Wednesday, August 21, 2013

Jangan Hanya Sekadar Mengikut Trend

Petang tadi krole sekeluarga keluar sekejap ke pekan... stok pampers baby Zahrah dah nak habis so kenalah beli stok baru pula, tak apa... untuk baby Zahrah semuanya beres!. Tapi... bukan tu yang krole nak cerita ni... dipendekkan cerita yang tak panjang ni hahaha... waktu kitaorang kat tempat parkir kereta krole terjumpa seorang sahabat lama, so sembang sekejap. Last sekali masuk topik sticker kereta R4BIA ni... "kau tak pasang sticker R4BIA ke rul?" katanya. So waktu tu krole tanya kat dia "apa R4BIA ni bro?".

"Entah... macam ada kaitan dengan mesir juga ni" katanya. Aduh! lepas panjang bercerita dengan beliau tadi barulah krole tahu niat sebenar dia memasang sticker R4BIA kat keretanya tu? sebab ramai rakannya pasang so dia ikut pasang juga. Tapi sebenarnya benda ni dah biasa sangat dikalangan masyarakat kita kan? masyarakat kita lebih suka mengikut trend tanpa mengetahui dengan lebih lanjut satu perkara tu. Krole tak adalah tahu sangat tentang R4BIA ni tapi... tak adalah buta sangat tentang isu ini. Doakanlah kesejahteraan saudara-saudara kita di Mesir sana, moga konflik yang mereka alami akan segera pulih, jangan sekali putus mendoakan mereka "doa itu senjata mukmin".



p/s : maksud simbol 4 jari R4BIA adalah keteguhan, kekuatan, perlawanan, dan persatuan #always support~

15 Komen:

Aku Penghibur said...

itulah kalau jadi ikut -itkutan dan tak tahu maksud.. ya rabbi

luqman zakaria said...

yu..exactly..most of us suke sgt ikut tapi x kaji ape bende yg di ikut tuh..kat fb pon dah ramai tukar gambar sendiri ke gambar R4BIA nih..

Norhasniza Khalid said...

ermm... main tampal je, makna tak tahu... adoi...

akmaL said...

kita kalau nk sokong biar berilmu..jgn sokong membab# buta je kan..adeii >.<

S.K.A said...

pttnya mendoakn mereka di Mesir lg elok..laju betul..dh keluar sticker rupanya..mcm ambil ksempatan nk untung la pula..

Nurul Farahizzati said...

haish.. orang sekarang mcm tu la.. semua benda nak ikut.. tahu maksud pun idok.. humm.. bila la nak ada sikap selidik dulu, baru guna..

Vee Lea said...

Aneh manusia zaman skrg..

Zamani Abe said...

Assalamualaikum buat blogger semua. Terima kasih untuk sokongan yang telah anda berikan dengan meninggalkan komen di entri Zam sebelum ini. Seperti yang dijanjikan, salah seorang blogger bertuah akan mendapat hadiah misteri dari Zam ;D
Jemput ke ENTRI TERKINI! Senarai Lengkap 110 BLOGGER Yang Berpeluang Mendapat SATU HADIAH MISTERI Dari Zam! untuk menyemak penyertaan anda.
Pemilihan BLOGGER yang BERTUAH akan dibuat dengan menggunakan RANDOM.ORG, dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Untuk memudahkan anda mengetahui keputusan terkini, anda boleh memasukkan blog Zam ke dalam bloglist di blog anda :)
Akhir kata, thanks again, bloggers!

caliph shuriken said...

sepatutnya kita tau maksud dulu baru tampal sticker tu.. ni dh kira mcm kes suka2 gantung teddy kecik kt bumper blkg keta tapi x tau utk apa, huh...

boni kacak said...

ada juga yang macam ni rupanya?? hurm, jenis tak mengikuti perkembangan semasa..

Mieza Jhaa K said...

Haa,,,bagus sgt entry Krole ni..memerli mereka2 yg tak tahu apa2 tapi ikut trend saja..tanpa menyelami, ambik tahu, dan simpati kepada rakyat Mesir..

Mar Haini Abdul Rahim said...

ye krole, kalau ye pn cakna tp jgn smpi taqlid buta. buatnya apa yg diikut tu batil ~ tak ke menyambung dosa namanya. yg paling bagus, cari ilmu barula bole beramal.

syuk shusuke said...

kalau boleh beramal sekali dan sering berdoa untuk keselamatan umat islam diseluruh dunia. :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

apa yang mampu dilakukan, kita berdoa agar saudara kita di sana diberi kekuatan dan ketabahan oleh Allah..

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

semoga saudara kita kat sana dilindungi Allah...