Friday, June 22, 2012

30 Minit Bersama Krole

 Sebelum anda membuat beberapa andaian berkenaan tajuk entri krole kali ini, krole nak bagitahu tajuk tu hanya gimik semata-mata. Sebenarnya sekarangni krole sangat tertarik dengan seorang ustaz ni iaitu ustaz don kat channel Al-Hijrah tu!!! ustaz don atau nama sebenar Don Daniyal Don Biyajid pergh!!! memang dahsyat dan unik nama ustaz ni, tak tahulah korang tapi bagi krole jarang sekali kita boleh jumpa dengan seorang ustaz yang berkeperibadian seperti beliau dalam berceramah dia lebih berkonsepkan santai kerana dengan cara itu orang dapat memahami apa yang disampaikannya dengan mudah dan cepat.

Beliau juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir nah!!! ambil kau!!! bukan sembarangan orang ustaz don ni. Krole doakan moga beliau sentiasa dipermudahkan dalam memperjuangkan islam(dakwah)amin, oklah krole ada hal sikit ni... kita jumpa di entri akan datang pula ya, assalamualaikum dan happy blogging semua~





p/s : Al.... hijrah~

Thursday, June 21, 2012

Menghadapi Dugaan

 Kebelakangan ini krole sering diduga dengan pelbagai dugaan yang krole tak dapat nak ceritakan disini, cuma krole boleh beritahu dugaan itu adalah seperti kesihatan dan kehidupan krole buat masa ini, bagi rakan-rakan yang rajin membaca blog krole rasanya korang tahu apabila krole cerita berkenaan kesihatan kan? sampai kadang-kadang tu krole "lost" juga hingga menangis kerana mengenangkan nasib yang krole hadapi buat masa ini, maklumlah krole hanya manusia biasa walaupun krole tahu mengeluh akan perjalanan hidup ini tak baik kerana semua itu adalah ketentuanNya.
Alhamdulillah syukur walaupun keadaan krole begini buat masa ini, isteri krole memang tak putus-putus memberikan semangat dan sentiasa berada disamping krole, terima kasih my dear zie. Beginilah manusia kalau diduga sikit mudah sangat runtuh segalanya, krole harap krole tak akan sekali tergolong dalam golongan ini insyallah, amin. Oklah krole ciowlu badan pun rasa tak sedap-sedap ni, apa-apa pun  happy blogging semua~




p/s : kuatkan semangat~

Friday, June 15, 2012

Mak Cik Gua Kemalangan

 Adoi!!! bila jadi begini memang gua bengang sangat. Ohya nak tahu apa yang krole geram sangat tu? sebenarnya baru kejap tadi makcik krole kemalangan, kereta masuk kat dalam parit? wuah??? macam mana jadi begitu??? begini ceritanya, perkara ni jadi disebabkan ada sebuah pemandu bas yang memang kurang ajar memandu dengan merbahaya sekali (melalui penceritaan makcik krole). Hinggakan makcik krole yang waktu itu ada dibelakang kenderaan tersebut terpaksa memandu dengan perlahan-lahan bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini, tapi dah malang tak berbau, tak tahu macam mana kereta tadi tu tiba-tiba buat aksi ala-ala driff (melalui penceritaan makcik krole). Apa lagi kelam-kabut jadinya makcik krole mengelak kereta tersebut, last-last makcik krole yang masuk parit?
Argh!!! lagi krole bengang kereta tadi terus cabut dengan lajunya bila ternampak kereta makcik termasuk ke dalam parit argh!!! kurang ajar!!!, tapi cerita ini belum habis lagi ada lagi yang buat krole panas ni!!! selepas semuanya setel (kereta kena tarik keluar dari parit) boleh pula tiba-tiba ada seorang warga asing ni berkata macam ni kat makcik krole " nasib baik kamu masuk parit, kalau langgar orang komfirm tak keluar kamu dari tempat ni" ohya lupa krole nak beritahu kat tempat mak cik krole kemalangan tu berdekatan dengan penempatan warga asing, kira kampung warga asingla katakan!!! nasib baiklah ada seorang hamba Allah yang berstatus warganegara membantu makcik krole waktu tu, uncle tu kata macam ni "apahal lak tak keluar??? kau ingat ni negara kaukah??? tak sedar diri menumpang!!!) terus warga asing tu belah dengan buat muka poyo lagi pergh!!! kalau kena dengan krole rasanya melekat RM5 ni kat pipi beliau. Nasib baiklah makcik krole tak ada apa-apa hanya luka-luka kecil ja. Cuma geramlah kereta yang menyebabkan makcik krole kemalangan tu tak dapat nak dikesan argh!!! apa-apa pun nasihat krole berhati-hatilah di jalan raya ya. Oklah krole ciowlu, happy blogging semua.


p/s : nasib baik tak apa-apa~

Thursday, June 7, 2012

Untuk Dia

 Sekarangni krole asyik dengar lagu Saleeq and Najwa ni je pergh!!! memang layanz siot!!! lagu "untuk dia" sememangnya dapat menarik hati krole yang suci ni untuk terus mendengar tanpa mengenal erti boring miahahahaha!!! krole pun tak tahu kenapa ya? suka sangat-sangat dengan lagu ni. Mungkin kerana liriknya kot? ohya!!! mesti ramai yang tertanya-tanya kan kenapa krole lama tak update, bukannya krole hilang minat ke apa? cuma biasalah krole kan sekarangni dah bergelar seorang suami yang solehah hihihi... banyak tanggungjawab yang krole kena tunaikan contohnya seperti mencari rezeki dan banyak lagi.

Maklumlah masa muda ni lah krole berhempas pulas memerah kudrat yang ada untuk mencari rezeki agar selesa di masa hadapan nanti insyallah amin. Lagipun krole ada beberapa halangan sikit untuk update blog ni, hihihi halangan yang utama adalah benda alah yang dipanggil INTERNET. Adoi sedih krole nak cerita, kat rumah krole ni mana ada internet biasalah baru mendirikan rumah tangga ni budget belum nak ok lagi. Akan datang nanti mungkin krole akan ambil streamyx kot (kalau mampu) itupun mesti dapat persetujuan isteri krole yang tersayang, malklumlah bila dah kahwin ni tak ada dah istilah aku.. aku... kau... kau... apa-apa perkara pun kita mesti bincang bersama pasangan kita kan?

Oraitz rasanya krole nak out dah ni, update ni pun saja nak hilangkan rasa rindu kat hati ni ngeeee~ ohya sebelum krole terlupa thanks ya kepada member-member semua yang sentiasa membaca karya krole kat sini, realy love you all. Oraitz happy blogging semua.


p/s : kuatkan radio...kuatkan radio...