Friday, August 16, 2013

Tersentuh Dengan Cerita Bisikan Dajjal

Petang tadi krole ada tengok satu cerita best kat astro prima... rasanya cerita ini dah lama tapi seperti biasa... ketinggalan sikit bab-bab macam ni. Kalau tengok tajuk pun dah mantap... ceritanya pula pergh! bermantap-mantap tahap habis-habisan bagi krole. Cerita apa? tu kat tajuk entri tu kata apa...? ya! betul... bisikan dajjal. Banyak perkara kita boleh belajar dari cerita ni... memang berkualiti dan patut ditonton oleh semua lapisan masyarakat khususnya yang beragama islam.

Dalam cerita ini kita boleh nampak pengorbanan seorang ibu tunggal dalam membesarkan anaknya seramai 4 orang, pengorbanan seorang abang yang berkerja sebagai pengilat kasut agar dapat beri duit belanja kepada adik-adiknya, kekejaman seorang manusia yang berperwatakan baik dan budaya fitnah memfitnah dalam masyarakat kita. Huh! kena pula pelakon utamanya Fauziah Ahmad Daud... huh! kalau dia ni berlakon memang menjadi beb! tak kira watak apa sekalipun... siapa yang belum tengok cerita... serius beb! kena tengok, tak rugi... berbaloi lagi adalah. Oklah happy blogging semua.



p/s : sedih beb cerita ni~

11 Komen:

Tetamu Istimewa said...

Saya tak pernah tengok pun. Dan mungkin tak berpeluang nak tengok, sebab tak ada astro.

SB said...

tak tengok lagi citer ni... dalam gambar tu kenapa budak2 tu terbaring?

Aku Penghibur said...

cerita nie memang touching ..jalan cerita yang menarik.... dah berkali tengok tapi still semangat nak tengok

Wan Ahmad Izudean said...

harap ada ulangan nanti, tak pernah tengok lagi...

Shaiful Zaidi said...

salam krole. ..takdan nak tgk citer ni..

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Tak sempat tgk pun...asyik tgk citer budak-budak ni jer...
Suka Ogy berlakon..yess watak dia mmg menjadi...

el said...

alamak lakonan kak gie tu mmg el suka..tp terlepas lak tgk drama ni..ada kt mn2 online x krole

S.K.A said...

mcm pnh tgok..crita bab camni mmg best bt pgajaran =)

Mieza Jhaa K said...

takut nak tgk citer melayu yang menceritakan ttg pengkhianatan, fitnah dan sebagainya.. kesian dan emosi je lebih..haha

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

aiza tak pernah tengok lagi..

BUNDA a.k.a KN said...

rasa macam pernah tengok dah...