Wednesday, March 21, 2012

Tahniah Kepada Diri Aku

Mula-mula krole nak ucapkan jutaan tahniah kepada diri krole sendiri yeah!!! jom lompat ramai-ramai bersama krole hehehehe... hari ini krole bangga sangat dengan pencapaian krole, nak tahu pencapaian apa? huhuhu hari ini genaplah sebulan krole emce (yang tak disangka-sangka) adoi!!! tak tahulah kenapa sakit ni lambat mahu pulih? harap-haraplah minggu depan dah boleh masuk kerja. Inilah manusia kan? bila dapat cuti nak masuk kerja pula? bila kerja nak cuti pula? sampai ada yang sanggup beli surat emce dari doktor??? ups itu bukan krole ye hihihi. Alhamdulillah krole semakin sihat sekarangni.

Harap-haraplah akan bertambah sihat lagi lepas ni atas keizinanNya, amin. Rindu sangat krole nak update blog ni macam dulu, tiap hari boleh update sekarangni adus!!! belum ada kemampuan lagi nak sambung wifi, mesti korang semua rindu dengan krole kan? hihihi macam bunyi orang perasan je tu kan? krole harap member-member masih lagi sudi jenguk-jenguk blog krole yang kureng berupdate ni hihihi. Oklah krole undur diri dulu, nak jalan kejap dengan isteri krole babai semua, salam.



p/s : sakit bole jalan2 ke???

Friday, March 9, 2012

Ceritera Minggu Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kalian semua, alhamdulillah dapat juga krole update blog hari ini, pergh!!! gatal je jari ni nak menaip entri tapi apakan daya tak ada internet di kampung!!! argh!!! (tension nampak). Walaupun agak terlewat sedikit krole nak update juga, minggu ni birthday my mom yeah!!! (hahaha benda basi da), tanggal 04/02/2012 hari ini ibu krole telah genap berumur 52 tahun (alhamdulillah) waktu tu happy sangat, mana taknya happy semua adik-beradik krole ada waktu tu pergh!!! selalunya kena tunggu hari raya baru semua ada, em... al-maklumlah semua dah mempunyai jalan hidup masing-masing.

Walaupun majlis hari tu sederhana je namun amat meriah bagi krole. Waktu tu juga abang krole mengumumkan berita gembira iaitu kakak ipar krole dah mengandung aip!!! tapi korang jangan silap ni bukan anak pertama beliau, ini dah yang ketiga, wuah!!! alhamdulillah bertambahlah anak buah krole lepas ni!!! (habislah duit waktu raya nanti!!!) hahaha gurau je.

Ok kita cerita perihal kaki krole pula, hari ini dah genap 2 minggu kot krole tak masuk kerja, bukannya pasal cuti ya, tapi kesihatan krole ni yang tak mengizinkan??? haritukan krole dah cerita yang krole disahkan mengidap jangkitan kuman dalam darah, so effect dia kaki krole sebelah kiri telah membengkak dari peha hingga ke bawah... pergh!!! alhamdulillah sekarangni hasil dari rawatan pakar di hospital queen elizabeth kota kinabalu kaki krole beransur pulih, dalam 40% begitu... Harap-haraplah lepas ni akan beransur pulih lagi, krole pun dah boring tahap gaban asyik duduk dirumah je, nak berjalan pun tak larat kena isteri papah. Apa boleh buat dah sakit kan???

Oklah krole nak ciow dulu hari ini krole nak sambung rawatan ni entahlah diorang kata (doktor) hari ini krole kena cek darah, adus ni yang krole fail hahaha!!! apa-apa pun doakan krole ya... Assalamualaikum semua~



p/s : adoi!!!!