Sunday, July 21, 2013

Berbuka Dengan Air Tangan Isteri

Bulan ramadan ni dah jadi macam trend krole tengok kat laman facebook? trend apa...? yang krole nampaklah kan... 20 minit lagi nak berbuka confirm orang ramai upload bermacam-macam juadah berbuka. Dari sate ke ayam panggang, dari cendol ke ABC special, dari murtabak ke karipap, dari mata ke hati eh? yang last ni macam tak kena sikit hahaha!. Tapi... yang seronoknya bila ada rakan-rakan yang upload resepi masakan huh! bab ni memang krole alert sekarangni, kalau menu kena dihati confirm jemari ni cepat saja menekan butang bookmark. Bukan apa... dapat juga bagi idea kat Mrs. krole, lepas tu boleh masak sama-sama kat dapur (seronok). Hari ini krole rasa bangga sangat dapat tolong Mrs. krole memasak kat dapur, walaupun diri ini hanya dapat menolong bab potong-potong, dan mencampak-campak bahan ke dalam kuali. 

Krole tetap bangga beb! sebab seronok sangat tengok air muka Mrs. krole tadi... boleh kata senyum sampai ke pipi, krole tahu beliau mesti penat tadi tapi... tak tahu kenapa? bersemangat saja krole tengok. Kepada suami-suami diluar sana, kalau boleh sekali-sekala tu luangkanlah masa menolong isteri di dapur ya. Walaupun tak dapat tolong banyak tapi InsyaAllah dengan kehadiran kita diaorang dah rasa cukup membantu. Hari Mrs. krole masak semuanya menu kegemaran krole (sup tulang, sambal tempe, kek buah, lemon tea, dan popia sosej). Sayang sangat dengan Mrs. krole. Bila berbuka dengan air tangan isteri ni pergh! memang terbaik beb! kalah masakan restoran 10 bintang tu hahaha!. Oklah happy blogging semua.



p/s : pesanan untuk semua suami diluar sana... bila isteri dah masakkan sedap-sedap tu... ringankanlah tulang untuk basuh pinggan mangkuk tu ya~

23 Komen:

syuk shusuke said...

air tangan isteri lagi sedap dari yang kat bazar. :D

Aku Penghibur said...

betul tu :) masakan bini lagi sedap dari beli, penuh kasih sayang :)

Aziz Safian said...

peegghhhh..aku tak kawen lagi..cmno? :D

Hafiza AizZawa said...

fiza klu masak biarla sorg2..serabut ramai2 kt dapur..huhu...

ma ❥ said...

Banyak menu berbuka... :)

Sop said...

air tangan isteri masakan terbaik kan :)

Ida Syuhada said...

Wah banyaknya menu... boleh habis ker tu bro?

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualikum....krolezone,

bestnyer dapat masakan isteri...

mselim3

Zul Fattah said...

untungler dah kahwin.. kan best ada orang berteman..
huhu slamat berpuasa..

Sura Mohd said...

rajinnya mrs Krole..bagus2..jaga makan minum suami..akak ni kalau sempat jer masak..klu x beli je kat kedai..hehehe

khairul hassan said...

sedap tu Krole !

S.K.A said...

he3 terbaik la krole =) suami yang mithali ni..

el said...

igt ea krole bkn bulan puasa je tolong mrs krole tu..hari2 lain pun tulun gak..jgn dah abis bulan puasa...x jenguk dah dapur

syabas krole..ringan tulang
cam mn lah mrs. krole xsayang suami dia hehehe

azman Arsad said...

hahahaha.. merana dan meraunglah semua anak dara kat luar sana.. itulah dulu taknak pikat krole awal-awal.. untunglah mrs krole.. hehehehe

PeRdU cINta said...

Air tangan isteri dan saling membantu mengeratkan lagi hubungan suami isteri juga kekeluargaan..amin..tunggu intan payung zahrah pandai makan pulak lepas ni.. :)

Norhasniza Khalid said...

untung orang ada bini.. hihihihi..
air tangan bini gak sedap ek..

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

makan masakan dari air tangan ibu atau isteri ni ada jugak zikir dan selawatnyer...

kalu kat kedai apa lagi kat fast food tu belum tentu lagi...tambahan kat hotel2..segenap bangsa punya air tangan kita makan...

Khai♥Rin : anies said...

uiiiii kecuqqqq ayaq liuqqqqq

krole said...

to all : terima kasih sudi baca...alhamdulillah sebenarnya krole yang beruntung dapat berkahwin dgn Mrs. krole..Allah saja yang tahu. Harap diri ini dpt jadi yang terbaik utk Mrs. krole dan krole juga berharap agar dpt memimpin keluarga mengecapi kebhgiaan didunia dan akhirat~ Amin...InsyaAllah

Mizz Aiza said...

wah.. sedapnya mrs krole masak.. terliur aiza tengok petang-petang ni.. hehe.. :D

Yumida Huda said...

mak aiii sedapnye
yumida sampai tertelan air liur byk kali

Lydia Miza said...

Tgk gmbr pun dah tau sedap

||aLeaSaRa|| said...

hah...yang belum kawin tu cepat2lah kawin ye..tu sebab masa bulan posa,hubby kak lea perutnya tiba2 buncit.makan bertambah..tapi membebel juga.."kenapa masak sedap sangat,yang.kan abang dah buncit.." he3...