Saturday, February 23, 2013

Edar Risalah

Hari ini dalam sejarah, buat pertama kalinya dalam hidup aku... aku mengedar risalah atau flyers. Selalu juga nampak orang edar-edar risalah ni, nampak senang tapi serius beb! susah juga buat kerja ni. Maklumlah kadang-kadang bila kita tengah jalan-jalan kat pekan dan terjumpa individu-individu ni mesti terasa macam nak cari jalan lain kan, malas nak berhadapan dengan diaorang... nanti panjang ceritanya. Tapi hari ini baru aku faham perasaan seorang pengedar flyers pergh! perlu ada tahap kesabaran yang tinggi sebab lain orang lain ragamnya, dan walau apa jua situasi kita kena mantain senyum, sampai naik kejang dah mulut aku ni asyik senyum dari tadi. Ohya! korang tak nak tahukah kenapa krole edar-edar risalah ni? dan tak nak tahukah risalah apa yang krole edar tadi?. Hahaha! macam ayat nak paksa orang bertanya saja.

Nak dijadikan cerita, mak krole baru buka kedai pemborong menjual barang-barang haji/umrah. So atas permintaan ibunda tersayang krole buatkanlah satu risalah pemberitahuan pembukaan kedai tu, dan secara automatiknya diri inilah yang menjadi pengedar risalah tu. Tak apa! bukan untuk siapa-siapa juga... mak sendiri... hm... rasanya nak 4 jam krole and the gang mengedar tadi dan alhamdulillah semuanya dah teredar dan maklumbalas dari orang ramai pun nampaknya memberangsangkan yeah!. Harap-haraplah usaha ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam  mempromote kedai mak, lagipun rezeki tu ada dimana-mana asalkan kita rajin cari saja kan? oklah krole nak rehat kejap pergh! tapi berjemur waktu edar risalah tu so happy blogging semua.



p/s : datanglah ke kedai kami~

24 Komen:

Nurul Ain said...

wahh bagusnya

luqman zakaria said...

betul tuh ...edar risalah bukan senang,,kadang2 kesian tgk dorang dok edar tp org buat dek jer..termasuk sy..T__T

Nurul Farahizzati said...

zizie pernah tolong kawan.. last-last, zizie gi letak je flyers kat kereta orang.. hehehe... senang dan mudah ;) katne kedainya krole?

Mar Haini Abdul Rahim said...

wah wah job baru ni leh jd promoter hehe.. moga bisnes mak krole berjaya. aamiin :)

munirahasnim said...

heyyy , wahh tahniah kpda mak krole bukak kedai barang umrah :DD kedai tu ada website tak ? boleh sy promote kat blog sy juga ;))))

el said...

hahahah betul tu krole
lau npk org nak bg flyer terus jln jauh pun xpe..hahaha

mn flyer mak krole tu nak tgk derr

trah zain said...

hoho,,bagus2, anak yg baik, saya pn pernah edar risalah, tp u projek u je la, rasa macam apa tak tu,,haha

hana hadi said...

kalau edar hana bleh je. tapi nak bg penerangan kat org awam tu xreti.

org edar flyer kat kita, kita lari or xambik. tiba giliran kita plak edar flyers.. sabar je lah.kita akan rasa apa yang kita buat kat org edar flyers tu

Mieza Jhaa K said...

Wahh bagus betol krole ni..

Mohd Ridzwan Abdullah said...

wahh....gud job..pengalaman yg besh yg jarang2 org mau buat

Shaiful Zaidi said...

salam krole...anak soleh ni..baguslah tolong mak..

Dakara said...

anak mithali, bagus bagus. takpe monolong ibu tu sangat berkat :D

puteri kasih said...

memang bukan mudah nak edar risalah kan bro..walaupun nampak senang tapi selalunya orang ramai akan mengelak..hehe.

anyway memang bagus bro tolong mak. semoga perniagaan mak bro berjaya ^_^

deqjamucuxx said...

baguihnya anak mak sorang ni...

gud luck ~

||Sis aLeaSaRa|| said...

owh pnh juga edarkan flyers ms kerja kat klia nk promote kaunter sy n kwn jual tiket F2.bila dh berjaya n dpt feedback yg bgs,mmg letih x terkira ^^
bgs btl krole ni..smga rzki mak n family krole bertambah.btl juga pdpt zizie tu selit kt wiper kereta pun ok jugak

SHAHIDA SHIDA said...

pernah ada pengalaman melarikan diri dari si pengedar je, jadi pengedar tak pernah lagi, tapi kedengaran macam best...pengalaman tu...

krole said...

Nurul Ain : thanks wak~

luqman : huhuhu tu r bro..skngni baru aku tau perasaan dorank2 tu~

krole said...

zizie : tu r wak, susah jgk...kat beaufort~

Mar : amin,insyallah wak~

krole said...

munirahsnim : huhu lom ada lg wak..tp insyallah coming soon~

el : alamaks...mak da simpan kat pendrive..takdak krole smpn..takpa2 nnt krole tngokkan yew~

krole said...

trah zain : huhuhu~ takdak r wak..dah tanggungjawab~thanks yew~

hana hadi : tu r wak..krole pon trkapai2 jgk kelmarin..tp alhamdulillah ok jew~

krole said...

Mieza Jhaa K : thanks wak~

Mohd Ridzwan : haha! nasib sal mak sndiri bro~

krole said...

Shaiful : takdakla bro..besa2 sja..thank sudi baca~

Dakara : insyallah amin~

krole said...

puteri kasih : thanks puteri...amin~

deqja : thanks wak~

sis aleasara : huhuhu ada jgk krole bat camtu smalam...mmg letih~

krole said...

shahida : hahaha~ same r tu wak~