Tuesday, May 31, 2011

Tak Seperti Dahulu

Korang ingat tak zaman kanak-kanak korang??? maksud krole ingat tak mainan apa yang paling top waktu tu??? huh!!! nak dijadikan cerita cuba tengok gambar kat atas tu pergh!!! GULI!!! mesti ramai yang kenal akan benda yang sering diagung-agungkan oleh kanak-kanak satu ketika dahulu, huh!!! waktu tu seronok main guli ni boleh diibaratkan seperti seronok main PS3 lah katakan!!! hehehe... memang layan, kadang-kadang tu sampai lupa masa. Krole!!! huh!!! teringat jeritan mak waktu tu... pasal krole ni kalau dah main guli dengan member-member pergh!!! komfirm tak ingat dah nak balik rumah, sampai makan tengahari pun tak ingat dah ahaks~ tapi cuba korang tengok kanak-kanak zaman sekarangni huhuhu, silap-silap kalau korang ajak diaorangni main guli, kena gelak kaw-kaw je korang... biasalah zaman millenium ni mana dah budak-budak pandang mainan serupa guli ni, hehehe... diaorang main PSP, PS, komputer dan macam-macam lagilah teknologi sekarangni yang krole pun tak berapa nak arif.

Monday, May 30, 2011

Jangan Berlagak Sangat

Huh!!! kalau tengok tajuk kat atas tu komfirm korang semua budget ini entri orang yang tengah panas a.k.a marah kan??? tapi korang semua silap!!! hehehe... entri ini merupakan pengalaman yang krole alami baru kejap tadi hehehe... kenapa krole asyik gelak??? macam mana tak gelak apa yang krole cerita kejap lagi pergh!!! lawaklah!!! tapi tak tahulah korang pendapat korang??? ok-ok begini ceritanya, pagi tadi krole pergi ke majlis penyerahan tugas pengarah penjara kajang... tapi bukan krole yang jadi pengarah ye, krole jadi penonton je ahaks~ biasalah bila dah ramai berkumpul ni banyaklah cerita-ceriti yang kita dengar... tapi yang krole pelik ada seorang member ni (nama dirahsiakan) asyik poyo je krole tengok!!! rupa-rupanya dia ni dari tadi nak tunggu masa je nak tunjuk hanphone baru dia??? sekali iphone 4 wa cakap lu!!! dahsyat betullah mamat tu!!! apa lagi dengan muka poyo dan berlagaknya dia pun menunjukkan kelebihan iphone 4 miliknya tu. Itulah best inilah best... krole suka juga tengok tapi cara beliau amat menyakitkan hati, berlagak sangat!!! boleh dia kata kitaorangni tak up to date gara-gara tak ada iphone 4.

Sunday, May 29, 2011

Mentari Yang Menyinar Pagi

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana member peluang sekali lagi kepada kita semua untuk meneruskan lagi kehidupan di dunia ini. Hari ini tak pelik pula krole bangkit awal dari tidur seawal jam 5 pagi tadi??? pergh!!! selalunya bila cuti-cuti macamni komfirm bangun lewat, sampai member serumah krole pun kepelikkan huhuhu... mana taknya bangun awal, semalam krole awal masuk tidur ahaks~ letih sangat seharian berjalan meredah ke fanaan dunia ini cis... semalam korang semua mesti pergi karnival sejuta belia kat putrajaya tu kan??? rasa sayang pula krole tak dapat pergi!!! pasal member-member kat sini cerita banyak aktiviti-aktiviti yang menarik mereka langsungkan kat sana, contohnya seperti x-trema sport, drift, menyanyi, gusti lengan??? hah!!! gusti lengan!!! wuah!!! gusti lengan pun ada, adoi rugilah krole macamni, hehehe... bukan apa kat tempat krole ni, gusti lengan amat diminati ramai dan semalam kat putrajaya tu ramai yang join adalah member krole~ adoi rugi-rugi... krole suka sangat gusti lengan ni, nak kata terer tu tak adalah tapi minat sangat~ huhu... selalunya kalau krole gusti lengan dengan member-member banyak kalah dari menang ahaks~

Saturday, May 28, 2011

Maharaja Lawak Minggu 9

Huhuhu... memang bestlah maharaja lawak minggu ni ahaks~ suka tengok persembahan kesemua perserta huh!!! bak kata juri profesional Saiful Apek "macam nak terputus urat pankreas" krole tengok... tapi sedih juga sebab kumpulan balas tersingkir minggu ni uwah!!! mungkin bukan rezeki diaorang kot??? mana taknya persaingan yang ditunjukkan para peserta memang dahsyat!!! kalau krole lah jadi juri pergh!!! tak tahu nak komen apa, sebab rata-ratanya semua best~ jozan dengan persembahan yang menampilkan semula watak Mail Lambung pergh!!! layanz, jambu pula dengan segmen apa pun tak bolehnya hehehe memang bestlah, krole harap minggu hadapan prestasi kesemua peserta akan terus meningkat dan bukannya menurun ok!!! tapi boleh kata minggu ni jambu paling menyerlah diantara kesemua peserta syabas inspektor sahab!!! ohya kepada member-member yang belum lagi melihat persembahan mereka disini krole sertakan beberapa link persembahan mereka pada malam tu, jom layan yeah!!!.

Friday, May 27, 2011

Takutkah Kamu Kepada Allah

Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari sebagai pembuka kata, manusia sering kali leka dan alpa terhadap dunia fana yang bersifat sementara ini~ kita sering lupa akan apa tujuan sebenarnya kita diwujudkan oleh Yang Maha Esa ke dalam dunia ini??? iaitu untuk beribadat hanya kepadaNya... Kita manusia ni terasa seram sejuk (takut) apabila mendengar cerita-cerita hantu yang mungkin kita pun tak pernah jumpa didalam hidup kita, kalau jumpa pun mungkin hanya di panggung-panggung berdekatan ahaks~ tapi kita langsung tak gerun apabila mendengar akan hukuman-hukuman yang disediakan oleh Allah S.W.T di akhirat (neraka) kelak kepada hamba-hambaNya yang ingkar terhadap suruhanNya iaitu amal ibadat. Cuba korang semua tengok manusia masa kini, pergh!!! kadang-kadang krole rasa cara masyarakat sekarangni dah serupa dengan cara masyarakat zaman jahilliah dahulu, perbuatan maksiat dibangga-banggakan dan syirik diamal-amalkan huh!!!. Langsung tidak gentar akan kemurkaanNya walhal kalau Allah nak tarik nyawa kita senang je, ibarat 1... 2... 3... macam tu je.

