Tuesday, August 6, 2013

Perang Colour Light

Alhamdulillah... dapat juga krole update blog kesayangan hari ini yeah!. Selalunya bila krole sunyi dalam dunia blog ni mesti ada kaitan dengan modem wifi atau laptop yang buat hal kan? tapi kali ini tidak... sebenarnya 4 hari ni krole bawa keluarga balik ke kampung Mrs. krole... kat sana tak ada line internet so... faham-fahamlah ya. Seronok beb! dapat tolong mertua bersihkan kawasan rumah, cat dinding rumah, menghias rumah, dan semuanyalah yang berkaitan dengan persiapan menyambut hari raya ni... yang penting dapat tengok Mrs. krole dan baby zahrah gembira sudah cukup bagi krole. Penat tu semua tolak tepi.

Ok! nak cerita ni... malam ni ada perang colour light kat kampung krole... perang?. Hahaha! ok sebenarnya AJK majid kampung krole ni ada buat pertandingan colour light paling unik malam ni... huh! best beb! selesai saja solat tarawih tadi... semua ronda kampung nak tengok colour light ni... ada yang buat bentuk masjid, ada yang buat bentuk menara KL, ada yang buat bentuk burung... pergh! senang cerita macam-macam ada. Cuma krole memang tak dapat nak ambil gambar sebab tak bawa kamera atau telefon. Oklah krole nak bersihkan rumah dulu ni so happy blogging semua.



p/s : bagaimana persiapan raya korang? ok tak?

10 Komen:

Norhasniza Khalid said...

hai hai ...
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin..

dari mama... :)
bestnya dia dah ada kat kampung,.. mama besok baru balik... dari jb ke selangor..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. siap ada pertandingan lagi ya.. selamat hari raya krole.. :D

khairul hassan said...

mesti ceria kan kg Krole mlm ni

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Wow...siap ada pertandingan lagi..mesti best dan penuh warna warni...
Selamat Hari Raya...

Mieza Jhaa K said...

WAHHH MERIAHNYAA..SIAP ADA PERTANDINGAN COLOUR LIGHT LAGI... SELAMAT HARI RAYA KROLE DAN KELUARGA..

el said...

o0oo perang light tu
mcm pesta pelita
org kuale kangsor panggil pesta panjut...sure meriah kt sn ea krole

jom lah beraya kt kampung el
kita main meriam gabait hahahaha

selamat hari raya krole
maaf zahir batin

Shaiful Zaidi said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir & batin. Moga menang dlm perang colour light..

PeRdU cINta said...

alhamdulillah menantu,ayah dan suami yang soleh ni..hehe..wah lepas ni boleh tunjuk hasil perang tu ye mr krole..eh dengan babyzahrah sekali..tak rugi berbakti pada orang tua..kerana suatu saat nanti kita juga berada ditempatnya..salam lebaran dari kami..maaf zahir batin..sampaikan salam pada baby zahrah dan mrs krole..

Tetamu Istimewa said...

Selamat hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

BUNDA a.k.a KN said...

Alhamdulilllah ringan tulang rupanya krole ni...pandai jaga hati isteri dan mertua...moga berbahgia lah kehidupan krole dan keluarga.....aamiin...SALAM AIDIL FITRI UNTUK KROLE SEKELUARGA....