Monday, July 22, 2013

Mereka Yang Dibenar Meninggalkan Puasa

Assalamualaikum... huh! hari ini kat tempat krole sedikit panas berbanding hari sebelumnya, terasa kering kontang pula tekak hari ini. Hm... mungkin ini adalah salah satu dugaan daripada Allah kepada hamba-hambaNya kan?. Ok! hari ini krole nak story sikit tentang "orang yang dibenar meninggalakan puasa" atau bahasa mudahnya adalah dibenarkan berbuka awal. Huh! mesti ramai yang berminat nak baca ni kan hahaha! ok! itu gurau saja. Ok! malas nak buang masa (sebenarnya tak ada idea hahaha!). Jom kita tengok sama-sama.

Mereka Yang Dibenar Meninggalkan Puasa :

1. Orang yang hilang daya upaya untuk berpuasa kerana mengalami sakit perut dan sakit kepala yang amat serius serta jenis-jenis penyakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran. 

2. Orang musafir dalam perjalanan yang membolehkan qasar solat (memendekkan rakaat).

3. Orang yang terlalu tua dan amat lemah untuk berpuasa.

4. Orang yang tersangat lapar dan dahaga sehingga kalau diteruskan puasanya akan mendatangkan mudarat umpamanya ia bekerja berat di tengah panas atau sebagainya.

5. Perempuan hamil atau perempuan yang menyusukan anaknya, yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri sendiri atau anak yang disusui itu.



p/s : Namun kena qada balik puasa yang ditinggalkan sekiranya dah mampu ya~

15 Komen:

Normi Nieza said...

good sharing...

S.K.A said...

Alhamdulillah..nice sharing bro krole =)

capung2 said...

thx for sharing !

salam silahturahmi from Indonesia..

Mizz Aiza said...

jerebu datang lagi, tu rasa panas tu krole.. masa balik kampung opah aiza meninggal baru-baru ni aiza puasa juga, rasa sayang pula nak tinggal, padahal tengah musafir..

Teena Tna said...

Sekarang dah maju, walaupun musafir kita ada byk kemudahan, rasa syg pulak nk tgglkan puasa.

Thanks sharing :)

Noor Mala Shahar said...

info yang berguna...selamat berbuka puasa

boni kacak said...

thanks bro sebab share. hehehe, bagus untuk budak2 nakal macam aku dulu2. hehe

PeRdU cINta said...

Islam itu indah..tidak pernah memberatkan kita..justeru itu jangan kita sesekali memberatkan diri sendiri sebagai alasan untuk tidak melaksanakan suruhaNYA..kelonggaran itu tanda kasih Allah pada kita hambaNYA..dan membuktikan rasa cinta..qada semula..good sharing la mr krole..jadi muhasabah diri adakah kita tergolong daripada mereka??kalau tak..silakan berpuasa ye..kalau bintat bintat kena gigit nyamuk..jangan berangan tak nak puasa.. :)

Aziz Safian said...

hoho..aku tak tergolong dalam kumpulan nih.nampaknye esok aku kena pose..hoho ^..^

Aku Penghibur said...

alhamdulilah sharing :) peringatan yg baik

Sop said...

yg nifas dgn haid x tersenrai?

Sop said...

oh yg dibenarkan tinggal puasa :)
yg x boleh puasa lain kan.. hehehe
xbaca tajuk betul2... hehehe

puteri kasih said...

perkongsian yang menarik ni bro krole :) Yang sihat tu jangan bagi alasan tak boleh puasa yer..hehe

el said...

byk2 senarai tu
xde pulak org pompuan yg dtg bulan tu xleh pose..guano ni hahahaha

Lydia Miza said...

Musafir skrg naik kereta beraircond mcm x sesuai je nk berbuka puasa kan awak. Tak letih langsung pun