Thursday, May 26, 2011

Pengisyaratan Lucah

Pergh!!! tajuk kali ini memang dahsyat!!! tapi krole bukan nak buat entri 18sx ya, takut ada yang salah sangka atau teruja bila ternampak tajuk entri krole ni ahaks~ sebenarnya krole nak kongsikan peristiwa yang krole alami atau lebih tepat ternampak sendiri minggu lalu, huh!!! krole ni baru lak nak update, huhu sory~ waktu tu krole and the gang ramai-ramai pergi tesco kajangni ala yang dekat highway cheras tu!!! waktu kitaorang tengah nak parkir motor-motor kesayangan tiba-tiba ternampaklah kitaorang sebuah scene yang amat menyakitkan hati, dimana kelihatan seorang pemuda baya-baya krole kot dan seorang makcik bergaduh kerana berebut parking, huh!!! teruk juga situasi waktu tu habis semua ayat makian dikeluarkan oleh kedua-dua pihak, tapi yang hebat tentunya yang muda~ kerana semakin ramai orang berkerumun disana makcik tadi semakin slow, tapi lain pula jadinya pada pemuda tadi pergh!!! makin rancak. Kitaorang waktu tu malas nak ambil pot sangat tapi kalau bro tadi main kasar kat makcik tu pergh!!! komfirm kitaorang berubah jadi power rangers, pasal angin sangat tengok gelagat dia.

Manusia Memang Pelik

Krole peliklah dengan perangai manusia pada zaman sekarangni... tapi bukan macam kat atas tu, hehehe... tu tak pelik, pasal dia tu tengah kerja... bagus kerja macam tu daripada samun sana samun sini kan??? janji halal. Aik!!! kenapa krole muat naik kalau macam tu??? hehehe tak tahulah krole tengok kiut pula orang kuning digi ni hahaha so saja muat naik~ korang rasa kiut tak??? ok-ok dah jauh keluar tajuk ni merapu je krole ni... berbalik kepada topik kita untuk hari ini ya, perangai manusia zaman sekarangni pelik sangat bagi krole??? nak tahu kenapa??? ok-ok krole tengokkan orang masa kini, ala senang cakap kitalah kan??? hehehe, kita ni mudah sangat terhutang budi pada orang lain yang membuat sedikit kebaikkan terhadap diri kita, tidak kiralah bantuan yang kita terima itu dari segi fizikal atau rohani??? tapi yang peliknya kita jarang berterima kasih atau rasa terhutang budi pada Allah yang tak pernah lupa memberikan kita rezeki dan nikmat yang tak terkira??? adakah kita lupa atau buat-buat lupa.

Wednesday, May 25, 2011

Kenapa Krole Tak Suka Kerja Malam

Kenapa krole tak suka kerja malam??? hm... banyak sebabnya, pertama sekali tak dapat blogwalking malam-malam uwah!!! dah lah kebanyakkan member blogger krole online malam so tak dapat nak sembang-sembang dengan diaorang minggu ni. Kedua hm... seperti yang kita ketahui bahawa Allah menjadikan malam ini adalah untuk kita merehatkan badan disamping menambah amal ibadat, ala senang cerita malamni untuk tidur so korang fikirlah sendiri waktu tidur tu dijadikan waktu kerja pula pergh!!! memang tekanan dibuatnya terutamanya bila jam 12 keatas pergh!!! waktu tu dah macam zombie dah krole tengok member-member sepenjawat ahaks~ cakap orang dia pun sama heee... ketiga tak dapat nak keluar malam uwah!!! bukan krole tak suka keluar siang cuma malamni feelingnya lain sikit terutamanya bila keluar guna motor... feelingnya sangat sejuk terutama kalau hujan habis basah kuyup hehehe~ tapi walaupun krole tak suka kerja malam... krole kena pergi juga kalau tak tak adalah fulus, korang jangan menangis ya hehehe.

Sekali Mengigau Da~

Zzzzzz... hehehe ni krole nak cerita sikit pengalaman yang krole alami semalam huhuhu~ aik!!! kenapa ni krole belum cerita dah gelak seorang, huhu bukan apa teringat je mesti tergelak... korang pernah mengigau tak??? mesti tak tahu kan??? macam mana nak tahu kalau masa mengigau tu korangkan tengah tidur ??? hehehe... so macam mana krole boleh tahu krole mengigau semalam??? begini ceritanya kan krole kerja malam mingguni, waktu habis tugas semalam seperti biasa krole and the gang akan masuk bilik tidur khas bagi kitaorang. Tak tahulah kenapa??? senang je krole lelap semalam, baring je tup tup dah lelap~ dalam jam 4 pagi kot member krole kejutkan krole... pergh!!! terkejut krole " nape bro???" member krole tadi sempat lagi senyum kambing "ko mengigau role". Adus malunya krole, pasal boleh kata ramai lagi member-member yang tak lelap waktu tu dan semuanya melemparkan senyuman maut kat krole, member krole tadi pun duduk ditepi krole dan berkata "ko rindu awek ke role???" ah!!! kenapa tanya macam tu.

Tuesday, May 24, 2011

Kenapa Mesti Mangkuk

Krole tak tahu selama ini korang perasan atau tidak yang masyarakat kita ni suka sangat menyamakan sesorang itu dengan sesuatu benda??? hah!!! tak faham??? ok-ok relaks sila ikuti entri krole kali ini untuk memahami apa yang krole repekkan ini ya ahaks~ tanpa kita sedari kadang-kadang tu dalam perbualan kita selalu akan menyamakan seseorang itu dengan benda-benda yang selalu kita gunakan, terutamanya sewaktu kita marah dimana mulut lebih cepat bertindak sebelum otak mampu berfikir... ok contohnya macam ayat ini " adus!!! mangkuk betulah budak tu!!!" hehehe kan??? itu baru sikit tu, kalau terlampau bengang mungkin ayat mangkuk tadi boleh ditambah seperti mangkuk tingkat, mangkuk jamban dan berbagai-bagai mangkuk lagilah... pergunaan ayatnya pula amat mudah, ringkas dan padat contohnya seperti ayat ini "woi!!! mangkuk tingkat betul!!!" hehehe biasa dengar tak??? ringkas dan padatkan??? tapi persoalannya disini kenapa mesti mangkuk...??? kenapa bukan piring, cawan atau apa benda yang sewaktu dengannya.

Monday, May 23, 2011

Terima Kasih Blogger Ellen

Sebelum krole memulakan entri kali ini... krole ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada member-member semua krole tak putus menyokong blog krole yang buruk ni hehehe... terharu krole kerana semakin ramai yang mengikuti perkembangan blog krole ni dari sehari ke sehari huh!!! terima kasih juga krole ucapkan kepada korang semua kerana sudi berkawan dengan krole, krole harap krole boleh jadi seorang member yang baik bagi korang semua~ insyallah. Entri kali ini krole tujukan khas buat member blogger krole iaitu Ellen ala~ ellen!!! tak kan tak kenal... owner blog MummyNemo.com, mesti ramai yang dah kenalkan??? bukan apa bagi krole ellen ni jenis yang mudah mesra serta happy go lucky so mesti ramai yang selesa berkawan dengannya kan??? Tiba-tiba nak ucap terima kasih kenapa ni krole??? bukan apa baru kejap tadi krole tengok pencapaian traffic krole minggu ni pergh!!! memang best, itu pun kerana korang semua, kalau tak sunyi sepilah blog krole ni... tapi krole terharu tengok kebanyakkan traffic ni datang daripada bloglist ellen huh!!! beruntung krole dapat masuk bloglist ellen yang meletop tu~ hanya doa dan persahabatan je krole boleh balas sekarangni.

