Wednesday, March 6, 2013

Road Block dan Beras

Apa benda pertama yang korang fikir bila ternampak road block a.k.a sekatan jalan raya? hah! betul! cepat tarik tali pinggang keledar tu! hahaha! ok... sebenarnya krole nak kongsi sedikit cerita dengan korang semua tentang situasi yang berlaku di sabah sekarangni. Kalau bab pemberontak tu serius beb! memang aku kurang tahu dan tak berani nak kongsi dengan korang semua, sebab terlampau banyak versi cerita sekarangni? ada yang kata penceroboh dah sampai Beaufort dan Weston dan ada juga yang kata penceroboh-penceroboh dah lari masuk sarawak? hm? tak tahu mana satu yang betul?. Caranya senang saja, kalau nak tahu cerita sebenar, telefon saja balai polis berdekatan atau hubungi rakan-rakan yang tinggal di Lahad Datu. Masuk hari ini dah 4 hari krole tak dapat nak hubungi sahabat krole yang duduk kat sana? "ya Allah... jagalah keselamatan beliau". So tak berani nak update cerita kat sana.

Sekarangni kat sabah... hm... lebih tepat lagi daerah krole sekeluarga tinggal dah jadi macam zon perang, road block keselamatan dimana-mana. Pagi tadi waktu krole bawa Mrs. krole keluar jalan-jalan ambil angin nak 3 road block kitaorang lalu pergh! dan anggota yang bertugas semuanya bersenjatakan M-16 dan MP5 pergh! jarang nampak situasi macam ni kat daerah krole. Tapi alhamdulillah anggota yang bertugas semuanya ramah-tamah siap pesan agar kitaorang berhati-hati kerana penceroboh-penceroboh yang lari tu masih belum dapat dikesan (moga Allah permudahkan anggota-anggota keselamatan kita). Ok nak cerita pasal beras pula, kat pekan Beaufort ni entahlah... tiba-tiba saja beras kehabisan stok... kat kedai runcitkah, kat supermarketkah... semuanya kehabisan stok dan hasil penyiasatan krole tadi (bertanya dengan orang ramai) oh! rupanya mereka bersiap sedia manalah tahu kes di Lahad Datu tu melarat ke sini. Aduh! nasib baiklah masih ada stok beras kat rumah kalau tak... oklah krole ada kerja sikit ni so happy blogging semua. 




p/s : doakan sabah~

22 Komen:

Unknown said...

semoga bro & family selamat... amin... :)

iAmCekbolat said...

erkk . semuanya akan okay kot . insyaAllah .

ehh krole pun apa lagi . kidnap beras cecepat ! haha

Unknown said...

huhu selamatlah semua hendaknya.. mst terasa janggal kn dgn perubhan.. buat stok beras, nnt mama baby mo mkn apa ~ :)

PeRdU cINta said...

pasti ada nur hikmah atas segala apa yang terjadi kini..Allah sentiasa memandang dan mendengar suara hamba2NYA..jangan sesekali memutuskan tali penghubung kita denganNYA..amen..

tirahzairi said...

semoga semua selamat...aminn

ps: maaf lmbt...dh letak blog krole dlm bloglist tirah :) tq

Shaiful Zaidi said...

semoga Sabah kembali tenang..

Unknown said...

Take care buat krole sekeluarga...harap keadaan akan kembali sperti sedia kala...

Unknown said...

Salam..Semoga semuanya selamat disana .aaminn..take care..

Mime MF said...

Insyaallah kita doakan semuanya akan selamat..err beras dh dpt carik belum?huhu

hazanis said...

semoga semuanya selamat yer. amin.

Unknown said...

Kalau tgk ada roadblock terus terkejut..pasahal xbuat salah pn..

dariilhamkehati said...

fuh , memang mengalami semula zaman perang , harap semuanya baek2 sajer ...

CD said...

moga2 krole dan semua rakyat di sana selamat.. huhu...

puteri kasih said...

moga bro krole sekeluarga dan semua yang berada disana sentiasa dilindungi

Anonymous said...

semoga bro dan family selamat di sana :)

Luqman Zakaria said...

semoga semuanyabaik baik je k!

hana hadi said...

owh beli siap.. krole kena beli gak barang runcit ni untuk bersiap sedia

Hazmin Hamudin said...

Semoga semuanya selamat ye. krole duduk di daerah mana ye?

el said...

yelah krole kenalah ketatkan keselamatan..ooo smpi beras pun abis ke...huhuhu

take care ok..lg2 mrs krole tu..

krole said...

to all : huhu thanks atas doa yew...untuk pnegetahuan smua, krole da dpt stok beras yeah!!! tepuk tangan ramai-ramai ngeee...skali lagi terima kasih~

Sop said...

kena hati2 juga tu walapun zon selamat
takut ada penceroboh yg sesat ke apa..
yg ptg jgn panik walaupun bekalan cam kurang :)

caliph shuriken said...

smoga dlm lindunganNya sentiasa ^^