Tuesday, August 20, 2013

Cari Kayu Api

Semalam awal-awal lagi ayah dah telefon krole... nak minta tolong cari kayu api?. Sebelum itu nak story sikit... alhamdulillah tak lama lagi adik krole akan menamatkan zaman bujangnya, kalau tak ada halangan 29 ogos ni dia akan bernikah dengan pilihan hati nuraninya (tahniah bro). So mesti korang dah faham kan kenapa ayah krole minta tolong cari kayu api tu?. Awal pagi lagi krole sekeluarga dah bertolak ke rumah ayah, sampai saja kat sana pergh! semua adik-beradik krole dah ada. Lepas bersarapan ramai-ramai kitaorang gerak, waktu tu krole dah terbayang macam-macam... "huh! ini mesti kena masuk hutan belantara ni...".

Penuh krole teruja waktu tu... tapi... tiba-tiba bila kereta dah berhenti... "eh? ni macam...?". La... rupanya ambil kayu api kat kilang papan saja hahaha!. Dunia dah canggih... tak perlu dah susah-susah meredah hutan nak cari kayu api, rupanya sekarangni kalau nak senang pergi saja ke kilang papan yang berdekatan... kat sana berlambak lebihan kayu yang tak digunakan. Tapi... bukan free tau! kena bayar juga. Nasib baiklah taukey kilang papan tu kawan baik ayah so semuanya free of charge hahaha! "lu angkutla banyak-banyak" kata si taukey kilang papan yang pemurah. Alhamdulillah bab kayu api dah selesai... tapi kepala ni masih pening memikirkan hajat adik kesayangan yang minta design kad kahwin. Pergh! pening beb! masa pula makin suntuk, doakan terbaik untuk krole ya... happy blogging semua.



p/s : nak cari kayu... nak cari kayu...

17 Komen:

Shaiful Zaidi said...

tak lama lg dpt adik iparlah... tahniah buat adik krole..

PeRdU cINta said...

kami hari ni baru balik dari kampung..hujung minggu lepas adik lelaki kami berkahwin..alhamdulillah selesai juga..so minggu depan giliran mr krole sekeluarga pulak la ye..alhamdulillah bertambah ahli keluarga..suka baby zahrah dapat aunty baru ea..perkahwinan itu sunah Rasulullah SAW..maka lengkaplah sebahagian iman umatnya apabila mendirikan rumahtangga..

Tetamu Istimewa said...

Oh, masak pakai kayu api ke?

akmaL said...

semoga urusan adik krole dipermudahkanNya:)

S.K.A said...

hu3..sngt beruntung =) sng dn mudah la kalau mcm 2..smoga semua urusan nnti dipermudahkanNya..tahniah bt adik bro krole..

Norhasniza Khalid said...

hihihi, senang je ye, pergi je kilang papan... dunia maju, silap2 kayu pun boleh beli online..

tahniah pada si adik yer.. selamat pengantin baru

BUNDA a.k.a KN said...

sekarang semua dah senang...kat kilang papan tu berlambak serpihan kayu tak pakai..nasibaik member, kalau tak kene bayar juga lah..

Alhamdulillah..krole nak dapat adik ipar lah ni...

boni kacak said...

hahahahhaa. tak perlu bersusah payah nak masuk hutan kan bro??hehehehe. apa2pun, tahniah kat adik bro tu.. semoga dia akan berbahagia hinggalah ke syurga.. amin..

luqman zakaria said...

wah..tahniah2..makin bertambah ler ahli keluarga..hehe..

Mar Haini Abdul Rahim said...

Alhamdulillah makin bertambah la kuage krole. mudahan Allah merahmati seluruh kuage krole sbb ikut sunnah Nabi. Hehe br nk kagum tau msuk utan gigih cr kayu api..:P

fyna said...

tahniah krole bakal dapat adik ipar. hehehe.. nasib baik tak masuk hutan ye.

Mieza Jhaa K said...

Dulu dekat2 nak kenduri ayah masuk hutan kumpul kayu api byk2..siap pikul batang kayu besar2 lagi nak buat bangsal untuk sembelih lembu..

PakcikLie PCL said...

masih lagi masak guna kayu api ye Krole , ..mesti sedap rasanya..

tahniah bakal dapat adik ipar..bertamabh ceria keluarga anda.

Addasyuhadadisini said...

tahniah untuk adik krole..selamat pengantin baru.. :)

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...tahniah utk adik krole, k..
kata member krole kirim salam...k

mselim3

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

tahniah untuk adik krole.. seronok la krole dapat adik ipar lepas ni.. kalau nak buat kenduri memang kayu api penting sangat..

Hafiza AizZawa said...

slmt pengantin baru buat adek krole...