Saturday, March 2, 2013

Perlu Upah

Baru kejap tadi krole pergi ke kedai runcit kat kampung krole ni... Mrs. krole nak masak makanan kegemaran krole tapi minyak masak pula habis! argh! wahai minyak masak, tak bolehkah kau habis esok lusa kah? hahaha! pula!. Disebabkan  kedai runcit tu tak jauh dari rumah krole so jawapnya diri ini berjalan kaki saja, tapi bukan jalan kaki macam lengang kangkung tu, ni berjalan kaki laju-laju yang macam kat sukan olimpik tu hahaha! korang boleh bayangkan tak? hahaha! ok sudah! tak payah nak bayangkan benda tu, nanti ramai pula yang termuntah. Dipendekkan cerita waktu krole nak bayar minyak masak tadi tiba-tiba mata ni tertarik dengan seorang budak perempuan yang tengah melihat-lihat barang kat kedai runcit tu? "cara apa tu dik?" sapa krole padanya. Oh! rupanya budak tadi nak beli garam dan sos cili yang dipesankan oleh mamanya.

So sebagai orang dewasa yang berpandangan jauh, krole pun tolonglah dapatkan barang-barang yang budak tadi tu cari. Waktu dia nak bayar kat kaunter tiba-tiba "ku pinang kau dengan bismillah" amboi! umur begini dah guna handphone? ringtones pun macam biasa dengar kat TV3 hahaha!. Sekali dia keluarkan handphonenya pergh! terganga mulut krole seketika, pergh! samsung galaxy note tu! aduh! canggih betul budak-budak sekarangni. "hello mak, ya dah beli dah... berapa upah adik ya?" antara ayat yang sempat telinga ni tangkap tadi. Aduh! budak sekarangni bila buat kerja sikit mesti nak minta upahkan? walhal kalaulah ibu bapa berkira dengan kita pergh! rasanya tak terbayar kita sampai bila-bila. Tapi dah jadi macam perkara biasa dah sekarangni, bila ibu bapa nak minta tolong sikit mesti anak-anak mereka minta upah, haish! macam berkerja pula tu kan? sebab benda ni biasa dah krole tengok di kejiranan krole ni, kalau tak diberi upah pergh! confirm merajuk. Oklah nak gerak dulu, happy blogging semua.




p/s : doakan saudara-saudara kita dilahad datu~

13 Komen:

PeRdU cINta said...

kadangkala nilai upah tu lebih tinggi daripada harga barang..ermm ibu bapa harus lebih bijak dalam mencerna ilmu akhirat kepada anak2..

Mar Haini Abdul Rahim said...

ek ? budak kecik pkai galaxy note ?? mak aiii. siyes xssuai, bg kat akk la ssuai dik. hehe. hmm tp itulah kanak2 suke diberi upah sbg phrgaan dn galakan, jgn over sdh lahh ye :D

luqman zakaria said...

sy dulu pon cmtuh..ehh...tp xdelah over..upah 2osen jer..beli gula2..hehe

deqjamucuxx said...

budak tu pakai glxcy NOTE ! deqja pon pakai 3310 jer.. omaigod ~! budak sekarang kaaannn.........

#jeles

puteri kasih said...

dengan upah tulah dia beli galaxy note tu bro..hehe

puteri pun tak pakai galaxy note...hukkk

fyna said...

macam-macam budak sekarang. kalau dulu fyna mana ada benda-benda macam nih ==;

khairul hassan said...

salam ziarah dr Frankfurt

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Budak2 skrg membesar brsama teknologi...mmg hebat!!!

Mieza Jhaa K said...

Haha.. ku pinang kau dengan bismillah.. lawak rr..

krole said...

perdu cinta : yes..stuju sgt wak~

Mar : hahaha serius! wak..tebakor hati ni kala tu..ngeee~

luqman : hahaha...penah rase jgk bro~

krole said...

deqja : hahaha! tu r wak..sng2 jew dorank ni pakai hanpon camtu~

puteri kasih : huhuhu..mgkn btul jgk kata puteri tu hihhi~

fyna : tu r..untungnye dak2 skngni~

krole said...

khairul : wah! lama tak nampak bro~?

Ridzwan : trlampo hebat bro!!!!

Mieza : hahaha! tu r wak..lagunyew~

caliph shuriken said...

krole.. mesti tu galaxy note cap ayam, kn..

*aritu sy tgk ada jual s3 & note2 versi cap ayam :p