Sunday, February 17, 2013

Harga Barang Naikkah?

Wuah! letih sangat hari ini... maklumlah bila dah ada kerja part-time ni hahaha! tapi walaupun letih rasa berbaloi sangat, sebab semua ini krole lakukan untuk Mrs. krole dan bakal baby kitaorang nanti huh! walau apa jua rintangan akan ku redah semuanya demi yang tercinta... ok korang boleh muntah dah, buwek!. Ok sebenarnya krole nak tanya korang semua, sekarang ni harga barang naikkah? bukan apalah kan... mungkin disebabkan kebelakangan ini... diri ini terlampau sibuk so tak ada masa sangat nak tengok-tengok berita ni! kesimpulannya serius beb! krole memang tak tahu apa-apa berita terkini sekarang ni. Adakah pengumuman kat TV yang kata harga barang naik? bukan apa... tadi krole lepak kat rumah mertua sekejap dan nak dijadikan cerita mak mertua krole ada memiliki sebuah kedai runcit, beliau asyik mengeluh saja dengan harga barangan yang naik "aduh! nak... sekarang ni semua harga barang naik, macam mana nak untung ni?" aik! hairan bin ajaib betul krole bila dengar macam tu?. 

Sebab tak ada pula diri ini terdengar tentang kenaikkan harga barang, yang selalunya nampak kat TV tentang pengurangan harga barang disebabkan diberi subsidi oleh kerajaan kan? hm... kadang-kadang benda ni berlaku disebabkan ketamakkan kedai-kedai pemborong yang sesuka hati menaikkan harga barang, kalau tak dipantau dan tak ada complain pergh! bermaharajalelalah diaorang-diaorang ni huh! kalau aku dapat tahu benda ni betul-betul berlaku confirm lapor kat pihak berkenaan. So kejap tadi krole dan Mrs. krole keluar sekejap ke pekan, tujuan kitaorang nak beli barang-barang dapur saja tapi dalam masa yang sama krole nak pergi siasat kesahihan cerita mak mertua krole tadi. Hm... rasanya memang betul seperti ada kenaikkan sikit, cuma tak banyak... ada yang naik 5sen, ada yang naik 10sen, dan ada yang naik 20sen tapi rata-ratanya barangan runcit seperti keropok, gula-gula,biskut, dan banyak lagilah! aduh! so sekali lagi nak tanya kat korang "harga barang sekarang ni dah naikkah?". Oklah nak out dah, so happy blogging semua.



p/s : darah pun boleh naik macam ni~

17 Komen:

Vee Zawiah said...

assalamualaikum ... tahniah ... wah bapa dan suami mithali nih ...

khairul hassan said...

harga brg naik senyap2 kot..maklumlah ramai yg dpt BR1M !

hana hadi said...

xperasan plak harga naik. yang hana tau kat iklan kedai 1 malaysia n koop 1 malaysia. barang murah. jiran2 hana pun kata gla, tepung murah kat kedai 1 malaysia

Ca Ezah said...

umm...taraf hdup makin tinggi...pe x nye..gaji minimum katanya 900.. tapi zman ni 900 leh buat taik gigi je bila dah tolak2 dengan perkara2 wajib untuk dibayar tiap bulan.....

el said...

aah ada yg naik krole..el hari2 beli brg dapur..bahan kering ke basah ke semua naik..mmg skun mahal..tp apa leh wat nak xnak kena beli gak sbb nak guna

kala brg 1msia tu mmg murah skit

deqjamucuxx said...

eh. barang naik harga ke ? naik ke ? *muka cemas! (tak amik tahu)

tapi mama ade complain jugak barang naik.. hihi :)

Mieza Jhaa K said...

Beginilah nasib kita rakyat jelata

Mar Haini Abdul Rahim said...

jom ubah !! muehehehe :P

Zura Zue said...

nak jd bapa dah...
xth plak harga brg naik..

PeRdU cINta said...

kesianlah bagi insan2 yang berpendapatan rendah dan ada ahli keluarga yang besar terutama anak2 masih kecil dan bersekolah lagi..bila baby dah lahir bagi susu ibu..samapi 2tahun..barang keperluan baby pun agak mahal juga..moga baby tahu pengorbanan ibu dan ayahnya menanti kelahirannya penuh kesungguhan.. :)

Shaiful Zaidi said...

salam bro..ada peniaga yg amik kesempatan tu..

luqman zakaria said...

chaiyok2..kerja jgn x kerja...

krole said...

Vee Zawiah : huhuhu thanks wak~

Khairul : tu r bro..mngkn antara satu pnyebab tu hihihi~bro dptka?

krole said...

hana hadi : tu r wak..tp kat sabah ni kedai 1M kurang...terhad skit~

ca ezah : tau xpew wak..RM50 1 minit jew bole abis skngni~

el : tu r el..kena beli jgk kan~

krole said...

deqja : hahaha! same r kte wak~

Mieza Jhaa K : adus2...sedih kan wak~

Mar : hahaha!

krole said...

zura : aha~ zura..nak jd bapa da tak lama g..tu r..

perdu cinta : itula pngorbanan yg kte prlu bat~

krole said...

shaiful : tu r bro~ cme krole lom ada bukti g ni~

luqman : hahaha! thanks arep...so nak bebel pe ni hahaha!