Tuesday, July 23, 2013

Mereka Hanya Jalankan Tugas

Cuba korang bayangkan... korang tengah memandu kereta kesayangan anda, waktu itu jalanraya terasa luas terbentang kerana tak banyak kereta waktu tu. Dari gear 4 korang tukar ke gear 5 dan kelihatan meter kelajuaan dah mencecah 120KM/H tapi tak tahu kenapa...? hari itu korang rasa kelajuan 120KM/H tu tak berapa nak laju sangat so pedal minyak pun ditekan habis-habisan. Senyuman mula terukir di wajah kerana terasa seperti raja waktu tu. Waktu tengah syok tu tiba-tiba korang ternampak sebuah kem kat tepi jalan dihadapan? tak tahu kenapa...? semua kereta yang lalu disana berhenti seketika, ada yang jalan terus dan ada pula yang berhenti ditepi.

Hati korang pun terasa tak sedap dan mengurangkan kelajuaan tahap dewa tadi, sampai giliran korang... "selamat pagi tuan" sapaan korang kepada individu yang ada disana dengan harapan beliau melepaskan korang. Dengan senyuman manis beliau menunding jari ke arah anda dan berkata "kenapa tak pakai tali pinggang keledar" pergh! waktu tu korang mesti terasa nak bagi jawapan untuk soalan itu kan... tapi tak tahu macam mana? sebijak mana pun korang, pasti tak dapat jawap punya, hanya senyuman tawar saja yang dapat dilemparkan.

Sebenarnya krole baru bersembang dengan seorang sahabat ni... dia kena saman dengan en. polis... itu inilah katanya... marah-marah tak tentu pasal, kata diri teraniayalah walhal salah sendiri. Krole tak tahu berapa samannya cuma sebabnya tak pakai tali pinggang keledar katanya? hm... Tak boleh juga nak salahkan kat anggota polis tu 100% sebab bagi krole dia hanya menjalankan tugasnya. Ini bila kena saman (selalunya salah sendiri) habis semua polis yang salah, tapi bila kereta kena curi polis juga kena cari (buat report). Oklah! ingat ya polis tu pun manusia juga so happy blogging semua.



p/s : memandu dengan berhati-hati dan ikutilah peraturan jalanraya~

24 Komen:

Tetamu Istimewa said...

Huhu...undang-undang tetap undang-undang. Kenalah patuhi.

Norhasniza Khalid said...

salah tetap salah kan krole, had laju terlebih pun boleh kena saman jugak .. hihi

Aku Penghibur said...

betul tu :) bukan semua polis coruption .. ramai yang laksanakan tanggungjawab mereka.. dah bawak laju sape suruh

Mizz Aiza said...

tak boleh berkompromi dengan undang-undang.. yang salah tetap akan terima akibat dan balasannya.. betul kata krole, en. polis hanya menjalankan tugas mereka..

smbotak said...

Banyak jugak kes salah laku polis yang kita dengar sekarang, dan sememangnya aku sangat tak setuju dengan pihak yang tak amanah macam ni. Tapi bila tiba bab kita yang buat salah, kena la terima kan. Tak payah salahkan polis pulak...

syuk shusuke said...

kalau dah salah kita sendiri kite kena la akui. barulah dunia ni aman.

siti ZAHARA said...

Undang2 di buat pun ada sbbnya..apa2 pun zara klu masuk kate laju je pakai tali pinggang..dah terbiasa mcm tu..hUhuhu..=D

Vee Lea said...

Betul betul.. Kalau kena saman polis juga disalahkan. Nanti kena curi pandai minta tlg polis cari. HAHA. Bab saman ni mmg biasanya slh sendiri kan.. Mana ada org pernah kena saman kalau pakai seat belt. Tihihi. Kirim slm dgn baby Zahrah :D

PeRdU cINta said...

yup betul tu mr krole..kalau kita tak buat silap ketika memandu tak mungkin polis kenakan tindakan kan..ermm..bukan polis aniaya kita tapi nak tegur kita..kadangkala kita marah bila ada pihak lain menasihati dan menegur kita tapi kita terlepas pandang sebenarnya kita aniaya diri sendiri..

Mieza Jhaa K said...

Beberapa kali terserempak dengan polis/JPJ.. tapi masa tu sempat lagi rembat tali pinggang. Ahh tak kira dia nmpak pun..yang penting pakai..hahaha..

Noor Mala Shahar said...

patuhi undang2 jalan raya jangan ikut perasaan ketika memandu..

puteri kasih said...

kalau kita tak patuhi undang-undang..takleh la salahkan polis kan :)

khairul hassan said...

kdg2 sampai salah sendiri kita x sedar kan :)

sUke-sUki :D said...

hehe best la blog ni..suke dgr krole bercerita.. done follow #2764

S.K.A said...

ha3 pnh terjadi kt ambe =) time 2 best je lap..last2 betul kt selekoh ada r.block..gaduh la tarik s.belt, tp nsb baik dia xthan..polis ni baik, xsemua yg negatif psal diorg

Tinta Lana said...

Salam.

Entah, suka nak marah2 tak tentu pasal..dah terang lagi bersuluh, memang salah sendiri.

Tapi krole, kita pernah kena saman sbb langgar lampu merah..yg tak bestnya, polis tu..duk main rasuah2,huhu. Nak saman, saman jela. huhu..

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Undang2 tetap undang2. Polis just wat keja diorg jerk. Bagus jugak mcm tuh, at least diorg remind kita pasal keselamatan. Bkn utk org lain pun, utk kita jugak.

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...krole,

mselim3 tersentuh hati bila tgk polis tolak kereta tu...

mselim3

pls: masa kereta mselim3 rosak polis tu x tolak pun...(merajuk)..huhuhuhh

ColourManiac said...

mereka hanya menjalankan tugas...bayangkan kalau meraka tiada....adakah kita rasa akan selamat tanpa rasa bimbang memandu di Malaysia nie??? Pikir...pikirkan lah....

Mila Ahmad said...

kadang-kadang polis terpaksa tolong kereta yang rosak, tukang tunjuk arah huhu...

||aLeaSaRa|| said...

yelah setuju2...dah kita yang buat salah.kalau polis tak jalankan tugas,ramailah pemandu yang accident akan tercampak keluar..begitu pentingnya gunakan seat belt :)

adzairdawati makdara said...

betul tu.. kita harus buangkan prasangka buruk terhadap anggota polis ini.. kerana bila kita dlm kesusahan kpd mereka juga kita minta bantuan

el said...

skun ni musim raya diorg byk wat roadblock..el ni xsuka pakai tali pinggang tu lau duk sebelah driver.sbb anak atas riba payah skit..bila nak2 smpi roadblock baru gigih pakai..pas2 tanggalkan balik

mmg wajib pakai pun..jgn meyalahkan org lain lau sndiri yg kena/lalai hehe

krole said...

to all : senang ceta...kalo salah tu...salah sendiri tak pyhla nak salahkan polis 100%...cuba biasakan diri...masuk keta pakai seat belt...pastu pandu cermat...InsyaAllah ok tu~