Saturday, July 6, 2013

Kenduri Menitir Ramadhan

Bila ramadhan semakin hampir membuka tirainya, alhamdulillah... banyak jemputan kenduri meniti ramadhan yang krole terima. Tapi sebelum krole mula membebel panjang, nak tanya korang satu soalan cepu emas 24 karat dahulu... kalau kat semenanjung, korang panggil apa kenduri nak sambut bulan ramadhan ni?. Bukan apa... kat sabah kitaorang panggil 'kenduri menitir ramadhan', manalah tahu kat sana lain pula panggilannya kan?. Ok! balik kepada topik kita.

Hari ini saja... krole dapat 5 jemputan kenduri menitir ramadhan ni... dari pagi tadi sampai malam ni... huh! memang seronok bila kenduri macam ni... dapat mengeratkan silaturahim diantara saudara, terutamanya keluarga yang duduk jauh. Lepas tu dapat macam biasalah... dapat solat jemaah ramai-ramai, baca yasin ramai-ramai, doa selamat ramai-ramai... dan makan ramai-ramai hahaha!. Moga dengan sedikit usaha ini kita dapat keberkatan daripadaNya, Amin. Oklah... letih sikit ni, so happy blogging semua.



p/s : tak sabar rasanya nak masuk bulan ramadhan~

8 Komen:

Amirul Ramli said...

wahh 5 kenduri?? haha.. dpt la makan puas2 sebelum ramadan. Dekat johor rasanya takde sgt kenduri2 sebelum bulan puasa. pape pon selamat berpuasa! :)

Vee Lea said...

Uinaa, org Sabah ka ni? Waa. Ada gingg sudah ;D Dr pulau yg sama bah ~ :)

Aku Penghibur said...

best kenduri , :) lima tu banyak tu , kenyanglah

ma ❥ said...

Banyak jemputannys..hehe selamat berpuasa

Mizz Aiza said...

banyaknya jemputan.. kalau aiza panggil kenduri sambut ramadahan je..

Mieza Jhaa K said...

Wahb sblm puasa ada kenduri jgk? Ni first time tahu pasal ni..

S.K.A said...

1st time ambe thu psal knduri ni, xde kot kt sini..xthulah ngeri2 lain..bgus..suka kalau ada mcm ni =)

AiSyA LiEzA said...

byk tuuu kenduri.. :)