Sunday, May 22, 2011

Sikap Pemandu Teksi Kita

Krole ingat lagi pengalaman krole sewaktu mula-mula sampai ke semenanjungni, pergh!!! mula-mula sampai memang kagum siot~ memang jauh beza daripada kampung halaman krole, waktu itu turun dari kapal terbang je huh!!! jadi kelam kabut krole tak tahu nak pergi mana, yang ada hanyalah sehelai kertas dalam gengaman iaitu alamat yang perlu krole pergi "sg. jelok, kajang", akhirnya disebabkan terlampau pening dan tak tahu arah tuju, krole mengambil keputusan untuk menaiki teksi saja atas alasan lebih mudah walaupun agak mahal sikit. Setelah puas mencari akhirnya ada sebuah teksi yang menawarkan dirinya untuk membawa krole ke alamat yang hendak dituju, huh!!! happy juga krole pada mulanya, tapi semasa perjalanan hendak ke kajang krole pelik kerana ada member krole yang belajar disemenanjung memberitahu yang kajangni tak jauh hanya 40 minit perjalanan je dari airport, tapi krole tengok jam dah nak satu jam lebih dah masih tak sampai-sampai nak kata jalan jem, lengang je krole tengok. Akhirnya krole pun tanya pemandu teksi tu, "pakcik lama lagikah nak sampai".

Saturday, May 21, 2011

1000 Tweets

Twitt... twitt... twitt mula-mula boring juga krole benda twitt ni~ tapi bila dah lama pergh!!! layan juga benda ni!!! setiap hari ada saja yang mahu ditwittkan??? jadi ketagih pula, mungkin pasal benda ni simple kan??? so senang nak faham... terutama kepada orang yang kurang sikit dengan dunia IT ni macam krole ahaks~ nasiblah krole perasan tadi, twitt punya twitt rupa-rupanya krole dah twitt sebanyak 1000 kali huh!!! dah banyak rupanya krole merapu kat sana... huhuhu... krole ni kan??? orang lain dah berpuluh-puluh ribu twitt tak kecoh pun, ni baru seribu siap buat entri lagi ngeee~ bukan apa saja nak bagitahu kat korang semua yang krole sekarangni kerap sangat online twitt ni, so kepada member-member semua~ sekiranya berminat followlah krole kat twitter boleh kita berdiskusi disanakan??? kalau nak cerita pasal meriah??? huh!!! twitter ni sentiasa meriah dengan twitt-twitt yang best daripada twitters semua, semakin ramai member korang semakin meriahlah dunia twitter korang... macam krole ni biasa lagi kot??? tengok je lah baru ada 86 member ahaks, maklumlah masih baru~ kepada yang berminat nak add krole klik sini je ya.

Friday, May 20, 2011

Cerita Digi WWWOW Award

Sekarangni dunia blogger dilanda satu fenomena baru yang krole rasa dah ramai orang tahu kan??? hehehe... krole ni kan!!! benda dah basi baru sibuk update cerita pasal benda ni ngeee~ bukan apa best juga krole tengok benda-benda macamni, so tahniah kepada syarikat digi kerana berjaya mencipta satu event yang best seperti ini... Digi WWWOW Award pergh!!! ayat terbaik yang krole boleh beri untuk memberi komen berkenaan event ini hanyalah WOW!!! huh!!! kadang-kadang tu krole ada juga survey benda ni dan sekali sekala mengundi juga ahaks~ namun sedikit teguran kepada para peserta yang menyertai event ini ya, bukan apa tak salah nak promote blog korang yang best tu, cuma biarlah ngam caranya ya... jangan pula main spam-spam atau memaksa member-member blogger lain untuk mengundi anda. Ada satu kes ni dia nak krole undi tapi dia cakap macam ni kat krole "undi saya ek, kalau tak undi kita putus kawan" huhuhu... korang rasa patut tak ayat tu??? mungkin niatnya hanya bergurau kan??? krole ok je bila baca ayat tu, tapi... lain orang lain perangainya, kena orang tu tak boleh terima ayat tu, pergh!!! jadi satu kes pula kan???

Thursday, May 19, 2011

Biarlah Entri Itu Benar

Setiap hari krole mesti teruja ingin berterbangan keblog member-member semua, biasalah dalam dunia berblogging ni setiap hari mesti ada cerita baru, fakta, maklumat dan bermacam-macam lagi kisah yang dikongsikan oleh blogger-blogger tanah air kita mahupun blogger negara jiran. Bagi krole sekiranya anda ingin berkongsi akan sesuatu maklumat ataupun fakta buatlah kajian betul-betul keatas topik tersebut, jangan main taip ikut suka hati je, kalau nak cerita tentang kisah hidup seharian kita tak apalah... Kajian tu amat penting dan krole rasa dengan kemudahan internet sekarangni hm... rasanya semuanya boleh dapat kat dalam internet ni kan??? kalau rajin pergilah perpustakaan yang berdekatan ahaks~ kadang-kadang tu krole ada terbaca beberapa fakta atau maklumat yang menarik dari blog member kita seorang ni (nama dirahsiakan), tapi sekali krole kaji pasal benda tu, pergh!!! salah rupanya member tu bagi tahu, senang cerita entri yang dibuatnya hanyalah auta semata-mata. Nasiblah krole belum bercerita tentang benda tu kat kawan-kawan sepenjawat krole, kalau tak huh!!! komfirm malu punya.

Nenek Teror

Huh!!! ingatkan abang teror tu dah cukup teror, rupa-rupanya nenek ni lagi teror pergh!!! memang respek sangat!!! korang semua cuba tengok gambar kat atas tu, untuk pengetahuan semua aksi yang nenek tu buat adalah aksi betul, benar, atau true yang dilakukan olehnya sendiri huh??? sekali pandang susah nak percaya o0o00!!! dua kali pandang??? pergh!!! lagi payah nak percaya hehehe... korang kenal tak siapa nenek ni??? nama beliau adalah Bette Calman iaitu seorang instruktur yoga yang berumur 85 tahun wuah??? dia ni juga dinobatkan sebagai instruktur yoga tertua di dunia. Dahsyatkan??? walaupun tubuhnya sudah dimamah usia namun krole rasa kelenturan dan kelincahannya mungkin boleh mengalahkan orang yang lebih muda daripadanya betulkan??? namun pesan krole kepada nenek-nenek diluar sana sila jangan cuba aksi-aksi seperti diatas ya takut lain pula jadinya ahaks~ lagipun nenek teror ni berpengalaman selama 40 tahun dalam bidang ni, tu yang teror buat aksi-aksi macam diatas. Cuba tengok aksi kat bawahni??? korang boleh buat tak???.

