Monday, August 19, 2013

Ada Yang Baru Menyambut Raya Pertama

Sekarangni dah lebih seminggu kita menyambut hari raya aidilfitri... tapi... korang percaya tak? ada segelintir daripada kita ni baru saja menyambut hari raya yang pertama buatnya. Sebenarnya krole dapat idea buat entri ni pun gara-gara seorang sahabat krole yang baru saja balik beraya. Waktu kita menyambut raya pertama dengan riang gumbira hari tu, dia dan rakan sepenjawatnya berhempas pulas menjalankan tugas diperantauan. Eh? kejap lupa pula nak bagitau kat korang... dia kerja sebagai encik polis.

Seronok dengan ceritanya... waktu kita tengah sibuk melantak biskut raya dan ketupat rendang dipagi raya. Diaorang pula sibuk dengan tugas dan OPS. OPS sana... OPS sini... oppa gangnam style kat sinun hahaha! ok itu gurau. Besarnya pengorbanan mereka-mereka ni kepada masyarakat, bangsa dan negara. Huhuhu! sebenarnya satu ketika dahulu krole pun bercita-cita nak jadi encik polis ni tapi... hm... bukan rezeki kot?. So kepada sesiapa saja diluar sana yang baru saja dapat menyambut hari raya, krole ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Happy blogging semua.



p/s : ucapan tu khusus untuk yang baru dapat balik beraya ya~

17 Komen:

Aku Penghibur said...

yup betul tu pengorbanan mereka besar... acik pon nak ucapkan selamt hari raya :)

syuk shusuke said...

sekarang syuk risaukan keadaan di mesir. :(

S.K.A said...

Betul tu..tp smua ni demi tugas..hnya mereka yg sggup je..tabik abg2 polis, bomba dan askar..mereka sggup berkorban demi negara..tp pling sedih di Mesir la..ntah beraya ke x diorg :( sedih bla tgok semua tu..

boni kacak said...

memang besar pengorbanan mereka ni.. cuma disebabkan segelintir daripada mereka yang tak amanah, habis jasa-jasa dan pengorbanan mereka ni tak dihargai..

BUNDA a.k.a KN said...

itu baru kat Malaysia... kalu keadaan macam kat Mesir tu?

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Ha ahhh kan...ada juga sebenarnya anggota yg tak dapat beraya...
Dah ler tak dapat beraya...jasa dan pengorbanan dilupakan begitu saja...
Apapun tahniah dan selamat hari raya buat anggota yang bertugas di hari raya...

Mesir..Mesir ..Mesir...ada juga anggota yg baru balik dari bertugas di Mesir...cerita seram...bom sana sini..bunyi tembakan...kanak2..org tua...yang cedera...mati syahid...
Semoga Mesir mendapat kebebasan kembali..kita hanya mampu mendoakan keselamatan mereka..dan balasan bagi tentera laknatullah...

Tinta Lana said...

Salam.

Terutamanya yang berkhidmat dalam pasukan beruniform kan krole..polis,tentera,doktor,bomba,nurse, kang habis lana sebut semua.hehe

Kita boleh beraya, salah satu sebabnya kerana pengorbanan mereka :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi bekorban demi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara serta keharmonian masyarakat dikekalkan.. ramai orang yang hanya memandang remeh pengorbanan itu..

el said...

itulah cam mn lah perasaan diorg ketika kita sedang beraya..diorg tgh bekerja..if lelaki ok lah kut..lau yg perempuan mcm el tu esok nak raya last minit boss suh wat keje..pulak tu el dah plan nak wat mcm2 nak tulung mil nak beli brang lg..tu pun perasaan dah sebak huhu

Norhasniza Khalid said...

betul tu... kesian mereka... takpe lah.. mama ucapkan selamat hari raya dan selamat bertugas pada abang-abang polis..

siti ZAHARA said...

kcian mereka..demi tugas pada negara..selamt hari raya abg2 is(polis)..

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum mr krole sekeluarga..hoho..lamanya tak ziarah..kami balik kampung..betul la..jalan raya pun masih jammed..mungkin yang bertugas gilirann mereka pulang ke kampung..demi tugas yang digalas dan untuk melunaskan amanah pada majikan dan Allah juga..

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Pengorbanan yg sgt besar bg semua anggota keselamatan...kesian mereka kan.

Khai♥Rin : anies said...

pengorbanan yg harus dihargai oleh sesiapa sahaja

krole said...

to all : begitula besar pngorbanan mereka yang kurang diambil peduli oleh masyarakat kita... terima kasih kepada semua kakitangan beruniform didalam negara. Dan jgn lupa doakan juga saudara-saudara kita di Mesir agar diberi kekuatan, kselamatan, dan keamanan Amin Ya Rabb

Tetamu Istimewa said...

Tahniah kepada mereka yang menjalankan tugas dengan jujur dan amanah.

Mieza Jhaa K said...

Mujur raya ada tempoh sebulan..dapat jugak mereka merasa..kesian dan simpati..