentar lagi engkau akan bersiap sedia untuk dihantar turun ke dunia". Sesungguhnya bayi itu berasa takut dan gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yang tidak pernah dilihatnya. Lalu bertanya bayi itu pada Tuhannya : "Selama ini ada malaikat yang menjagaku. Dan para malaikat jua memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia. Tetapi bagaimana aku akan hidup didunia itu dengan tubuhku yang lemah dan kecil ini? "Lalu Tuhannya menenangkannya dengan menjawab : "Jangan takut. Sesungguhnya aku telah memilih seorang malaikat yang terbaik untuk menjaga dan mengasihimu didunia itu nanti". Bayi itu tetap jua takut dan bertanya lagi.

Tuesday, June 7, 2011

Kesibukkan Tahap Dewa

Adus rindunya krole kat blog ni uwah!!! berapa hari dah tak update??? hah!!! seminggu!!! setahun!!! hehehe... lebih-lebih pula krole ni kan??? tapi yang paling utama krole rindukan korang semua, buat masa ini krole tak dapat lagi nak terbang-terbang bersama korang semua, tak tahu nak kata macam mana??? cuma... buat masa ini krole sibuk sangat dengan hidup krole, kalau nak cerita rasanya awal lagi kot, so bila tiba masanya krole akan cerita juga kesemuanya kepada korang semua ok~ disini krole juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca-pembaca blog ini kerana sentiasa menyokong hari demi hari tanpa kira henti??? aik!!! macam tak betul je ayat tu kan??? ahaks~ terkejut juga krole tengok jumlah traffic kat blog ni, ingatkan berkurangan sempena penyepian krole ni??? rupa-rupanya makin meningkat dan semakin meningkat dari biasa, korang semua memang terbaik!!! doakan krole berjaya dalam urusan krole ni ya~ insyallah bila selesai, kita terbang ramai-ramai yeah!!!.

Friday, June 3, 2011

Hari Sudah Tengahari

Cuba korang tengok diluar tingkap korang sekarangni~ hari dah tengahari kan??? pergh!!! matahari betul-betul tepat kat atas kepala ni adus, krole ada pengumuman penting untuk korang semua, dengar betul-betul ya... krole belum mandi!!! wuah!!! dari semalam sampai ke hari ini langsung tak keluar setitik pun dari kepala paip tu!!! dah lah semalam mandi ala-ala bujang lapok hehehe korang mesti tahu macam mana bujang lapok mandi kan??? hehehe ibarat tak mandi pun~ hehehe... terima kasih kepada syabas kerana berjaya membuatkan badan krole ni sebusuk sampah dan krole juga hendak mengucapkan jutaan tahniah kerana berjaya membuat penduduk kat perumahan krole ni semuanya dah macam zombie... air... air (macam zombie kampung pisang... otak... otak) huh!!! hari ini krole kerja petang, alamatnya tak mandilah krole hari ni~ nak pergi solat ni pun mandi tapi mandi minyak wangi ahaks~ bolehkah mandi kat masjid nanti??? adus, nanti orang kata apa pula kan??? harap-haraplah balik dari kerja malamni air dah ada kalau tak ada pergh!!! susah nak krole luahkan perasaan ini.

Thursday, June 2, 2011

Air Yang Sangat Penting

Kalau diberi pilihan??? antara air, api, dan apa-apa sajalah benda yang ada di dunia ini. Korang akan pilih yang mana??? huh!!! kalau soalan ini diajukan kepada krole masa ni nak tahu apa jawapan krole??? krole pilih air!!! diulangi air!!! uwah!!! huhu kenapa krole ni macam sedih pula??? macam mana tak sedih tadi krole balik dari kerja je, pergh!!! dengan badan yang dah bau macam tong sampah membuatkan krole cepat-cepat buka baju dan menuju ke destinasi impian iaitu bilik mandi, sekali perasaan yang teruja krole memutar cepat kepala paip dengan harapan air akan keluar dengan derasnya dari muncung kepala paip tersebut. tapi??? uwah!!! kenapa tak keluar air!!! yang keluar angin je, krole pun naik hangin bila jadi macam tu!!! nak kata krole tak bayar bil, dapat gaji je dah setel semuanya??? haish!!! kenapa??? mengapa??? bagaimana??? apakah??? dimanakah silapnya??? hehehe... bukan apa korang cuba bayangkan dari tadi krole tak mandi lagi!!! adus, mana tahan!!! harap-haraplah kejap lagi ada air, seksa sangat tak ada air ni, korang ada pengalaman macam krole ni tak???.

Wednesday, June 1, 2011

Bila Hati Dah Berbunga

Huh!!! apakah maksud tajuk entri kat atas tu??? hehehe... krole pun tak tahu kenapa nak buat entri jiwang pula malamni ahaks~ bukan apa, bila hati dah berbunga semua apa yang kita lakukan didalam hidup seharian kita indah je rasanya kan??? korang semua yang tengah hangat bercinta sekarangni mesti faham maksud krole kan??? hehehe senang cerita pada masa hati berbunga ni pijak semut pun tak mati??? huh!!! tapi pesan krole kepada semua sang pangeran cinta diluar sana cinta itu bukan selalunya indah??? maksud krole dalam bercinta kena ada batas-batasnya jangan main ikut rasa hati je... kenapa krole kata macam tu??? cuba korang tengok tajuk-tajuk utama kat surat khabar masa kini, kes buang bayi!!! merata-rata je!!! di longkanglah, di tandaslah, dan banyak lagilah!!! itu semua gara-gara penyalahgunaan cintalah tu!!! huh!!! bila baca kes-kes macamni memang angin satu badan krole, slumber je diaorangni membunuh!!! nyawa tu!!! kata cinta kenapa tak bertanggungjawab, kesian kat bayi tu tak sempat handak melihat keindahan dunia ni~ memang berjiwa binatang!!!.