Wednesday, May 18, 2011

Tutorial Floating Button

Ehem... ehem~ malamni krole nak jadi cikgu pula, bolehkah??? huhuhu ok-ok korang semua mesti dah perasaan kan benda kat tepi sebelah kiri blog krole ni kan??? hah~ itulah floating button namanya, benda ni berguna sangat terutama kepada blogger-blogger yang masih baru dan ingin mempromote blog mereka secara lebih meluas melalui laman-laman sosial yang ada dinegara kita sekarangni. Bukan itu saja, dengan meletakkan floating button ni didalam blog anda juga secara tidak langsung anda dapat lagi menambah kenalan dikalangan blogger diakaun sosial anda pergh!!! perkara ni memang terbukti benar!!! mana taknya benar sejak krole letak floating button ni kat blog bertambah ramai member krole di facebook dan twitter yang bestnya lagi semuanya adalah blogger yeah!!! so macam mana??? berminat tak nak ikuti tutorial krole kali ini, hehehe... ok sepeti biasa krole akan cuba buat tutorial ni sesimple yang boleh agar mudah dibuat dan berjaya dilaksanakan.

Tuesday, May 17, 2011

Krole Ketagih Benda Ni

Pergh!!! kalau tengok tajuk entri kali memang tak boleh blah hehehe, macam ketagih benda tu je kan??? krole rasa korang semua faham maksud krole kan??? "belia benci dadah!!!" huh!!! begitulah yang selalunya dilaungkan didalam kempen-kempen membenteras gejala benda haram tu~ aik!!! keluar tajuk dah krole ni, nanti tak pasal-pasal krole kena kata blogger penagih pula ahaks~ ala bila korang tengok gambar didalam entri ini yang khas krole muat naik untuk tatapan semua pasti terus tahu kan apa maksud tajuk entri krole kali ini??? krole pun tak tahu kenapa jadi begini??? kalau tak update benda ni dalam sehari mesti hati tak senang, duduk diam pun tak boleh... so krole mengaku yang krole dah ketagih sangat-sangat dengan blog ni ahaks~ kira confesionlah ni katakan ngeee~ korang semua pula macam mana??? sekiranya korang semua mempunyai simptom-simptom seperti dibawah huh!!! berwaspadalah kerana korang semua mungkin juga dah ketagih dengan benda yang bernama blog ni.

Kebaikkan Warna Hijau

Huh!!! alhamdulillah selamat juga krole sampai ke rumah walaupun basah kuyup huh!!! hujan lebat kat sini, inilah nasib penunggang motosikal bila panas hangus dibaham bahang matahari dan bila hujan pula habis basah dibasahi titisan hujan... tapi tak apa janji rock kan??? aik!!! ada kaitankah??? krole nak mohon maaf kepada member-member semua kerana tak dapat nak terbang-terbang sangat keblog korang semua, krole hanya mampu balas sebagai silent reader buat masa ini~ bukan apa kesihatan krole sedikit terganggu sekarangni, tak adalah parah sangat cuma demam dan selsema aduh... 2 penyakit inilah krole paling anti sekali, bukan apa kalau penyakit ni tercombo dan berkampung dibadan krole comfirm selera makan hilang, mana taknya hilang??? makan apa pun tak ada rasa!!! badan rasa panas sejuk je, dengan cuaca sekarangni pergh!!! dalam selimutlah jawapnya, nak emce malas pula nanti masuk rekod kerja pula??? hm... sabar sajalah kan??? cuba korang tengok gambar kat atas tu, ada rasa apa-apa tak???.

Monday, May 16, 2011

Rindu Krole Tak

Krole kembali!!! huh!!! korang rindu tak dengan krole??? hehehe... berusang dah blog krole ni tak berupdate, seronok sangat balik kampung walaupun hanya 4 hari namun pergh!!! berbaloi sangat yeah!!! hari ini krole dah mula kembali berkerja adus nasib baiklah kerja petang sempat juga krole basuh baju, kemas rumah, huh!!! boleh kata penuhlah masa dengan aktiviti kebersihan hari ini. Sekarangni pun baru lepas iron uniform kejap lagi nak kilatkan kasut huh!!! inilah yang payahnya bila kerja dalam unit beruniform semua kena berkilat, kalau tak berkilat alamatnya kena marahlah dengan bos hehehe. Makan tengahari pun krole belum lagi siapkan, korang ada apa-apa cadangan untuk krole??? maksud krole nak makan apa tengahari ni??? ohya sebelum krole terlupa terkejut juga krole walaupun blog ni tak berupdate ramai juga member-member yang singgah so krole nak ucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi menerjah blog krole ni ya, insyallah lepas ini krole akan balas kesemua jejak tersebut~ korang semua memang best~ terbaik!!!.

Wednesday, May 11, 2011

Susahnya Nak Tidur

Euw~ domo!!! tak senonohlah, tidur meleleh air liur tu hehehe... tak sangka domo boleh tutup mata juga kan??? huh!!! takjub ni!!! sebenarnya krole nak masuk tidur awal malam ni, korang semua mesti tahukan??? esok krole balik kampung yeah!!! tapi kenapa tak dapat tidur ni, dah lah flight awal, krole takut bangun lewat je adus. Wahai mata kenapakah dikau tidak menurut perintah krole malamni, selalunya bila krole nak masuk tidur je engkau turut perintah dan membawa krole ke alam mimpi yang selalunya indah~ kenapa??? kenapa??? ups terlebih sudah, mungkin terlampau teruja nak balik kampung kot ahaks~ hm... barang-barang semua dah siap packing, tapi kali ini krole balik bukan seorang??? krole ditemankan domo tersayang hehehe, sebenarnya krole ada membeli domo lagi hari tu~ saja nak hadiahkan untuk anak buah tersayang kat kampung, harap dia suka hadiah dari krole ni. Huh!!! nak jam 12 dah ni... adus mata cepatlah lelap, tolong!!! nak BW kejaplah~ aik???

