Tuesday, February 19, 2013

Cerita Tentang Basikal

"Ayah! krole nak basikal tu... please..." permintaan seorang kanak-kanak ribena yang teringin sangat nak basikal waktu tu, namun disebabkan ayahnya tak mampu waktu tu so permintaan kanak-kanak ribena tadi tak dapat nak ditunaikan, maaf ayah... kalau krole tahu waktu tu ayah tak mampu confirm krole tak akan cakap macam tu. Tapi sekarang ni rasanya kalau insan-insan yang bergelar ayah ni menawarkan nak beli basikal untuk anak-anaknya pergh! "tak naklah ayah... kita nak motor... basikal tak coollah" hahaha! begitulah zaman moden ni, budak-budak sekarang ni tak pandang dah basikal-basikal ni walhal zaman krole sekolah dulu, kalau dapat bawa basikal ke sekolah pergh! dialah yang paling macho kat sekolah tu hahaha!. Zaman sekarang ni kurang dah krole tengok orang berbasikal ni, selalunya nampak kat taman-taman saja waktu hujung minggu kira mereka-mereka ni berbasikal untuk riadah, dan kerap nampak kat TV hm... kiranya mereka-mereka ni berbasikal untuk kerjaya (kalau menang hadiah ribu-ribu tu!).

Tapi yang amat dan selalu krole nampak adalah insan-insan yang berbasikal untuk mencari rezeki yang diredhai oleh Allah SWT. Korang biasa nampak tak? kalau yang tinggal kat kampung macam krole ni hm... rasanya benda ni dah biasa tengok. Ada yang jual kacang, ada yang jual ais krim, ada yang jual bunga, ada yang jual ikan, dan banyak lagilah. Nak dijadikan cerita petang tadi tengah krole lepak-lepak dengan Mrs. krole kat luar rumah tiba-tiba datang seorang makcik berbasikal memberi salam... owh! rupa-rupanya beliau menjual kacang rebus pergh! waktu tu pula hm... rasanya tak sampai 10 minit kot, Mrs. krole baru juga kata nak makan kacang rebus pergh! mungkin dah rezeki kitaorang dan makcik tu. Krole hormat sangat orang sebegini, kuat berusaha mencari rezeki yang halal... kalau jumpa orang sebegini jangan lupa, doakanlah mereka agar dipermudahkan oleh Allah SWT dalam tiap urusan. "Bila kita rasa diri kita susah, sebenarnya ada lagi yang lebih susah daripada kita diluar sana" maka bersyukurlah dengan tiap apa yang kita ada. Oklah nak menyibukkan diri dulu, happy blogging semua.



p/s : adik aku baru menang cabutan bertuah~ hadiahnya BASIKAL~

13 Komen:

Aku Penghibur said...

dengan basikal macam-macam boleh lakukan... meniaga, bersukan ,dan mcm2 lagi :)

luqman zakaria said...

skg nih xnk moto dah encik krole..nk keta teruih..zzz! hehe

MizzTina said...

sy anak ketiga, so dpt beskal yg 2nd hand.. xpernahnya dpt baru.. kalau ada yg baru, berebut memasing.. kakaka..

budak skang main tadah tgn je nk pape..

kt skolah sy aktif join kelab beskal.. paling best konvoi berbasikal.. wuwuwu..

el said...

dulu el skolah mtk abah beli basikal dpt
then msok U suh abah beli moto dpt
kete x sempat mtk kt abah ...giler dh koje blilah sndiri..akai ada hahaha

PeRdU cINta said...

bila kita kurang motivasi..kita lihat orang yang lebih berjaya supaya kita lebih bersemangat..bila kita berda di atas jangan lupa pandang ke bawah supaya sentiasa beringat dan merendah diri..begitulah untuk kita menyeimbangkan hati..kalau dulu dapat bawa basikal lompat pun dah cukup tinggi..tapi sekarang..anak2 yang mainan pun nak yang motor atau kereta..battery..macam biasa mak ayah tolng cas..moga anak2 lebih pandai menghargai ibu bapanya..

Shaiful Zaidi said...

salam krole...demam Le Tour de Langkawi dah nak bermula kat sini bro.

Nurul Farahizzati said...

huhu.. btol apa yg krole ckp.. budak2 advance dh skang.. kononnya pemikiran dah maju seiring dgn pembangunan.. ceh!

Mar Haini Abdul Rahim said...

Allahu Akbar.. betul2..bl kt rs susah ad lg yg lg susah.. mengintai hikmah saling mhormati atra kt. dunia tmpt diuji..

deqjamucuxx said...

alhamdulilah.......... bersyukur sangat.. :)
deqja dapat beskal org sedekah.. hihi :) ade deqja kisah, janji boleh round 1taman. dedulu laaa :) la ni tak de beskal daahh

zahidahwahid said...

lama dah tak main basikal...

http://www.zahidahwahid.com/2013/02/q-cincin-sebagai-hadiah/

xila dot said...

tulah dulu zaman 90an ade basikal memang awesomeeeee...dialah plg kacak bergaya...ish2

puteri kasih said...

rindu zaman budak-budak, leh main basikal keliling kampung..hehe

hana hadi said...

a'a kan dulu naik basikal p umah kawan2. kalau time cuti, basuh basikal