Friday, August 2, 2013

Mungkin Ramai Yang Tak Sedar

Assalamualaikum dan salam ramadan semua... kalau sekarangni korang pergi solat sunat tarawih berjemaah kat masjid, apa yang korang nampak?. Jamuan moreh semakin banyak hahaha! taklah... ok! bagi krole pula, sekarangni krole tengok barisan saf solat semakin berkurangan. Waktu awal ramadan tu pergh! penuh saf sampai ke belakang. Membuatkan mana-mana insan yang hadir bertambah-tambah semangat menunaikan ibadah tarawih ni. Tapi contohnya macam semalam... siap boleh kira beb! dalam 10 orang sahaja... dan kebanyakkannya yang dah berumur.

Mungkin belia-belia ni tengah sibuk main meriam buluh kot? hahaha! tak apa... kita berbaik sangka saja, manalah tahu diaorang ada kerja penting yang tak dapat nak dielakkan. Cuma kena ingat... bekalan untuk hari akhirat ni penting, so jangan sekali letak urusan dunia tu dihadapan. Mungkin diaorang tak sedar akan keindahan 10 malam terakhir ramadan ni? dimana antara hikmahnya adalah dilepaskan dari seksa api neraka serta keberkatan malam Lailatul Qadar (ganjaran ibadah bersamaan 1000 bulan). Pergh! rugi kalau terlepas waktu ni kan?. Peringatan untuk kita bersama... moga tiap amalan kita diterima oleh Allah S.W.T, happy blogging semua.



p/s : rasa macam sekejap je ramadan ni kan?

21 Komen:

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...krole,

memang betul apa yg krole coretkan di sini... dan perkara ini setiap ramadan berlaku perkara yang sama.... tetapi di mekah dan madinah jgn cerita lah mereka merebut2 10 ramadan yg terakhir... jemaah jgn cerita penuh...hehe (pengalaman kekawan .. bukan mselim3)

mselim3

pls: Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan..

Mieza Jhaa K said...

Begitulah lumrahnya.. pertengahan Ramadhan semua anak muda lesap.. pakat duk bina meriam agaknya..

Sura Mohd said...

10 mlm terakhir ni lah yg byk cabarannya..mengantuk,malas,letih semua ada..moga diberi kekuatan..:)

PakcikLie PCL said...

sama-sama ingat mengigatkan kepada kebaikan, insyaAllah..t.kasih Krole.

Mizz Aiza said...

selalunya macam tu la krole.. dua minggu pertama sahaja mereka bersemangat.. dua minggu yang terakhir tu banyak yang menumpukan kepada persiapan untuk hari raya pula kot.. terima kasih krole mengingatkan..

boni kacak said...

hahahaha. itu standard terjadi bila hujung-hujung ramadhan bro.hahaha

adzairdawati makdara said...

ya betul tu.. makin dekat menjelang pengakhir ramadhan makin kurang yg pergi terawih.. maybe semua sdg sibuk dgn urusan persiapan raya rasanya..

Shaiful Zaidi said...

Assalamualaikum krole...

itu tandanya raya dah dekat, makin ramai yg hilang, maybe pi shopping baju raye kut..

BUNDA a.k.a KN said...

biasalah tu...mungkin ada yg sibuk buat kuih, yg suami nak jaga anak...atau nak pergi last minit shoping..

puteri airyn said...

Time akhir ramadhan ramai yang dok kalut nak buat persiapan..Sebab tu dah kurang kat masjid..

el said...

adalah yang sibuk time2 nak dekat raya ni krole..tp tulah dunia2 gak..akhirat tu yg kekal..thx for peringatan

Sop said...

ramai dah blk kg.. skrg kat kg yg ramai.. hehehe
mana2 cam tu.. hari pertama melimpah2..
kemudian semakin berkurangan :)
kat kl minggu depan dijangka sgt kurang sbb ramai dah blk kg.. :)

siti ZAHARA said...

Tu la..skrg ni..surau dah sikit sgt saf dia..mula2 je penuh..hmm
tak taula munkin mereka ada alasan tersendiri..munkin nak raya ni semuanya sibukkn..

Norhasniza Khalid said...

nak raya krole, semua dah start sibuk bershopping bagai.. biasa lah tu, awal-awal dulu, masjid taman mama ni siap melimpah keluar safnya, sekarang adalah dalam 3 saf.. bape kerat je orang yang datang berterawikh

Aku Penghibur said...

assalamualaikum betul krole tempat acik pon mcm tu.. nak baut macam mane kan semua dah sibuk persiapan raya

krole said...

to all : walau apa pun kita buat dalam hidup ini kena ingat selalu jangan sekali letaknya hal duniwi sebelum hal akhirat

Ida Syuhada said...

sepatutnya dimalam2 terakhir ini lah yang kena penuhkan saf

Fizi Zaidi said...

betul tu bro..skung nie tinggal orang2 lama jah..muda mudi berjemaah kat soping komplx..

shark said...

sudah menjadi kebiasaan bro..
sminggu awal jer pnuh saf..
2 minggu 3/4..
3 minggu 2/4..
1 minggu 1/4..
shark plak pnuh lg walaupun 8 :)

Tetamu Istimewa said...

Moreh banyak sebab jemaah dah kurang. Masing-masing mencari LailaturKamdar bukan LailaturQadar.

S.K.A said...

betol 2..smakin nk dekat raya..makin berkurang org ke masjid dn surau..xthu la p mn hu3..