Hadiah Header Untuk Ucukeyna

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada member-member semua, hari ini krole nak beri hadiah yang paling istimewa kepada seorang member blogger krole ni iaitu blogger ucukeyna, sebenarnya beliau baru je tukar header baru ahak~ krole tak ada niat untuk nak kata header barunya tidak cantik cuma krole ni lain sikit kalau tiba-tiba datang idea dan mood komfirm laju je tangan ni membuka software photoshop dan mengelik-gelik tetikus bagi mewujudkan idea yang ada dikepala otak krole ni ahaks~ krole tengok header blog ucukeyna ni ada semangat jihad selari dengan lagu rasmi blog beliau pergh!!! tu yang krole respek tu, so untuk header kali ini krole beri sedikit sentuhan keislaman dan cute tu semestinya ngeee~ krole harap awak sudi terima dan suka dengan header yang krole buatkan ini, kalau awak rasa belum mahu pakai header tu simpanlah ya. Eh??? membebel panjang pula krole ni kan??? headernya mana??? ahaks~ sabar-sabar ya, ok-ok awak boleh ambil header tu terus didalam entri ini yang krole muat naik khas untuk awak, berdebar-debar ni nak tahu apa pendapat awak dan member-member semua.

Terbang Pulang

Huh!!! apa lagi ni krole??? tak habis-habis dengan terbang-terbangnya ngeee~ sebenarnya krole ada pengumuman penting untuk korang semua, krole nak balik kampung!!! yeah!!! hehehe... sebenarnya krole dah lama tempah tiket flight air asia ni, waktu tu harganya murah sangat RM50 pergi-balik huh??? murahkan??? dan tak sangka pula cuti krole diluluskan oleh bos yang tersayang che~ bodek lebih nampak!!! apa-apa pun seperti biasa korang semua mesti tahukan kalau krole balik kampung alamatnya kurang berupdatelah blog krole yang buruk ni, bukan kerana bila balik kampung krole jadi malas nak update cuma... kat kampung langsung tak ada internet, kalau nak online pun kena pergi pekan~ insyallah krole akan tetap update juga sekiranya mampu. Ohya krole balik ni tak lama, cuma 4 hari je bermula esok~ so korang jangan pula menangis-nangis rindu kat krole ye ahaks~ adakah yang sampai begitu sekali??? ohya gambar kat atas tu adalah gambar pekan beaufort iaitu kampung krole huh!!! cantikkan???

Tuesday, May 10, 2011

KL Gangster

Kebelakangan ni kebanyakkan filem-filem tanah air kita semakin mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat kita yang dahulunya lebih tertumpu kepada filem-filem barat. Mungkin disebabkan kualiti filem kita tak macam dulu dah~ sekarangni kita pun dah boleh buat efek-efek khas yang berteknologi tinggi dan kualiti lakonan daripada pelakon tempatan semakin dapat menarik perhatian penonton khususnya, pergh!!! filem "kongsi" yang dibintangi shaheizy sam pun belum keluar lagi dah ada pula cerita baru timbul "KL GANGSTER" huyo!!! mesti korang semua dah tahu kan??? hehehe~ krole baru je tahu hari ni ahaks~ nampak sangat krole ni ketinggalankan??? pengarah cerita ni adalah syamsul yusof iaitu merupakan pengarah kepada cerita evolusi KL drif, bohsia, jangan pilih jalan hitam, dan evolusi KL drift 2 juga pergh!!! kalau bab cerita-cerita gangster ni mesti mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat kita, yang bestnya zizan raja lawak ada berlakon dalam filem gangster ni ahaks, teruja nak tengok.

iPad 2 Boleh Membunuh

iPad membunuh??? wuah!!! betulkah ni krole??? jangan main-main benda macam ni nanti tak pasal-pasal kena saman dengan syarikat apple ngeee~ mesti ramai dah tahu tentang gadget baru iPad 2 ni kan??? fuh!!! dunia sekarangni semakin maju dengan pesat, krole dah jauh ketinggalan ngeee~ krole saja buat tajuk suspen kat atas tu, bukannya iPad tu yang membunuh??? tadi tengah krole baca paper hm... maksud krole baca online kat internet, nak beli malas huh!!! adalah krole terbaca satu artikel yang menyatakan 4 orang tercedera sewaktu majlis pelancaran iPad 2 di beijing pada bulan ini??? pergh!!! pelikkan??? majlis pelancaran iPad 2 pun boleh membawa kepada kecederaan huh!!! dah tu 4 orang pula mangsanya, gara-gara nak beli iPad 2 je, pergh!!! dahsyat betul pengaruh gadget-gadget ini kepada manusia zaman sekarang. Tak sangka gara-gara benda tu je orang sanggup berebut-rebut dan bertumbuk antara satu sama lain kerana risau tak dapat memiliki gadget yang digilai ramai tu, huh!!! dunia oh dunia kenapalah jadi sampai begitu sekali??? cuba korang tengok gambar kat bawah ni, hah!!! itulah rupa mangsa-mangsa yang cedera tu.

Monday, May 9, 2011

Masa Itu Emas

Biasa dengar tak ayat ni "alamak tak ada masa dah ni!!!", huh??? orang tua kita selalu menasihati agar menghargai masa namun selalunya kita semua mesti tak akan hargai sesuatu masa itu kecuali apabila kita sudah terlepas akan masa tersebut kan??? peribahasa ada menyebut "masa itu emas" namun tahukah korang semua bahawa masa itu tiada dijual dimana-mana kedai emas hehehe... betulkan??? ia juga tidak boleh digadai dimana-mana kedai pajak gadai terutamanya kedai pajak ah-leong aik??? macam ada pengalaman je krole ni ahaks~ taklah saja gurau-gurau dengan korang semua ngeeee. Ok-0k kita sambung semula topik kita, adakah betul masa itu emas??? tapi tak pernah pula krole tengok cerita-cerita kat suratkhabar masa kena ragut atau dicuri??? korang pernah baca tak??? mesti tak pernahkan???, walaupun peribahasa menyatakan "masa itu emas" korang jangan pula pandai-pandai menjadikan masa itu hantaran untuk perkahwinan korang nanti, silap-silap kena penampar berapi bakal bapa mertua korang je pangggg!!!. Masa itu sungguh penting, ia sentiasa bergerak dan tidak akan menunggu kita so kepada semua hargai setiap detik masa anda kerana semua itu pasti akan menjadi kenangan dimasa akan datang.

Sunday, May 8, 2011

Nak Sangat Berjogging

Aduh... du... du~ aik!!! macam bunyi dangdut dah hehehe~ wuah!!! sekarangni baru krole berkesempatan nak update blog yang tersayang ahaks~ ni krole nak cerita sikit, petang tadi krole and the gang pergi jogging kat taman hospital kajangni, best juga tempat tu. Nyaman je udara kat sana, tapi yang tak nyamannya pasangan-pasangan yang lepak kat sana, rasanya korang semua faham maksud krole kan??? memang tak malulah diaorang tu!!! tapi krole bukan nak cerita pasal tu!!! tengah krole and the gang berjogging ni adalah seorang member krole ni asyik usha awek je kerja dia, lari sikit je "weii!!! weii!!! awek cun lah!!!" hahaha dia ni tergolong dalam spesis pantang nampak perempuan kot??? tapi ada satu insiden menimpa beliau petang tadi, hahaha!!! tengah dia khusyuk usha awek yang tengah berjogging kat sana, tak tahu macam mana...??? sekali masuk longkang da~ walaupun longkang tu tak dalam tapi boleh tahan juga bunyi dia jatuh tadi, krole tengok dah macam nangka busuk dia jatuh tadi hahaha!!! padan muka hang!!! lain kali kalau nak jogging padang depan jangan asyik usha awek je~ ngeeee.

