Monday, October 31, 2011

Aku Mahu Balik

Alhamdulillah syukur hari raya haji ini krole dapat kelepasan untuk balik ke kampung, krole baru tahu semalam je melalui member sepenjawat yang bertugas dalam platun "atur kerja" pergh!!! gembira yang teramat rasa hati ini, tanpa membuang masa terus krole call isteri memberi perkhabaran gembira ini. Punya main gembira isteri krole bila dapat tahu hal ni, bukan apa ni merupakan raya haji pertama kitaorang sambut sebagai suami isteri, sampai menangis-nangis terharu isteri krole. Krole ni memang tak boleh tengok atau dengar isteri menangis, sebab krole akan terjoin sekali.

Saturday, October 29, 2011

Malas Nak Keluar Rumah

Aduh!!! sedih betulah bila baca tajuk kat atas tu, hehehe... tapi ianya bukan rekaan semata-mata, ini adalah kisah benar dari krole pergh!!! macam cerita mistik pula??? sebenarnya tak tahulah krole nak kata macam mana??? dua tiga menjak ni krole memang tak ada mood nak keluar rumah asyik duduk terperap kat rumah ni je. Kalau keluar pun sekejap je dan bersebab contohnya nak beli barang rumah, kalau nak keluar-keluar makan-makan, lepak-lepak atau apa-apa pun aktiviti yang krole biasa buat sebelum ni memang taklah. Sekarangni krole lebih suka menghabiskan masa dirumah.

10 Surah Terbaik

Assalamualaikum dan salam sabtu kepada semua, dalam kehidupan seharian kita selalu diuji oleh Allah S.W.T dalam berbagai-bagai cara dan bentuk, semakin sayangnya Allah terhadap diri kita semakin besarlah dugaan yang diberi namun manusia sekarangni bila ditimpa susah mulalah menyalahkan takdir dan sentiasa mencari jalan yang mudah untuk keluar daripada kesusahan tersebut walaupun terpaksa melakukan perkara yang karut-marut. Hari ini krole ingin kongsikan dengan korang semua 10 surah yang dapat menghalang daripada 10 ujian/dugaan besar daripada Allah S.W.T, insyallah.

Friday, October 28, 2011

Tak Nak MakeUp

Teringat pula waktu kahwin hari tu... banyak peristiwa lucu yang krole rasa selagi hayat dikandung badan krole tak akan lupakannya antaranya waktu kat dalam kereta ni, kitaorang on the way nak pergi rumah pengantin wanita a.k.a isteri krole, kat sebelah kanan krole tu makcik krole yang tersayang, waktu ni kesian kat beliau kerana kelam kabut menguruskan krole. Tapi satu je yang krole minta kat beliau, krole tak nak bermake up??? tapi dia nak make up juga waktu tu, so berlakulah pergelutan waktu tu, dia suruh pengapit (BFF) krole sebelah tu pegang krole hahaha!!! lucu waktu tu, tapi akhirnya dia mengalah kerana tak dapat nak make up, sebab krole tak duduk diam heeee.

Sayangi Mereka

Krole tengah bengang ni!!! grrrr!!! tadi waktu balik dari kerja seperti biasa krole and the gang akan menuju ke cafe untuk bersarapan. Tak sangka pula hari ini krole dapat pengalaman yang baru dalam hidup ni??? nak tahu apa??? sedih dan geram hati krole ni nak cerita, begini ceritanya tadi waktu kitaorang tengah duduk menunggu menu yang di pesan krole ternampak sekumpulan budak-budak (rasanya anak staff kot) baru tiba di pintu cafe tersebut. Masa diaorang nak masuk tu ada seekor kucing menghalang jalan mereka, so ada seorang budak ni dengan slumber menendang kucing tersebut, aduh!!!.

Thursday, October 27, 2011

Tak Dapat Tidur

Huah!!! mengantuknya!!! nak tidur tapi tak boleh pula!!! mesti ramai yang kata masih awalkan??? tapi bagi krole waktu ni dah teramat lewat sekali, krole kan kerja malam minggu ni so tidur waktu siang ni adalah perkara yang wajib, biasalah kena cover balik masa tidur semalam yang dihabiskan dengan menjalankan pekerjaan. Tapi tak tahu nak kata macam mana??? nak kata orang ganggu??? tak ada pula... nak kata tak mengantuk??? mengantuk juga... tapi mata ni tak dapat nak lelap??? aduh!!! kalau tak dapat tidur, alamatnya macam zombielah krole masuk kerja malam ni hahaha... korang ada tak petua-petua untuk melelapkan mata yang susah nak tidur???

Berdoalah KepadaNya

Sekiranya anda ditimpa musibah, mendapat kejayaan, hilang pedoman, terasa keseorangan atau apa-apa sekali pun masalah/kesenangan , berdoalah kepadaNya jangan sekali lupa bahawa semua itu datang daripadaNya dan tiap apa yang diberikan olehNya semua mempunyai rahmatnya yang tersendiri sama ada kita perasan atau tidak. Bukan apa krole kadang-kadang terbaca artikel-artikel seperti dimana demi mengejar kekayaan orang sanggup melakukan perbuatan syikir seperti menyembah kubur atau sebagainya. Walhal yang perlu kita sembah atau memohon hanyalah kepadaNya yang satu.

Wednesday, October 26, 2011

Hujan Itu Rahmat

Oh hujan engkaulah sebaik-baik rahmat daripada yang Maha Esa, tapi kenapa selalu manusia tidak bersyukur dengan kehadiranmu??? Mereka selalu mengeluh merasakan kehadiranmu membawa musibah bagi mereka, walhal kamu turun adalah untuk memberi kehidupan kepada mereka. Oh hujan tanpamu rasanya pokok-pokok tidak akan tumbuh dengan suburnya, tanpamu rasanya hidupan tidak akan hidup seadanya, tapi kenapa manusia tidak nampak semua itu. Ayat yang patut keluar dari mulut mereka adalah kesyukuran terhadap yang Maha Esa kerana mengarahkan kamu turun ke dunia.

Monday, October 24, 2011

Hobi Aku Masa Kini

Krole mempunyai hobi yang baru sekarangni... boleh kata masa krole yang terluang semuanya krole habiskan dengan bertelefon dengan orang rumah, hinggakan ramai member-member sepenjawat menegur "wei..!!! aku tengok kau jarang dah keluar rumah krole???". Hehehe, ada juga yang perasan rupanya ngeee~ bukan apa tak tahu nak terangkan macam mana, cuma nasihat krole kepada member-member semua, sekiranya korang ingin mendirikan rumahtangga~ pastikan korang tidak berjauhan dengan pasangan hidup. Serius seksa o0o0... tengok pakcik kat gambar diatas tu.

Sunday, October 23, 2011

Aku Bergelar Seorang Suami

Assalamualaikum kepada semua member-member, uwah!!! rindunya nak update blog ni hehehe... cuba korang tengok gambar kat atas tu??? ya itulah sebabnya krole menyepi kebelakangan ni, krole dah selamat bergelar suami orang sekarangni. Alhamdulillah syukur semuanya berjalan dengan lancar. Namun sedih juga sekarangni sebab isteri krole kat kampung, krole pula kat kajangni aduh... aduh... aduh... seksa rupanya bila berjauhan. Kalau ikutkan hati nak je krole bawa isteri ke sini tapi dia pun mempunyai kerjayanya sendiri so memang tak dapat. Esok krole nak memohon perpindahan, harap-haraplah diterima... member-member semua doakan krole ya.