Tuesday, February 12, 2013

Buruk Sangka

Buruk sangka? hm... rasanya sikap seperti ini amat susah hendak dihapuskan dikalangan masyarakat kita kan? tapi tak mustahil hendak dibendung, jalannya amat mudah sekali tapi amat susah untuk dilaksanakan iaitu berpegang teguh dengan agama, mentaati perintah Allah swt dan mengikuti ajaran daripada rasul saw, insyallah akan jauh dari perkara-perkara begini. Nak dijadikan cerita, pagi tadi krole keluar ke pekan bersama seorang kawan ni, adalah projek kitaorang sikit tapi malas nak cerita kat sini, sebab rasanya tak menarik pun! hahaha! ok sudah! berbalik kepada cerita tadi, waktu kitaorang dalam perjalanan hendak balik ke kampung tadi adalah krole ternampak sebuah gerai makan tomyam yang baru dibuka kat pekan kitaorang ni... kalau nak diikutkan gerai tu hm... rasanya baru berumur dalam lingkungan 1 bulan plus-plus, mungkin dah rezekinya kan? krole tengok gerai tu penuh dengan kelibat manusia dan sekitarnya penuh dengan kereta-kereta yang  berparkir.

"pergh! mesti sedap tomyam kat sini kan bro!" kata krole, "ala... kalau macam ni... sah-sah guna toyol" kata kawan krole tadi. Aduh! beginilah orang kita kan? mudah sangat buruk sangka... nak kata beliau dah pergi makan kat sana hm... menurutnya tak pernah, nak kata beliau ni mempunyai kuasa melihat benda-benda ghaib tak juga... tapi... senang saja kata taukey tu guna toyol?. Manalah tahu tomyam kat gerai tu memang sedap sebab taukeynya tadi belajar masak tomyam kat siam kan? tak bolehkah fikir baik macam tu!. Sembang kencang tapi rasanya kalau kena belanja confirm ikut juga tu hahaha! tapi inilah mentaliti masyarakat kita, tak boleh nak lihat orang kita maju sedikit mesti ada saja yang tak kena, yang krole pelik dengan masyarakat kita ni... kalau orang asing khususnya pakistan kalau kat tempat krole ni, perniagaan diaorang maju macam mana pun tak ada orang nak mengata tapi kalau orang kita sendiri aduh! segalanya tak kena. Minta-mintalah kita dijauhkan daripada sikap-sikap macam ni, berbaik sangkalah kepada semua ya. Happy blogging semua.



p/s : berbaik sangka kepada semua~

7 Komen:

Nurul Farahizzati said...

kan.. bila digelar typical malaysian low class mindset, sentap pulak... adesss..

shaiful zaidi said...

husnu dhan

Etuza Ezawarna said...

sikap macam tu kita kena hindarkan..petuanya ialah Allah jauhkan rezeki kita kalau selalu buruk sangka...

PeRdU cINta said...

kita kena selalu bersihka hati dan minda..kena juga selalu berbaik sangka..sayangi kaum sesama agama kerana di akhirat kelak kita akan saling membantu..kadangkala kita mundur bukan kerana tidak bijak,,tapi kerana pemikiran yang kurang matang..

fyna said...

tak elok kan kalau kita sentiasa berprasangka buruk.

aswadz said...

aku ada gak ada member sker ckp merapu mcm tuh.

Mar Haini Abdul Rahim said...

emm betul2 mudah sgt bersangka bruk kn pdhal xpernah pegi pn.. tu lah kena stiasa husnu zon, tp tetap kena hati2 :) *kebergantungan pd Allah, amalkan ayat2-Nya sbg pelindung, pengetahuan kt terbatas, sdgkan Dia Maha Tahu ^^