Thursday, August 22, 2013

Saga Jadi Skyline

Lelaki dan kereta memang susah nak dipisahkan... ibarat seperti nescafe dan gula, kalau tak dicampurkan keduanya confirm orang tak minum punya hahaha!. Ok mula-mula nak bagitahu kat korang semua, kereta kat dalam entri ni bukannya kereta krole ya. Ini pun dapat dari adik krole... dia ni jenis minat ubahsuai kereta dan benda-benda autoshow ni. Kereta ni kawan dia punya, pergh! sekarangni memang tak ada yang mustahil beb!.

Kawan adik krole ni minat sangat kereta skyline... nak beli tak mampu katanya, so jalan paling mudah adalah mengubahsuai kereta yang ada sekarangni menjadi kereta idaman kalbunya hahaha!. Untuk kes ni kereta si kawan adalah saga (kat gambar). 

Ini pula gambar bila dah siap... pergh! memang sebiji... sepokok... sebuah... cantik buatannya. Teringin nak buat macam ni tapi... tak mampu... lagipun rasa macam membazir pula... krole pun tak berapa tahu berapa kosnya (lupa tanya adik). Tapi rasanya mesti ribuan ringgit kan?. 

Ini pula pandangan dari belakang... pergh! siap ubah lampu tu... huish! nampak cantik pula tapi... tak tahu lepas JPJ kah tak?. Rasanya kalau viva krole buat macam ni boleh jadi tak? hahaha!. Gara-gara terlampau minat saga jadi skyline, memang tabik spring kat diaorang ni. Kalau mampu tak apa... oklah happy blogging semua.



p/s : boleh tak viva jadi fairlady?

16 Komen:

el said...

el pun minat skyline..tp mmg sempoi lah adik krole hebat beliau ni..leh jd pakar modified ni hahaha
mmg lawo n cun kete tu..nak2 kaler biru tu lglah naik dia pya skyline..lampu xsah ckplah mmg npk skyline dah
tp nk tgk laju ke idok..lau lalu sebelah ada bunyi cam skyline x haha

papepun mmg awesome job..well done
hope jpj halalkan haha

Aku Penghibur said...

apon pon minat..wahh cantiknye.. serupa jgk tapi skyline panjang sikit... itulah terfikir jgk JPJ lepas tak nie ??

apa pon memang smart ..daebak

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

memang cantik hasilnya.. semoga prestasinya juga setanding dengan skyline.. tapi kena hati-hati2 juga bab pendawaian dalaman..

ima salsuzaima said...

wah3x.. org laki mmg mcm ni tau.. sanggup keluar ribu2 utk kereta atau motor.kadang2 geram pun ada.mcm membazir plak.. grrrr.. haha :P

Cikgu Norazimah said...

mmg smart ! tapi..tapi..lepas jpj ke tu?hehe

syuk shusuke said...

JPJ tu 1 problem.
1 problem lagi cun jugak kereta ni, hehe

adzairdawati makdara said...

wow awesome.. mmg hebatlah

S.K.A said...

yeahhhh Malaysia boleh he3 =) berape kos bt ni bro krole?? jpj klau dia bt r.block..cnfirm kena ni..hu3 yg xthan msti ada yg ajak test nnti..

Norhasniza Khalid said...

fulamakk... cantik tu....

mama balas komen semalam " blog krole ni ok, best je mama datang.. blog yang macam-macam adaaa... " hihi..

BUNDA a.k.a KN said...

orang lelaki biasa lah, kereta ibarat isteri kedua, kalu dah minat tu semua boleh jadi...

anak bujang bunda yg no 3 tu pun dah hint2 nak tukar spot rim lah, nak ubah bumper lah ape ke benda nyer pun bunda tak tau sangat..

tapi tak beria2 sangatlah , sebab sedar diri masih belajar lagi...

Chuu Muqhlis said...

ilang abes identiti saga. btw cantek :D

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Wow...cunnzzz kereta tuh. Wan tak pandai sgt bab kereta ni. Cuma tau beli dan bawak jerk. Yg penting selesa. Hehehehe...

krole said...

to all : mantap kan keta tu hahaha...teringin jgk nak bat..tp tak mmpu...kos bat ni krole tak bape pasti..adik tak ceta ritu...yg krole tau smpai ribu2 jgk ni...sal JPJ mmg tak lepas ni huhu...mekap pnya men cantek tp nak bwa jln2 ssh hm...tp camne jgk kan..minat memasing...jnji kepuasan kan~ dan yang pnting mampu~

Mieza Jhaa K said...

Hahahaha..skyline 1.3 versi Malaysia..

caliph shuriken said...

terbaik laa hasil kerja diorg ^^

Anonymous said...

bodoh macam tahi...kereta sampah design..pui!!!malukan saga aje