Wednesday, July 10, 2013

Puasa Pertama Yang Indah

Assalamualaikum semua... sebelum krole bercerita panjang... apa kata kita ambil masa sedikit untuk bangun dari tempat duduk kita dan buat regangan yang kepit pinggang dan menolak sedikit bahagian bawah kita ke hadapan tu... sudah? ok! pastikan aktiviti regangan tu korang buat berhadapan dengan jam dinding. Boleh bayangkan tak?... apa perasaan korang bila buat tu? bukan rengangan ya? bila tengok jam dinding tu? hahaha! macam nak melompat-melompat tak? yes! alhamdulillah tinggal sejam lagi nak berbuka!.

Ohya! waktu berbuka kat sabah memang lebih awal sedikit berbanding dengan semenanjung... Selalunya rakan-rakan FB dari semenanjung mesti kata macam ni "untunglah ang krole... kitaorang ni lama lagi nak buka". Haish! tak ada untung mana pun... sama saja kan?. Ohya! nak cerita ni... sekarangni dunia memang dah canggih tahap star wars dah? baru kejap tadi krole dapat mesej diFB... bukan mesej nak ucap selamat berbukakah apa... tapi mesej berjual mercun... pergh! terbaik betul hahaha!. Korang ada dapat tak mesej macam ni?.

Hah! ini bukan gambar filem aksi terbaru kat pasaran ya, benda ni berlaku kejap tadi di Pekan Membakut. Kitaorang dari survey-survey bazaar tadi, tak sangka jumpa benda macam ni... nampak teruk sangat... alhamdulillah kedua-dua pemandu selamat tanpa sebarang kecederaan yang serius. Nak juga krole berhenti bertanya-tanya tadi... tapi kasihan kat Mrs. krole dan baby zahrah pula nanti, so hajat menjadi reporter sementara tadi tak kesampaian hahaha!. Oklah! krole nak tolong Mrs. krole kat dapur so happy blogging semua.



p/s : indahnya puasa hari ini~

10 Komen:

Shaqir Ir Manz said...

selamat berbuka krole :)

boni kacak said...

wah.. dah siap berniaga mercun lagi dah.hehehe. laju betul

Vee Lea said...

Ya ampunn, sedeennn bak kata orang di Swak ni. Haha. Selamat berbuka bang krole! Kirim slm kiss kiss sama baby Zahrah. Cumil ba, tembam ja pipi diaa :D

Norain Yusoff said...

uih..teruk jugak kete tuh lnggar.. selamat berpose :)

Aku Penghibur said...

ishhhh incident tu teruk jgk ,kim salam kat baby Zahrah yang comel

Wan Ahmad Izudean said...

tapi sahur pun lagi awal la kan.hehe

salam ramadhan, btw hati2 driving..

luqman zakaria said...

kt fb td pon ade terbace someone post..stock mercun dah ade..boleh ler kalau nk beli...kempen terang2an jer..haha..

erm..teruk jgk xcident tuh..nasib baik xde pape kn..apa2 pon selamat berpuasa..

S.K.A said...

erkk..truk gak 2 xcdent..kebal jugak myv ye he3..xde la plak dpt msg mcm 2 =) kalau dpt msti dh beli bt stock hr raya nnti he3

Mieza Jhaa K said...

Amboi canggih..jual mercun dalam fb pulak..hmm dekat2 raya dpt musibah pulak..semoga kita dilindungi..takut pulak nk drive.

Mizz Aiza said...

teruk kereta tu remuk..