Kebelakangan ini krole sering diduga dengan pelbagai dugaan yang krole tak dapat nak ceritakan disini, cuma krole boleh beritahu dugaan itu adalah seperti kesihatan dan kehidupan krole buat masa ini, bagi rakan-rakan yang rajin membaca blog krole rasanya korang tahu apabila krole cerita berkenaan kesihatan kan? sampai kadang-kadang tu krole "lost" juga hingga menangis kerana mengenangkan nasib yang krole hadapi buat masa ini, maklumlah krole hanya manusia biasa walaupun krole tahu mengeluh akan perjalanan hidup ini tak baik kerana semua itu adalah ketentuanNya.
Alhamdulillah syukur walaupun keadaan krole begini buat masa ini, isteri krole memang tak putus-putus memberikan semangat dan sentiasa berada disamping krole, terima kasih my dear zie. Beginilah manusia kalau diduga sikit mudah sangat runtuh segalanya, krole harap krole tak akan sekali tergolong dalam golongan ini insyallah, amin. Oklah krole ciowlu badan pun rasa tak sedap-sedap ni, apa-apa pun happy blogging semua~
p/s : kuatkan semangat~
0 Komen:
Post a Comment