Thursday, July 11, 2013

Macam Duduk Di Litar Sepang

Alhamdulillah selesai hari kedua berpuasa... macam mana puasa korang? harap oklah hendaknya ya. Ok! entri ni bukan nak cerita krole berpindah kat litar sepang ke apa ya... cuma terkilan dengan sikap budak-budak motor kat kampung krole ni... Petang tadi dalam jam 5:30PM (sejam lagi nak berbuka). Waktu tu setelah berusaha bertungkus-lumus akhirnya krole berjaya menidurkan baby zahrah yang tengah mengantuk tiba-tiba... prennnggg!. Aduh! terkejut baby zahrah terus terjaga dan menangis.

Kasihan tengok baby zahrah terkejut tadi... orang semua tengah bersiap-siap untuk berbuka, diaorang boleh buka game pula petang-petang tadi. Macam duduk di litar sepang pula krole rasa. Ramai juga budak motor berkumpul tadi... dalam banyak-banyak aktiviti yang ada... berlumba juga yang diaorang nak buat bulan puasa ni. Kalau berkumpul saja tak apa... krole faham juga (kita pun pernah lalui zaman macam ni kan). Tapi ... berlumba tu yang tak boleh blah. Nasib baik ada seorang pakcik menegur mereka tadi, barulah semuanya bersurai... mungkin terlampau seronok nak berbuka kot? tapi agak-agaklah kan... kasihan kat penduduk setempat. Oklah nak rehatkan minda kejap so happy blogging semua.



p/s : alahai... kalau excident mak bapa juga yang susah... cuba fikir panjang sikit~

5 Komen:

Vee Lea said...

Alolo kesian tu baby Zahrah.. Di sini pun sama la bang Krole, tengah2 malam pun ada jugak yang berlumba2. Kadang2 terkejut sampai nda buli tiduurrr. Heee. Selamat berehat! :)

eddie said...

biasa la budak2 bru nak naik kan...dah kena sekali baru ada akal

Aku Penghibur said...

ishh bulan pose pon nk cm gitu adehh

Sop said...

budak2 kadang dorang x ret lg pasal org lain
fikir diri sendiri pun x lepas
cian bby zahrah
dugaan pose tu bro utk bersabar :)

Mieza Jhaa K said...

Aii bengan betol kan..baik2 dah Zahrah tido..terpaksa didodoi balik..jiran sebelah pulak main mercun... terkejut orang tengah sembahyang.