Selamat Hari Ibu

Ibu... ibu... engkaulah ratu hatiku~ bila!!! hehehe korang semua ingat tak lagu-lagu ni kalau ibu krole dengar mungkin menangis kot... suruh krole berhenti ahaks~ kerana suara krole kurang merdu sikit ngeee~ kalau bahasa kasarnya sumbang!!! ibu engkaulah ratu hatiku, ingatkah lagi sewaktu krole mula bersekolah ibu selalu kejutkan krole dikala pagi membuka tirainya dan menyiapkan krole sehabis baik!!! wahai ibuku ingatkah lagi sewaktu ibu menepek bedak johnnson kat muka krole sebelum krole pergi ke sekolah hehehe terima kasih ibu, waktu itu krole tengok muka krole dah macam pelakon opera cina da~ ngeee... memang ibu yang terbaik dalam hidup krole, ibu selalu menyediakan bekal untuk krole ke sekolah... bangun awal untuk menyiapkan sarapan khas untuk krole je~ eh??? silap-silap untuk adik-beradik yang lain juga, hehehe nanti merajuk pula adik-beradik krole, jangan marah hah heee... krole ingat lagi ibu selalu memarahi krole dahulu, krole tahu krole nakal sikit waktu kanak-kanak dahulu, terima kasih ibu selalu ada disana untuk krole, pengorbanan ibu takkan krole lupakan hingga ke akhir hayat... walaupun kini krole jauh dari ibu, namun dihati tetap dekat seperti dahulu.

Saturday, May 7, 2011

Laman Sosial Yang Semakin Penting

Krole tak tahu korang semua perasan atau tak tapi cuba korang semua renungkan sekejap akan kepentingan laman-laman sosial yang terdapat didalam jaringan internet ni terutamanya facebook, boleh kata didalam negara kita memiliki akaun facebook adalah satu kewajipan. Kalau tak ada akaun facebook pergh!!! tak tahu korang nak kata apa??? sebenarnya krole nak kongsi sedikit pendapat krole mengenai laman sosial ini yang semakin hari semakin penting dalam kehidupan kita, didalam jabatan krole ni terdapat banyak bahagian iaitu platun dan laman sosial facebook ni dijadikan sebagai salah satu alat untuk berkomunikasi diantara semua bahagian ini, contohnya sekiranya ada mesyuarat ketua-ketua platun kitaorang akan publish kat wall mereka akan tarikh dan tempat yang akan diadakan mesyuarat tersebut. Siap boleh letak note lagi "p/s : wajib mai, sapa tak mai kena denda" ahaks~ ia lebih mudah daripada menyediakan memo kan??? satu kes lagi korang biasa tak kena tag jemputan kenduri kahwin kat dalam facebook, huh!!! kalau krole bab ni pergh!!! tak payah nak ceritalah!!! senang je nak jemput orang sekarangni kan sekiranya ada majlis-majlis tag kat facebook je hehehe.

Maharaja Lawak Minggu 6

Huh!!! cerita maharaja lawak lagi!!! harap-harap korang semua tak bosan dengan update maharaja lawak dari krole ya??? ok minggu ni persembahan yang disajikan oleh para peserta maharaja lawak sememangnya kurang memuaskan berbanding dari minggu lalu yang sememangnya meletup!!! minggu ini boleh dikatakan persembahan daripada kumpulan jambu amat menyerlah, kebelakangan ini krole semakin minat dengan kumpulan duo diantara tauke dan yus ni~ cara persembahan mereka keseluruhannya amat profesional dan santai ahaks~ chee... krole komen-komen ni macam terer pula, silap-silap kalau naik pentas kelu lidah tak boleh cakap satu patah perkataan pun. Ingat senangkah nak buat stand up komedi dihadapan penonton yang ramai serta juri yang profesional dan ternama, mesti tekanan yang mereka alami amat dahsyat!!! so walaupun keseluruhannya minggu ini kurang memuaskan namun krole tetap respek kat mereka semua~ anda semua terbaik!!! tapi yang krole pelik kenapa minggu ini tidak ada penyingkiran ya??? tak faham betullah astro ni??? macam tak adil pula. Ohya trademark minggu ini "AMARIKA MU MIR!!!" huhuhu memang lawak. So sini krole sertakan link-link video persembahan minggu ini, enjoy!!!.

Osama Disahkan Mati

Terkejut krole tengok tajuk utama suratkhabar pagi ini, "Al-Qaeda Sahkan Osama Maut". Siapa sangka persoalan yang banyak memberi tanda tanya kepada dunia telah terjawap semalam??? mengikut apa yang krole baca pagi ini kumpulan Al-Qaeda sendiri telah memberi pengesahan akan kematian ketuanya Osama Bin Laden di dalam satu mesej internet yang disiarkan semalam. "Ya Allah sekiranya perkara ini benar Kau rahmatilah roh arwah yang telah banyak berkorban untuk menegakkan kebenaran di dunia ini yang semakin lama diperintah oleh kaum laknat ini, tempatkanlah beliau bersama orang-orang yang beriman disisi Mu Ya Allah" kepada member-member semua marilah kita bersama menadahkan tangan, menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Mesej yang diterima semalam juga ada menyatakan bahawa kumpulan Al-Qaeda akan menuntut bela ke atas Amerika dan Pakistan diatas kematian ketua mereka. Krole hormati keberanian mereka ini, malu rasanya diri ini kerana tidak seberani mereka, kumpulan Al-Qaeda ini juga akan menyiarkan pita audio Osama seminggu sebelum kematiannya.

Friday, May 6, 2011

Doa Bangun Dari Tidur

Assalamualaikum dan salam jumaat kepada member-member blogger diluar sana, dipenghujung hari, kita semua pasti akan melelapkan mata bagi merehatkan badan yang seharian berkerja mebanting tulang untuk mendapatkan sedikit rezeki daripadaNya. Syukur sangat kerana Allah menciptakan malam untuk kita semua, cuba korang semua bayangkan hari kita tidak ada malam??? asyik pagi je memanjang!!! pergh!!! komfirm jadi mayat hidup kita a.k.a ZOMBIE!!!, lihatlah betapa kasihnya Allah S.W.T kepada kita hamba-hambaNya, tapi sekarangni lain pula??? terutamanya dikawasan bandar yang pesat seperti kuala lumpur pergh!!! 24 jam penuh dengan kelibat manusia, pergi kelab malamlah, dangdutlah, publah, kedai mamaklah, tengok bolalah, seperti mereka semua dah lupa untuk apa dijadikan malam ini... esok masuk kerja lewat pula, mulalah sibuk mencari alasan dengan menipu bos akibat takut dimarah atau dipotong gaji??? hehehe~ adakah macam ni??? hari ini krole ingin kongsikan sedikit ilmu yang krole tahu untuk tatapan kita bersama iaitu "doa bangun tidur", agar hari-hari kita sentiasa mendapat keberkatan daripadaNya.

