Friday, March 22, 2013

Maksud Nama Anakku

"abang... boleh tak abang balik ke rumah ambil barang-barang kita sikit" kata Mrs. krole... "yang... yang... sedangkan lautan berapi abang sanggup renangi inikan pula pergi ambil barang saja" hihihi macam mana? boleh tahan tak jawapan krole tu hahaha!. Alhamdulillah kesihatan Mrs. krole dan baby zahrah semakin bertambah baik sekarangni... kalau nak diikutkan hati ini pergh! macam nak update setiap masa tapi... apakan daya... kat rumah mertua krole tak ada internet menet ni, so bila Mrs. krole minta tolong krole balik ke rumah ambil barang tadi hm... sambil menyelam rasanya tak salahkan minum air hahaha!. Sambil krole kemas-kemas barang bolehlah krole update sikit (tapi kena taip laju-laju ni). Sebelum apa-apa... cuba korang tengok gambar kat bawah ni hihihi...! credit to Mrs. krole, hihihi sama tak?. Gambar tu Mrs. krole ambil dalam jam 3 pagi kot... pergh! seronok dodoikan baby zahrah waktu tu, cuba korang bayangkan bila baby menangis dan si ayah mendodoikannya lalu baby itu lena tidur pergh! berjaya! bangga beb! (hihihi merdu juga suara aku ni).


Oklah! sebenarnya hari ini krole nak kongsi dengan korang semua maksud nama anak krole ni iaitu Nur Zahrah. Kalau maksud Nur tu rasanya semua orang dah tahu kan? ya betul maksudnya "cahaya" tepuk tangan masing-masing hihihi. Ok Zahrah pula membawa maksud "cantik atau kecantikkan atau bunga" so kesimpulannya Nur Zahrah membawa maksud "cahaya kecantikkan" pergh! nasib baiklah Mrs. krole faham bahasa arab... bukan apa... nak pilih nama anak ni bukan senang tau! alhamdulillah kerana Allah permudahkan urusan kitaorang sewaktu mencari nama yang sesuai untuk baby zahrah. Eh? oklah krole nak kemas-kemas barang lagi ni... rindu pula dengan Mrs. krole dan baby zahrah so terima kasih kerana sudi baca entri ni dan happy blogging semua.




p/s : nak dengar suara krole mendodoi tak?

7 Komen:

iAmCekbolat said...

bila panggil nama bayi dalam hati sekali makna :)

comel .

Unknown said...

Wou...sebiji muka ayahnya...

PeRdU cINta said...

moga cahaya kecantikan itu kekal hingga syurga..dan tempiasnya mengenai bonda dan ayahanda tersayang..baby nur yang cute..

CD said...

comelnya baby... rasa nk cubit je pipinya :P

Anonymous said...

wah comelnya

secomel namanya :)

krole said...

to all : thanks u all for reading this artikel...sibuk skit skngni..tapi insyallah kalau ada kesempatan akn trus bls knjungan korang~

Anonymous said...

hihihi ayahnya lak siap over dengkur nanti kang..hihi