Monday, July 8, 2013

Jumpa Mazlin Bersamamu

Kenal Mazlin bersamamu kat TV3 tu tak? hm... rasanya kalau tak silap krole... nama timangannya adalah Chik Inn. Tapi bukan krole yang terjumpa beliau ya... krole ni duduk kampung, macam manalah nak jumpa seleberiti tanah air ni hahaha!. Ok! sebenarnya ayah dan mak krole yang terjumpa Mazlin TV3 semalam... kat airport KLIA. Paling teruja dengan pertemuan ini adalah mak krole huhuhu, mak memang minat menonton program bersamamu ni. Selalunya sambil menonton program tu mak selalu kata "baik diaorang ni, mempermudahkan urusan orang lain".

Ohya! nak story juga kenapa tiba-tiba ayah dan mak krole pergi semenanjung kan? sebenarnya diaorang dah 5 hari kat sana... semalam baru balik. Melancong...? taklah hahaha! sebenarnya ayah krole convo kat sana... Alhamdulillah syukur tercapai juga hajat ayah untuk memiliki segulung ijazah (syariah dan usuluddin), Suka tengok muka mak bila terjumpa Mazlin bersamamu ni, bercahaya-cahaya... hahaha! mak ni tak pandai tunjuk... selalunya mak buat cool saja, tapi krole sebagai anak ni tahu... mesti dalam hati mak bersorak gumbira kala ini hahaha!. Eh? lupa pula bagitahu kat korang semua... yang berjaket oren tu adik ipar krole bersama anaknya Nur Aqila ya huhu. Happy blogging semua.




p/s : berbumbungkan angkasa kelabu...

11 Komen:

Mieza Jhaa K said...

Wahh bagusnya, ayah krole masih lg bljr ek.. tahniah dh dpt ijazah..

diana said...

hebat la ayah krole..umur dia berapa?kagum la..

Scarlett O'Hara said...

Bukan senang nak smabung belajar bila umur dah meningkat.Tabik pada yang sanggup mcm ayah krole.

BUNDA a.k.a KN said...

mazlin nordin ni pernah jadi penerbit dan penyampai slot bersamamu ditv3 satu masa dulu...memang femes rancangan ni..dah byk membantu mereka yg susah...bunda pun minat juga..siap nanges2 lagi..

selamat menyambut ramadhan anakanda, kirim salam bunda kpd kedua orang tua krole yer..

Cheqna said...

Tahniah buat ayah Krole.

Salam Ramadhan buat Krole dan keluarga.

S.K.A said...

alhamdulillah =) tercapai hajat 2..

Tinta Lana said...

Salam.

Wahh! Ijazah syariah dan usuluddin, tahniah tuk ayah krole.

Rasa semangat plak aihh nak smbg study lagi :D

el said...

tahniah pada ayah krole..wahh semangat betul beliau tuk belajar ea...

muka mak krole ngan mazlin tu cam sama jek hehe

Aku Penghibur said...

bestnya :) kagum dengan ayah krole tahniah juga dapat bergambo dengan pengarah nie

krole said...

to all : utk pengetahuan semua ayah krole dah berumur 56 tahun (muda lagi kan) dia amik PJJ kat UUM... so da setel skngni...convo pon da~ thanks all sudi baca entri ni ye

AiSyA LiEzA said...

thniah utk ayah bro krole.. mantap sih~~ oo.. sy pun xtau ttg pengacara tu.. x berkurun lama xtgk bersamamu..uhuk3