Friday, August 23, 2013

Menang Samsung Note 2 Dan 1.5 Juta

Lama rasanya tak buka e-mail lambung ni... tak tahu kenapa? hari ini rasa terpanggil nak buka... terasa gatal-gatal saja tapak tangan krole ni. Orang tua-tua kata kalau gatal tapak tangan ni selalunya ada kaitan dengan duit yang nak masyuk! hahaha! tapi... itu orang tua kata ya... bukan krole. Bila krole buka saja e-mail tadi pergh! rupanya diri ini dah bergelar jutawan tanpa disedari? huh! terasa macam nak lompat katak 100 meter saja bila terbaca e-mail tu tadi. Menurut e-mail tu krole menang samsung note 2 dan yang bestnya...

Tarik nafas dalam-dalam dulu... krole menang 1.5 juta! hahaha!. Waktu baca e-mail ni... krole sempat berlatih cara jalan orang kaya seperti Aziz Satar dalam filem Ali Baba Bujang Lapok tu hahaha!. Macam betul je kan? nampak sangat bohongnya... kononnya e-mail krole terpilih secara rawak oleh pihak diaorang.. hm... yang bestnya... diaorang siap minta butir yang terlampau peribadi bagi krole, kalau nama, jantina, no. ic tu biasalah, ni siap minta no. akaun dan no. pin? aik? macam tak betul je kan? hentam sajalah labu... terus krole delete e-mail tu, tapi sebelum tu printscreen dulu... kenang-kenangan beb! 1.5 juta tu! hahaha! happy blogging semua.



p/s : nak layan lagu altimet kejap... kalau aku kaya~

18 Komen:

Vee Lea said...

Kalau betul mmg sy minta abg krole sponsor tiket sy pg Paris.. Haha.

efatin eman said...

fuh... bedebor je baca kan.. hehe. jangan terpedaya naa

Aku Penghibur said...

acik banyak kali di hantar macam mesej seperti ini.. sampai dari microsoft pernah ..samsung, maxis.. penipu mereka yang hantar email ini

Fizi Zaidi said...

haha "tahniah" bro..bukan senang org nk bg i.5j tu..bt kenang kenangan pon boleh..

happy blogging juga^^

Bahrain Ramlan said...

pergh!! kaya2x dalam angan je..hahaha

Cikgu Norazimah said...

hahaha ! ingat betui2 le tadi..spam rupanya, melambak dlm email zie, kalau betul ler, dah lama kaya ! hehe

Nurul Farahizzati said...

hahaha.. jangan bagi!!! nasib baik krole nak berangan je kan.. hehhe..

syuk shusuke said...

kalau betul boleh pergi haji 300 kali. haha

Mieza Jhaa K said...

Sapa la nak bagi duit free kat kita kan?Hmm..ada lagi email macam ni skrg ni..kita semua dah cerdik la..hehe.. apapun Tahniah Krole..haha

Shaiful Zaidi said...

email mcm ni 'spam' jer..Saya pun dah byk kali terima.

Yumida Huda said...

kelakar kan krole
sampai mintak no pin..haha
kasi pin kerongsang je kat diorang
hish..spam oh spam

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

bahayanya emel macam ni krole.. nasib baik tak mudah tertipu.. terima kasih di atas perkongsian ini..

Tinta Lana said...

Salam.

Selalu kan dapat emel camni krole.. ada yg siap tulis dah nak mati la, kena penyakit kronik bagai la..terdesak btul nak nipu org,kih3

Norhasniza Khalid said...

terkezut jugak... hihihi... macam-macamcara dorang nak menipu yer...

krole said...

to all : huhu~ thanks sudi baca...krole first time dapat email camni..tp alhamdulillah ramai dah update sal ni so tak mudah nak tipu diri daku ini huhu~

Tetamu Istimewa said...

Ada ke patut boleh dapat percuma begitu saja kan. Mereka yang hantar ni kalau nak buat promosi pun logiklah sikit.

S.K.A said...

hmm mgarut btol la smua ni..bila igt blik geram pn ada..pnh dh tertipu dlu time 2011 asenya..mcm2 lh..kta mng ni mng tu..nsb la ko..ambil duit xhalal..

caliph shuriken said...

mcm betul jaa kn, hikk...