Friday, February 1, 2013

Air dan Tabung Masjid

Assalamualaikum dan salam jumaat kepada semua blogger-blogger diluar sana, nak tahu satu cerita tak? hari ini dari pagi tadi aku belum lagi mandi argh! waktu bangun pagi tadi seperti biasa krole terus menuju ke bilik termenung untuk melakukan pelaburan hahaha! tapi hajatku tidak kesampaian apabila hanya angin saja yang keluar sewaktu memutarkan kepala paip tadi argh! dahlah kepala waktu tu masih lagi blur... aduh! nasib baiklah ada air simpanan kat tangki yang tak berapa nak besar kat rumah ni, boleh kata air tangki tu cukup-cukup untuk kegunaan seperti memasak, basuh pinggan, dan berwuduk...  nak kata untuk mandi tu hm... bolehlah... tapi krole bagi peluang kat Mrs. krole, hihihi... lelaki ni tak apa, asal ada air untuk basuh muka sikit-sikit dahlah, ala~ macam bujang lapok tu. Jam sekarang dah nak masuk pukul 3 dah! tapi... air ni macam masih lagi malu-malu nak keluar dari kepala paip ni, hai lah air, janganlah dikau malu-malu nak keluar... keluarlah cepat!.

Tadi krole pergi ke masjid nak menunaikan solat fardhu jumaat, waktu sampai tu krole nampak ramai yang datang hari ini, alhamdulillah... seronok tengok bila rumah Allah SWT dipenuhi dengan hamba-hambaNya, selepas solat jumaat tadi tiba-tiba berlaku satu kegemparan yang mengejutkan semua yang ada. "DUIT TABUNG MASJID KENA CURI" aduh! ada juga orang macam ni ya, orang semua sibuk menunaikan solat dia sibuk merabakkan tabung masjid kat belakang. Pergh! kecoh juga tadi... dan sang pelakunya pun tidak dapat dikenalpasti. Aduh! dahlah mencuri tu satu dosa, siap mencuri di rumah Allah SWT lagi... tak takutkah dengan balasan Allah SWT? selepas kejadian tadi ramai juga yang mencadangkan agar tabung masjid kat kampung krole ni dirantai? rasanya tak hairan dah tengok tabung masjid ni dirantai kan? terutamanya masjid yang terletak dikawasan bandar, kalau tak percaya cuba korang pergi tengok. Krole doakan moga sang pelaku tadi dibukakan hatinya agar memulangkan semula apa yang diambilnya tadi, dan moga Allah SWT mengampunkan dosanya, amin. Oklah happy blogging semua.



p/s : air masih belum ada... argh!

15 Komen:

Nurul Farahizzati said...

mmm.. patut la dr tadi ada bau masyam2... hahaha...

Mar Haini Abdul Rahim said...

hehe ingatkan krole nak cerita pegi mandi kat masjid.. hihi. adoilaa makhluk yg mengcurik tuh.. huhu.. aamiin doa krole.

deqjamucuxx said...

asal berbau sampai blog deqja ehh ?? haha ^_^

MOga terbuka hati sang pecurik untuk bertaubat ~ AMIN

el said...

tulah el pun igt ang pi mandi kt masjid...adoyai boleh lak mencuri tabung masjid..tak takut balasan Allah kot ni..betul kata krole kena rantai tabung tu..pakai rantai besi besarrrr pya..sat lagi pki kecik pya pun leh curik..dah nama pun pencurik

air xde xpe lg..letrik xde bosan kt umah haha

shaiful zaidi said...

kesian Kat bro....xdak ayaq. ..
sapa la pencuri tu..??

PeRdU cINta said...

siapa pun yang mengambil wang masjid itu moga pintu hatinya terbuka luas untuk bertaubat..mengapa dan bagaimana perkara sebegitu boleh berlaku kita sekadar boleh membuat andaian..namun Allah menyaksikan segalanya..apapun sebabnya mencuri itu tetap berdosa..matlamat tidak menglalakan cara..semoga bekalan air segera pulih.. :)

luqman zakaria said...

pi msjid td ang mndi dak? haha,,tabung masjid pon nak curi ke..xbetul tuh..

4feet8 said...

=,=' bersabar jelah.. hehe

puteri kasih said...

sekarang ni dah mandi lom bro? haha

ish apa nak jadi ngan orang sekarang ni..dah lah mencuri tu satu dosa..mencuri pula kat masjid..hurmm

Nurul Faiz said...

tak bestnya kalau takde air..
apa pon tak boleh buat. hehehe.

El Hardy said...

prkara besa la tu bro...manusia skrg ni, x kira dmna..rumah ka masjid ka,asal nmpk peluang kompom rembat.selipar jipun d tibai,inikn pula tabung masjid.....smoga simangkuk itu diberikan hidayah oleh ALLAH SWT amin.....

amer akat said...

aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

semoga Allah SWT mengampun kan dosanye .

dah mandi ke . haha :)

Liyaa Mf said...

Takde air tu satu penyeksaan okeyyy! Memang semak la badan kalau tak mandi. Tapi bila ada air sket2 tu leh ajar kita supaya berjimat & tak membazir air. Tu laa masa air ada guna kekadang sampai bazir2 kan? :D

Semuga Allah bukakkan hati org yg mencurik tu. Berani betul org tu ek?

aswadz said...

mintak izin tok imam mandi kat masjid.