Friday, March 1, 2013

Indah Khabar Dari Rupa

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan diluar sana, hari ini krole nak kongsi sedikit cerita dengan korang semua tentang pencerobohan di lahad datu sabah. Kalau krole tak silap benda ni berlaku dari 2 febuari hari tu hingga kini dan kalau kita baca suratkhabar mereka kata keadaan di sana terkawal dan askar penceroboh dari filipina akan berundur tidak lama lagi so "tak payah risau" kata mereka. Disebabkan diri ini ingin tahu kisah sebenar di sana, so krole telefonlah seorang sahabat yang memang anak kelahiran lahad datu dan menetap di sana. Pergh! terkejut beb! rupa-rupanya "indah khabar dari rupa", rupanya kat sana sekarangni seperti dah menjadi zon perang. Sekolah-sekolah ditutup dan dijadikan kubu pertahanan, kedai-kedai di pekan semuanya ditutup, helikopter berterbangan diudara, kereta kebal lalu-lalang, tentera bertempiaran.

Bukannya krole menambah kuah pada cerita ini tapi... itulah yang sahabat krole beritahu tadi, wallahualam... dan menurut beliau lagi dari pagi tadi hingga nak solat jumaat tadi ada berlaku tembak-menembak diantara askar penceroboh dengan pasukan keselamatan kita... katanya ada dua kes kematian disebabkan terkena tembakan (tapi tak tahu lagi pihak mana). Aduh! serius beb! bila dengar macam tu terasa risau sangat hati ni... doakanlah mereka agar selamat di sana ya. Nak dengar satu cerita lagi? yang menghairankan kepala otak ni... tengah-tengah kacau bilau ni ada ahli politik di sana sempat lagi berkempen aduh! katanya ini semua adalah teknik pembangkang nak tarik undi rakyat? dan begitu juga sebaliknya, yang satu kata ini... yang satu lagi kata ini... argh! tak bolehkah tolak tepi dulu benda-benda politik ni. Bukankah keselamatan rakyat lebih penting? bukankah rakyat didahulukan di negara kita ni? oklah krole out dulu tengah tunggu panggilan dari sahabat krole tadi, nak tahu cerita semasa. Happy blogging semua.




p/s : ya Allah... selamatkanlah saudara-saudara kami di Lahad Datu~

12 Komen:

Mar Haini Abdul Rahim said...

kenapa mesti nk tutup cerita kta xde pape...hmm ni bukti Allah nak tnjuk, mkin dkt PRU, mkin mcm2 jadi.. ini kalilah kita tukar ! Ya Allah selamatkanlah saudra2 kmi di sana. Aamiin ~

Irwan Alessa said...

laaa lagi dasyat, kawan ada duk dekat KK tapi dia taknak bagi tahu sebb takut orang lain risau.. Memang lagi teruk dari khabar yang di dengar.. ish ish..

yanmie said...

Salam,

tulah patut dedah je cerita sebenar, di sandakan pun orang tengah berjaga-jaga huhuhu...takutnya.

Doa moga tidak berterusan, aminnn

http://www.yanmieonline.com

deqjamucuxx said...

takot2. moga2 mereka disana selamat.. amin ~

puteri kasih said...

tulah bila tengok berita macam takde pape je kan. Kenapalah diorang nak tutup cerita.

Kesian betul nasib mereka kat sana. mudah-mudahan tiada apa yang berlaku pada mereka di sana.

Sura Mohd said...

kecewa bila apa yg berlaku kt negara sendiri ditutup...klu bab lain pumpang-pumpang kt t.v..lg sakit hati..

Wanie Mj said...

allahu. ada jugak nampak kat fb, tapi kt media seolah2 sana mcm okay. semoga Allah lindungi mereka..

nik ros said...

pelik.naper diorg nak sorok perkara sebenar.bgtau jea la. mcm la kita ni tak ada family kat sana kan.lama2 akan terbongkar jugak.

kat mediaa semua nampak mcm tak ada apa2 jea.terkawal la sgt kan.

Nurul Farahizzati said...

haih.. semoga semua ni cepat berakhir.. zizie bengang sebab Menteri Dalam Negeri lepas tangan.. dan mula la masuk kes2 parti itu ini yang terlibat... janganlah kerana politik malaysia, peperangan ni berlaku.. kesian mereka yang tak bersalah :'( Al-Fatihah kepada yang terkorban . . .

el said...

doa mereka selamat dan dilindungi olehNYA

haiii org tgh menjaga keselamatan sguup berkorban ada pulak yg amek kesempatan nak berpolitik..weii stop dulu lah..pikir lah sm mereka tggh menghadapi kesusahan tu..ish2

PeRdU cINta said...

moga rahmat Allah sentiasa bersama2 insan yang soleh dan memberi nur kepada yang dalam kelalaian..

CiK QiQi said...

rsnye de sebab depa sorok.... yg xbrape nk sorok pn 1 msia da kecoh...kalo diceritakan..xke huru hara lg..just pk positif..im not both side....tp mst de sbb musababnye