Thursday, May 5, 2011

Ada Lagi Yang Lebih Susah

Dalam dunia ni semua orang berlumba-lumba untuk mencari kesempurnaan yang sememangnya langsung tidak wujud, ia seperti kita mengejar satu perkara yang tak akan dapat dicapai sampai bila-bila??? selalunya apabila seseorang itu mengejar sesuatu perkara ataupun benda, dan tidak dapat mencapainya huh!!! pasti dia akan rasa down sangat dan selalunya orang sebegini akan lebih suka mengeluh daripada belajar untuk menerimanya, di fikirannya hanya terdetik kenapa nasib ini menimpanya??? bila jadi begitu mulalah dia ni komplen sana komplen sini yang teruknya salahkan ketentuan Illahi~ tapi sebenarnya bila kita fikir kita susah ada lagi yang lebih susah diluar sana berbanding kita, dan begitulah juga sekiranya kita rasa kita hebat ada lagi yang lebih hebat diluar sana. Itulah Rasulullah menyarankan bahawa umatnya harus mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. So kepada member-member diluar sana, apabila kita rasa diri kita susah cubalah cari cara untuk mengatasinya daripada mengeluh sahaja kerana ada lagi yang lebih susah diluar sana.

Persamaan Hantu Dengan Manusia

Mesti korang semua perasankan??? sekarangni boleh dikatakan cerita-cerita melayu banyak berunsurkan seram atau jika diklasifikasikan sebagai filem hantu!!! huh??? pelik betul krole tengok, adakah masyarakat negara kita ini terlampau taksub dengan hantu~ atau mereka memang suka menakut-nakutkan diri mereka??? fikir-fikirkan ya~ bila cerita pasa hantu pergh!!! mesti terbayang muka yang buruk, gigi taring, rambut panjang dan banyak lagilah imaginasi manusia keatas makhluk ghaib ni. Tapi pernah tak korang fikir ada sesetengah manusia ini tak jauh bezanya daripada makhluk spesis hantu ini??? hah!!! tak tahu??? ok-ok jangan risau, hari ini mari ikuti krole untuk membongkarkan misteri ini adakah ia betul atau ia hanya dongeng semata-mata, jangan biarkan diri anda diselubungi misteri??? aik??? macam biasa dengan kan??? entah mereka perasan atau tidak sebenarnya ada sesetengah dari kita sama je macam hantu contohnya seperti hantu pocong~ ok hantu pocong ni sememangnya kita tahu suka melompat-lompat kemana saja dia hendak pergi kan?? begitu juga manusia mereka akan melompat-lompat ke sana sini apabila mendengar muzik di kelab-kelab malam, hehehe betulkan???

Wednesday, May 4, 2011

Harap Awak Faham

Kadang-kadang tu susah kita nak buat seseorang itu faham dengan situasi kita kan??? beginilah jadinya apabila dah ramai kawan~ kena jaga hati dan perasaan mereka, tapi pernahkah mereka berfikir begitu keatas kita??? pelik krole perihal ni... mana taknya krole rasa sekarangni ada seorang member rapat krole di alam blogger ni seperti sakit hati dengan krole atau lebih manis krole kata tak puas hati, tak tahu krole nak kata macam mana??? adakah kerana krole tak dapat memenuhi permintaannya buat masa kini??? krole kan dah berkerja so kadang-kadang tu kesempitan dengan masa, idea dan juga mood~ lagipun krole cuba mencari jalan untuk bersembang dengan dia ni secara private tapi selalunya tidak ada balasan, kata nak minta krole tolong tapi kenapa sampai jadi begini??? rasa tak selesa pula bila kita tahu ada orang tak suka dengan kita~ krole harap dia baca entri ini, selama ini krole hormati persahabatan kita~ dan bila krole kata krole akan tolong... krole mesti tolong punya, cuma faktornya masa~ lagipun kadang-kadang tu bila ada masa... mood dan idea pula tak ada~ apalah nasib, niat krole hanya ingin membantu tapi belum sempat krole menghulurkan tangan dah jadi begini.

Tutorial Facebook Like Button

Huh!!! kali ini korang semua kena panggil krole sebagai cikgu??? nak tahu kenapa??? hehehe macam biasalah bila krole dah kata macam tu, itu tandanya ada tutorial baru yang akan krole hidangkan untuk korang semua, hmmm... hari ini krole nak berkongsi sedikit ilmu di dada iaitu bagaimana cara hendak meletakkan "facebook like button" kat dalam blog korang yang cantik, menarik, tertarik, lagi da bom!!! ups!!! macam tak kena je bunyi tu heee~ ok-ok tutorial kali ini amat berguna dan sesuai digunakan kepada semua blogger-blogger yang ada diluar sana tidak kira yang baru ataupun yang dah lama, kalau korang suka promote blog korang yah!!! ini adalah salah satu caranya, button like ini amat berguna kerana apabila pembaca blog korang suka terhadap artikel korang dan menekan butang like tersebut secara automatiknya link korang akan dipublish di wall individu yang klik tadi dengan itu secara tak langsung blog anda akan lebih dikenali ramai yeah!!! tapi entri kenalah buat berkualiti dan unik agar seronok dibaca oleh member-member semua. Seperti biasa krole akan buat tutorial ini sesimple yang boleh agar mudah difahami dan berjaya dilaksanakan.

"Underwater City" di Bulgaria

Dengan dunia yang semakin maju dari hari ke sehari kadang-kadang tu boleh buat kita ni takjub dan terpesona seketika apabila melihatnya, apa yang kita boleh nampak sekarangni adalah pembangunan yang semakin pesat dengan reka cipta yang semakin pelik dan menarik~ tapi semalam sewaktu membaca sebuah majalah mmm~ adus krole lupalah tajuk majalah itu (lupa atau buat-buat lupa ahaks~) tapi apa yang krole jumpa didalam majalah itu adalah satu perkara yang amat memeranjatkan krole!!! mungkin korang semua dah tau kot berkenaan benda ni tapi krole nak cerita juga ya??? apa yang krole maksudkan adalah berkenaan kota dibawah air atau 'Underwater City' pergh!!! mula-mula krole tengok tajuk tu ingatkan cerita penemuan kota Atlantis~ rupa-rupanya ia merupakan seni bina yang ada di Bulgaria dimana kota ini dibina di tengah-tengah tasik, bukan diatas sebuah pulau tapi sebenarnya di bawah aras air??? huh!!! dahsyatkan??? tapi bandar ini bukan keseluruhannya di bawah aras air, empangan besar (keluasan 1,377 kaki dan 65 kaki ketinggian) dibina di sekitar bandar bagi mengelakkan daripada air masuk kedalam.

