Saturday, July 6, 2013

Apa Yang Aku Nampak Bila Ramadhan Semakin Hampir

Alhamdulillah... tak lama lagi nak masuk bulan ramadhan kan? kalau tak silap krole... tinggal 4 hari saja lagi bulan ramadhan akan membuka tirainya. Alhamdulillah, moga Allah S.W.T memanjangkan umur dan mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita semua... agar kita dapat menunaikan ibadah rukun islam yang ke-4 ini, InsyaAllah. Apa yang krole nampak bila ramadhan semakin hampir? mungkin ramai yang perasan tapi... krole nak cerita juga Pertama kedai-kedai jahit confirm dah tak terima tempahan, tak kira kita sanggup bayar lebih... confirm diaorang akan kata "maaf encik... kedai kitaorang dah penuh dengan tempahan". Yes! jawapan inilah yang krole paling suka hahaha!. Selalunya sebulan sebelum ramadhan orang ramai dah berhabis-habisan menghantar kain untuk dibuat baju raya ni, so siapa yang terlambat macam krole ni... gigit jari saja ya hahaha!.

Kedua... bekalan barang-barang seperti gula, tepung, beras, minuman gas, dan banyak lagilah! asalkan melibatkan juadah hari raya confirm susah nak dapat... kat  mana-mana supermarket pun sama... semalam krole pergi ke supermarket kat pekan Beaufort ni, berhajat untuk membeli tepung dan gula... sekali stok habis da... krole tanya beberapa staff kat sana, diaorang kata "biasalah encik... nak dekat raya... semua orang suka beli awal buat stok". Yes! jawapan ini pun krole suka!. Amboi-amboi... puasa pun belum dah beli macam-macam nak buat stok untuk raya. 

Ketiga... semestinya jualan promosi pakaian... huh! pergilah kat mana-mana kedai pakaian, confirm ada promosi punya waktu ni... 10%, 20%, 50%, 70% argh!. Itu yang kadang-kadang waktu begini krole ternampak makcik-makcik sampai bertarik-tarik baju macam kat iklan tu, serius beb! ini kisah benar... memang krole ada ternampak... tapi tak adalah sampai gaduh-gaduh. Ohya! baru krole teringat... bila ramadhan semakin hampir ni, tak sah kalau tak nampak iklan kurma yusuf taiyoob hahaha! jom sebut sama-sama yussssuuuuf taiyoooob (buat nada seksi). Oklah krole nak jaga baby zahrah ni so untill next time, happy blogging semua.



p/s : dah beli baju rayakah?

7 Komen:

Mieza Jhaa K said...

Baju baru, kasut baru, beg baru, semua dah beres..hehe.. cepat betol bab2 benda baru ni.

Aku Penghibur said...

itu normallah ,heheh kadang ada dah siapkan lagi awal tau :)

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,
biasalah tu..terutama anak2 kecil teruja sangat nak raya, mintak dibelikan baju raya dan kasut raya...

pada hal ramadhan pun tak menjengah lagi...macam kitalah masa kecik2 dulu jugak..

AiSyA LiEzA said...

kalau kat butik akk sy dia terima.. tapi charge double.. wkakakka.. :p sape suh hntr lmbt2... ekkekekek >.<

Chekgu Anitt said...

puasenye belum, tp dh ramai yg buat psiapan tuk raya..terutamanya yg bbtk material ni..

jom kita ubah..lbhkn preparation rohaniah

Mizz Aiza said...

aiza selalu beli baju yang dah siap je.. tak payah pening nak cari tukang jahit.. seeloknya beserderhanalah di dalam berbelanja..

S.K.A said...

ha3..nk raya xthan 2..puasa pn belum lg..japgi muncul la harga bekalan mentah naik kt pasat..kah3..