Thursday, March 7, 2013

Perkara Yang Terindah

Perkara yang terindah berlaku dalam hidupku adalah dapat berkenalan dengan seorang wanita bernama Zianah Binti Mohd Yusof. Semenjak pertama kali aku bertentang mata dengannya hati  ini dah berkata "she's the one", rupanya memang wujud cinta pandangan pertama ni... yang seronoknya beliau pun begitu juga pergh!. Kalau nak diikutkan krole ni memang tak berapa berani nak tegur a.k.a mengorat wanita ni tapi waktu tu entah kenapa? terasa ringan saja mulut ni nak menegur... "hai cik adik manis... mau pigi mana tu?" hahaha! ok! itu bukan ayat aku ya... macam ayat mat bangla saja hihihi. Tapi dari sebuah teguran itulah kitaorang boleh kenal dan kemudian menjadi sahabat. Lama juga kitaorang bersahabat, semakin lama... kitaorang semakin kenal antara satu sama lain. Dari bersahabat bertukar kepada bercintan, hinggalah satu hari aku beranikan diri mengajak beliau untuk mendirikan rumahtangga bersama aku... pergh! bukan senang nak proposed ni beb! risau juga kalau kena tolak, tapi alhamdulillah dah jodoh kitaorang so beliau setuju yeah!.

Dari sana aku beranikan diri untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa beliau, pergh! ini lagi satu... memang seram gila waktu tu, kena pula ayah beliau kelihatan seperti sarjan tentera (muka garang dan misai tebal) hahaha! tapi sayang punya pasal aku redah juga, alhamdulillah semua urusan kitaorang dipermudahkan olehNya waktu tu tanpa sebarang halangan (jodoh katakan). Setelah selesai melafazkan akad nikah tanpa aku sedari mata ini berlinangan dengan titisan air mata kegembiraan... walaupun umur perkahwinan kami masih hijau lagi tetapi banyak kenangan pahit dan manis yang kami lalui bersama, dan alhamdulillah pengalaman ini mematangkan kami dalam erti berumahtangga. Sikit hari lagi insyallah kami akan menyambut kehadiran penyeri rumahtangga kami, aku selalu berdoa kepadaNya agar memberi kekuatan dan mempermudahkan urusan kami "ya Allah... Kau berilah kekuatan kepada isteriku... Kau permudahkan urusannya dalam melahirkan cahaya mata kami... amin ya Rabb". Em... oklah krole nak teman Mrs. krole sembang-sembang kejap so happy blogging semua.



p/s : sorry kalau entri tergantung~~~ 

19 Komen:

Mieza Jhaa K said...

WAAAAHH gentlemannyeee krole ni..tak sangka.. hik

meh sini tgk ni..kot kot berkenan
http://cinta25hb.blogspot.com/2013/03/fd-creatives-giveaway-by-miminadam.html

Ranz said...

tak lama lagi krole bergelar sebagai bapa dan aku bergelar sebagai uncle ^^

Mar Haini Abdul Rahim said...

suweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetnye entry ni ! siyes 150jutax nak like, hehe. moga bahagia hga ke syurga krole n his mrs :D

# nm mrs krole sedap, mksdnye perhiasan ek ? ;)

PeRdU cINta said...

rahmat dan nikmat Allah itu terlalu banyak dan luas..sangat beruntung bagi kita jika bijak mengendalikannya..ia menjadi satu nikmat..nikmat kebahagiaan..semuanya beserta dugaan dan ujian Allah..betul langkahnya maka lurus jalannya..moga mr & mrs krole juga bby yang bakal lahir sentiasa sakinah,mawadah,warahmah..amen..

el said...

mrs. krole x beranak lagi ke krole
ish el igt dah..hehehe

hahahaha smoga kowg bahagia smpi ke jannah ok :)

Seneorita Baharin said...

So sweet laa krole n mrs krole neh.. :D Semoga berbahagia till Jannah.. ^______^

❤ Si Budak Vanilla ❤ said...

sweet la. .:D ske bce entry nie. . :D moga bhgia till jannah. . :) dpt ank byk2. .heheheh :D

Iema Gurlz said...

hye
dtg bls kunjungan + follow sini ^^
http://iema90.blogspot.com/

zahidahwahid said...

semoga semuanya dipermudahkan....amin...

luqman zakaria said...

tak sabar mau tgk baby nih..hehe..

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Semoga kekal hingga ke akhir hayat bro, krole

puteri kasih said...

wahh sweetnyer entri ni..doa puteri semoga bro krole dan isteri kekal bahagia bersama ke akhir hayat :)

Azwar Syuhada said...

Sweetnya Mr. Krole n isteri..Moga kekal bahgia hingga ke hujung nyawa.. >_<

fyna said...

alolololo...sweeeeetttnyaa ^_^

Sop said...

masa bercinta mesti indah
tetapi alam perkahwinan lagi menarik :)

Shaiful Zaidi said...

Moga jodoh berkekalan dan mendapat rahmat Allah. Semoga kehadiran cahaya mata nanti membuatkan krole dan isteri lebih bahagia.

sabella mohamad said...

tak lama lagi abg krole bergelar ayah la ye ? kena panggil 'pakcik' la lepas ni . kehkeh . semoga hubungan korang berkekalan hingga ke akhir hayat :)

miss fluffy said...

wohoo...sweetnye...bertuah mrs.krole..hehe apa pun semoga berbahagia...:))

caliph shuriken said...

lebih kurang laa kita, bro.. nk proceed hal2 cmni x brapa brani sgt, hukk.. apa2 pun, dh berjaya kn.. so, congratz ^^