Tuesday, May 3, 2011

Osama Mati Benar Atau Palsu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada member-member blogger semua, seperti yang korang semua tahu~ sekarangni dunia digemparkan dengan pengumuman presiden Amerika Syarikat iaitu Barrack Obama yang menyatakan bahawa pihak mereka telah berjaya menangkap dan membunuh individu yang sangat dikehendaki didunia kerana di label sebagai pemberontak oleh negara-negara besar ini iaitu Osama bin Laden, setelah pernyataan itu keluar ramai rakyat AS datang membanjiri perkarangan 'Rumah Putih' dan bersorak dengan gembira huh!!! dasar kaum laknat apa yang ketua mereka kata terus mereka percaya~ melalui apa yang krole baca di suratkhabar pihak 'putih' ini mengatakan bahawa Osama mati ditembak dikepala dalam satu pertempuran senjata api semasa dia dan keluarganya melarikan diri daripada ditangkap dalam satu operasi pakatan CIA (AS) dan pasukan keselamatan pakistan kononnya??? tapi bukti yang mereka boleh beri hanyalah beberapa keping gambar yang menampakkan pemimpin Al-Qaeda ini mati dalam keadaan berlumuran darah??? boleh percayakah??? bila pihak tertentu mahukan bukti yang lebih, pihak 'putih' ini sering menyatakan bahawa jenazah Osama telah selamat berada dalam simpanan mereka.

Lupa Atau Buat-Buat Lupa

Manusia mudah lupa??? adakah benar perkara ini??? atau manusia ni saja buat-buat lupa kerana tidak boleh terima dengan peraturan yang ada atau yang hakiki~ apa yang krole merepek meraban pagi-pagi buta ni??? eh??? sebenarnya semalam krole ada terbaca sebuah buku lama dari perpustakaan penjara nak tahu lama mana buku tu, senang cerita kulitnya pun dah tak ada~ hah!!! lama tak~ hehehe... ok manusia ni selalu lupa kan??? hinggakan ada yang lupa dia itu beragama islam??? makan benda haram, minum air kencing syaitan, berjudi dan banyak lagi perkara-perkara terkutuk yang suka sangat pelupa-pelupa ini lakukan ups!!! lupakah atau buat-buat lupa heee??? manusia juga selalu lupa akan kewajipan yang perlu dilakukannya??? iaitu berkerja mencari rezeki, mereka lupa semua itu akhirnya mereka menyamun atau mencuri kerana lupa benda itu adalah salah??? lupakah atau buat-buat lupa. Bila bercerita mengenai solat pula pergh!!! perkara ini paling ramai orang selalu lupa untuk tunaikan walhal solat itu adalah wajib, belum lagi krole cerita pasal sedekah, zakat dan banyak lagi amal ibadat yang sering manusia lupa untuk lakukan ups!!! lupakah buat-buat lupa???

Monday, May 2, 2011

Nak Kerja Dengan Nuffnang

Huh kalaulah krole dapat berkerja dibawah syarikat nuffnang pergh!!! mesti best kan??? dengan wajah baru pejabat nuffnang yang ala-ala pejabat google begitu huh!!! nampak santai je~ mesti selesa para pekerja disanakan??? ohya kepada member-member semua yang berkelayakkan sekarangni encik nuffnang ingin menambah pekerja-pekerjanya atau lebih selesa dipanggil nuffies hehehe~ mesti ramai member-member diluar sana yang berkelayakkan kan??? rugi o0o0 kalau tak cuba, sedangkan krole yang dah bekerja dan tak layak ni pun dah apply ngee~ bukan apa saja nak cuba nasib kot-kot ada rezeki siapa tahu kan??? janji cuba dulu kan??? huh!!! kalau korang buka laman seseawang encik nuffnang cuba tengok kat ruangan "what happend @ nuffnang" korang semua boleh tengok wajah baru pejabat nuffnang kat sana~ huhuhu memang best krole harap syarikat encik nuffnang ini akan terus bertambah maju dan meningkatkan lagi pemberian buffered earning kepada blogger-blogger yang layak ahaks~

Ceritera Tentang Roti

Walaupun agak terlewat sedikit hari ini krole tetap nak mengucapkan selamat pagi kepada semua~ huh!!! tak payahlah krole cerita pasal kerja semalam ya??? ngeee~ ohya korang dah breakfast belum??? breakfast apa tadi??? hah!!! roti!!! tengah dietkah ni??? hehehe kebetulan pula hari ini krole ingin bercerita mengenai roti... ala roti yang setiap hari kita makan tu!!! pasti korang semua tahu kan penjodoh bilangan bagi roti adalah "buku" kan tapi percayalah bahawa roti tidak akan disimpan dimana-mana perpustakaan atau kedai buku ahaks~ betulkan??? nak dengan lagi tak tentang roti ni??? ok-ok korang mesti tahukan akan kewujudan roti bom ia merupakan menu yang banyak diorder di kedai-kedai mamak dikala pagi tapi percayalah bahawa pihak tentera tidak akan sesekali membawa roti bom ini ke medan pertempuran sebagai senjata ngeee~ huhuhu lawak tak??? lawak tak??? apa!!! nak lagi hmm~~ ohya korang mesti sukakan menyapu jem dipermukaan roti ini sewaktu hendak memakannya kan??? tapi percayalah bahawa korang tidak boleh menyapu roti pada jalan yang tengah jem ngee~

Sunday, May 1, 2011

Susahkah Nak Senyum?

Susahkah nak senyum??? krole pelik sangat kenapa ada sesetengah daripada kita susah sangat nak senyum, begini sebenarnya cerita yang krole ingin kongsikan~ tadi krole temankan seorang member krole ni pergi survey laptop kat metro kajang, huhuhu krole pun pelik kenapa dia ajak krole??? nak kata krole ni terer pasal laptop tak adalah juga~ buta juga krole perihal laptop ni ngeee, tapi atas dasar persahabatan krole temankan juga (huyoo!!!) so pencarian kitaorang berakhir disebuah kedai aksesori komputer dan laptop yang terletak di aras paling atas metro kajang tu, tengah kitaorang mencari-cari laptop yang berkenan dihati seperti biasa sales man kedai pun mendekati kitaorang, tapi yang krole pelik dia langsung tak bercakap??? tapi dia ikut je kemana kitaorang pergi??? dah tu muka dia monyok je seperti menyampah tengok kitaorang~ oleh sebab suasana menjadi suram krole pun cuba menceriakan keadaan dengan membuat lawak sepontan yang krole harap akan menceriakan sales man tadi tapi nak tahu apa respon sales man tadi??? sekali dia blah terus dah~ adoi susah sangatkah nak senyum.