Friday, February 22, 2013

Filem Cinta Dan Lagu

Wuah! seronoknya! terasa macam nak menyanyi kejap... korang dengar ya... "senangnya dalam hati, bila wifi dah ok, bolehlah aku mula... hai mula berblog" (rentak macam lagu madu 3 tu). Hm... rasanya dengan lagu tu korang dah tahu kan kenapa aku menyepi dua tiga menjak ni? ok malas nak cerita bab tu, menyakitkan hati ni saja. Ohya! korang ingat tak filem cinta dan lagu ni? ala... yang filem muzikal lakonan Hail Amir dan Noor Azizah satu ketika dahulu. Rasanya waktu filem ni ditayangkan dulu, aku masih kat bangku sekolah rendah lagi. Cerita ni memang best cuma... krole tak berapa nak ingat sangat sebab rasanya krole sempat tengok dalam dua tiga kali saja, maklumlah waktu kecil dulu kat rumah memang tak ada TV so terpaksalah menumpang tengok TV kat rumah jiran yang tak berapa nak dekat dengan rumah kitaorang dulu, huhuhu! sanggup tu jalan jauh semata-mata nak tengok TV.

Dalam cerita ni banyak lagu-lagu yang best diaorang nyanyikan, tapi hati ni tertambat dengan sebuah lagu yang berjudul "alangkah senang hai mata memandang" pergh! layan beb! dari dulu sampai sekarang ni krole tak pernah nak rasa bosan dengan lagu ni, cuma masalahnya... sekarangni memang susah dah nak tengok cerita-cerita begini, bila krole dan Mrs. krole berjalan ke bandar... kalau termasuk kedai-kedai video confirm krole akan tanya cerita ni, namun usaha krole tak berhasil sampai sekarang ni dan yang lebih menyakitkan hati... dah puas krole mencari kat dunia alam maya ni link untuk download filem ni tapi... sama juga tak berhasil. So kepada sesiapa yang baca atau terbaca entri ni please... kalau korang tahu link untuk download filem ni kongsi-kongsilah dengan krole ya. Oklah nak terbang-terbang kejap so happy blogging semua.




p/s : seronok cerita ni...percayalah~

8 Komen:

Nurul Farahizzati said...

tak pernah tgk pun cerita ni... hihi..

PeRdU cINta said...

ala tak pernah tengok la..ermm usaha lagi..insyaAllah ada tu nanti..jangan putus asa.. :)

luqman zakaria said...

takpernah dengar pon citer nih...carik jgn x carik..hehe

N Naim said...

Pernah tengok waktu sekolah rendah dulu. Gedik giler seh citer ni, nk pegi kedai pun nk nyanyi2, pastu crook potrayed jahat giler, hero mesti menang nyer cmber pun, tolonglah....tak membina langsung

krole said...

nurul : oh~ best ni wak~

perdu cinta : huhuhu~ kalo ada maklumat sal ni..roger2 krole yew wak~

krole said...

luqman : huhu thanks bro~

N.naim : hahaha yew kew bro..tak mmbina ka~~so ceta apa yang membina ya?ce kongsi2 skit

Mar Haini Abdul Rahim said...

1st time tau.. hehe xpernah dgr plk.. filem thun bile ni.. hoho tu la kdg cite2 lama lg best kan

Mieza Jhaa K said...

Rasanya xpernah tgk.. apa pun semoga krole trcapai impian nk tgk citer ni