Sunday, February 10, 2013

Ilmu Itu Harta

Wuah! at last!... akhirnya ada juga kesempatan aku nak update blog ni hihihi, hari ini entah kenapa tiba-tiba diriku menjadi sibuk sangat? hahaha! sebenarnya hari ini ada kenduri pertunangan kat sebelah rumah krole so sebagai jiran yang perihatin mestilah wajib menghulurkan bantuan kan? lagipun yang mengadakan kenduri tu keluarga krole juga merangkap adik sepupu, so macam tak baik pula kalau tak tolong. Kena pula diri ini dilantik sebagai penyambut tetamu pergh! terharunya diri ini kala itu hahaha! sebab dalam ramai-ramai keluarga kat sana krole yang dipilih pergh! bangga beb! (ups! jangan bangga sangat). Waktu rombongan sang arjuna sampai (yang nak bertunang dengan adik sepupu krole), memang meriah... rasanya nak 10 buah kereta yang datang huh! sebagai penyambut tetamu terhormat krolelah orang yang paling hadapan waktu tu, dengan senyuman manis terlebih gula krole jemput mereka semua masuk dan alhamdulillah berkat daripada Allah swt majlis tersebut berlangsung dengan jayanya tadi. Bila majlis dah selesai hihihi macam biasalah, aktiviti mengemas pula... aduh! ingatkan... bila jadi penyambut tetamu ni tak perlulah buat kerja-kerja mengemas ni, sangkaanku meleset kerana akulah orang pertama yang disuruh mengemas segala pinggan mangkuk yang bersepah kat luar tadi hahaha! tak apalah... niat kita nak permudahkan urusan diaorang kan? manalah tahu esok lusa hari kita pula kan?.

Setelah selesai krole dan Mrs. krole pun terus pulang ke rumah, niat krole waktu tu memang nak berblogging... dah login akaun dah pun, tiba-tiba "assalamualaikum", ada orang datang. Sepantas kilat krole terus menuju ke pintu hadapan, owh! rupa-rupanya ada jemaah agama datang, niat diaorang nak ajak solat berjemaah malam ni kat surau. Alhamdulillah syukur atas kesempatan yang diberikan oleh Allah swt krole dapat hadir ke surau tadi, lepas solat maghrib tadi ada ceramah agama sikit berkenaan ilmu pergh! bersyukur sangat krole dapat hadir sebab banyak ilmu krole dapat hari ini. Antara petikan yang krole suka dengar tadi ada seperti ini "ilmu itu lebih baik daripada harta, ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu berkurang apabila dibelanjakan tapi ilmu itu bertambah bila dibelanjakan". Begitulah indahnya ilmu dalam hidup kita, semakin banyak kita belajar semakin banyak ilmu yang kita dapat, tapi... biarlah dengan ilmu tu buat benda-benda yang baik ya, contohnya macam blogger ni, kalau tahu serba sedikit kongsi-kongsilah dengan rakan-rakan contohnya buat tutorial, kan bagus begitu, tapi sayangnya ada segelintir disalahgunakan pula ilmu tu... hack sana sini, hantar viruslah aduh! minta-minta dijauhkanlah semua perkara ni kan?. Oklah nak tidur awal ni, esok ada kerja sikit... happy blogging semua.



p/s : tuntutlah ilmu biar sampai ke negeri cina~

9 Komen:

Razil Tahir said...

ilmu tanpa amal seperti pokok yang tidak berbuah...

shaiful zaidi said...

Salam krole....awai tidok malam ni.
Nak dunia, mesti berilmu. Nak akhirat pun mesti berilmu. Nak keduanya pun dgn ilmu.

Nurul Farahizzati said...

kadang-kadang benda kecil yang kita lakukan pun dikira sebagai satu ilmu..

puteri kasih said...

ilmu itu memang penting..bukan sahaja untuk dicari tapi untuk dikongsi :)

krole said...

Razil tahir : tepat skali bro~

krole said...

shaiful : stuju sgt bro...manfaatkan ilmu agar memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat~

krole said...

Nurul : tau xpew wak hihiih~

krole said...

puteri kasih : tol wak...ingat mengingati sesama kta yew~

Mar Haini Abdul Rahim said...

waahh untung mrs krole dpt suami mithali. hihi dh laa jd penyambut tetamu, solat berjemaah lagii.. subhanallah, kem slm mrs krole ye ! eh kem slm baby jgk hihi :D