Wednesday, July 31, 2013

Gara-Gara Mercun

Semalam lepas menunaikan solat sunat tarawih dan taddarus kat masjid... seperti biasa akan ada jamuan makan sedikit. Selalunya waktu ini krole and the gang akan bersembang tentang hm... boleh kata semua perkaralah, namun semalam ada seorang sahabat krole ni menjadi tumpuan atas cerita panasnya. "korang nak tahu? anak pakcik Zainal si boi tu... masuk wad semalam... gara-gara mercun meletup kat tangan" katanya. Aduh! benda macam inilah yang krole paling tak suka sangat.

Bukan apa... main mercun ni bukannya ada orang yang suruh buat pun... dilarang lagi adalah. Tapi budak sekarangni makin dilarang makin lagi dia nak buat. Haish! kan tak pasal-pasal beraya kat hospital, orang semua nak makan ketupat rendang raya pertama... ni tak pasal-pasal kena makan ubat tahan sakit kat hospital. Menurut sahabat krole tadi teruk juga budak tu kena... sebab mercun tu meletup kat tangan dia sendiri aduh!... nak bayangkan pun krole tak sanggup. So pesanan dari krole... jauhilah benda-benda seperti ini ya. Happy blogging semua.



p/s : daripada main mercun baik main candy crush ye dok~

14 Komen:

puteri airyn said...

Try ambik tong gas..suruh dia cucuh api.. tgk budak tu berani tak? sebab kalau tong gas meletup..lagi dasyat dari mercun..hehe

S.K.A said...

erk..pndai main pndai juga la menanggungnya..ada msuk berita kt tv x??

ANNA MARIANA said...

kenapa dorang suka sangat main mercun nih??

mahabbah amani said...

amek mood raye dapat modd hospital

Kisah Si Dairy said...

tak serik lagi la diorang nie..
tak payah nak terlalu bereksperimen sangat...time kita beraya mesti ada kes macam nie..Cer fikir kalau kaum lain raya..ada tak kes kena mercun nie..

el said...

excited melebihi dari ketakutan
diorg dah x heran sgt pun
sekali x kena pd diri sndiri selagi tu xde hal nak main mercun
so ni dah kena..sok2 taubat kot nak main..lau x gak...ntahlahhh hehe

shark said...

mmg sakit hati dengor berita cmni..
maleh nk marah2..
kurus puasa nnti..
hehe..

Mizz Aiza said...

semoga budak tu cepat sembuh.. pengajaran kepada yang lain juga.. aiza tak suka main mercun.. kalau bunga api ok la juga..

nuyui a.k.a miss YUI said...

bhaya bnda2 cmni..

Shaiful Zaidi said...

kan dah kena..

jgn main mercun merbahaya dan membazir..

Tetamu Istimewa said...

Betul tu, kalau lagi dilarang lagi mereka ni nak main. Bila dah kena siapa juga yang susah.

Norhasniza Khalid said...

mama takkan sekali kali mengalakkan anak mama main. raya takde mercun tak boleh raya ker?..

dah kena kita gak yang susah...

siti ZAHARA said...

mng takut sgt klu bab2 mercun ni..dengar pun dah terkejut..inikn plk nk cuba main..mng tak la..=)

Mieza Jhaa K said...

Hmm..menyesal tak sudah la budak tu..