Monday, February 25, 2013

Hebatnya Cerita Hindustan

Bila bercerita tentang cerita hindustan ni mesti terkenang nama-nama besar dalam persada ni macam Shah Rukh Khan, Salman Khan, dan Krole Khan hahaha! ok yang last tu tolong abaikan ya. Hebat betul cerita hindi ni... korang nak tahu kenapa aku kata macam tu? ok pertama sekali bab tarian selalunya kita tengok hero dan heroin dalam cerita akan menari-nari kat taman atau padang atau kat tengah-tengah bandar... yang hebatnya entah macam mana, tiba-tiba mesti akan muncul dalam 100 orang menari bersama mereka, walhal dalam cerita tu tak sekali pun hero atau heroin berjumpa dengan mereka? lagi hebat rentak tarian mereka sama dan serentak walaupun tak kenal! argh! hebat betullah diaorang ni!. Kedua! bila mereka menari-nari tu entah macam mana secara magiknya hero dan heroin bertukar baju? tunduk kejap dan "ping!" dah pakai baju lain pergh! hebatnya mereka!

Hebat tak? huh! itu belum hebat lagi... dalam cerita hindi selalunya mesti ada penyangak yang akan cuba merampas heroin daripada hero atau mahu menghancurkan hidup hero yang aman damai tu, pergh! bila dua-dua ni berjumpa confirmlah kan bertarung, si penyangak mesti akan membawa konco-konconya untuk membelasah si sang hero tapi... tak semudah itu beb! hero mesti boleh sapu bersih mereka semua hahaha! korang cuba bayangkan satu penampar boleh kena sepuluh orang pergh! hebat tu! dan selalunya bila hero dah nak kalah senang saja nak kuatkan dia balik, cuba teka apa? ya betul! jeritan si heroin! pergh! waktu tu muzik yang berkumandang mesti rancak dan confirm hero tu menang! tak kiralah kena tembakkah, kena pijakkah, kena tumbukkah mesti dia menang punya! yang menambahkan kehebatan cerita hindi ni bila hero dah habis berlawan dan menang barulah inspektor sahab datang "syabas! inspektor sahab!". Hahaha! hebatkan? oklah merapu saja entri ni, so happy blogging semua.




p/s : cerita hindustan sepanjang zaman "kuch kuch hota hai"~

18 Komen:

✿ pink velvet ✿ said...

haha! betul2 ... yg paling betul part last tu :P

Mystic Angel said...

jarang sekali tgk cite hindustan sbb panjang penat nak tuggu ending dia..then mesti ada scene gaduh2..hero confirm menang...

Shaiful Zaidi said...

dulu2 duk heran jugak, bagaimana depa tukaq baju...sat sangat tiba2 dah baju lain...
krole khan... artis baru kut...hehehe

deqjamucuxx said...

bajet cerita dustan msti tinggi kan. 1 lagu paling kuat 5 helai baju depa tukaq..
tu tak kira penari lagi...

hahaha

Mar Haini Abdul Rahim said...

xmenahan ulasan krole. tp hakikatnya itulah cerita hindustan, nari2 jap tukar baju, pstu nari sekampun pnye lah ramai.. syabas inspektor sahab krole khan :D

Nurul Ain said...

huhuhu hindustan..setiap filem mesti ada lagu

puteri kasih said...

ada lagi satu bro...diorang bergaduh berguling sekalipun..baru diorang jarang nampak kotor..hehe

hana hadi said...

xlogik xlogik pun ada peminat kan. hehe sanggup tunggu 3 jam nak habiskan cerita hindustan

Nurul Farahizzati said...

kihkihkih.. setuju sesangat!!!! yg bestnya, orang2 awam menari synchronize hbs la tarian dorang.. hahaha..

Mia Liana said...

seronok tukar2 baju..

Mieza Jhaa K said...

Saya memang peminat setia citer hindustan walaupun ia tidak logik dek akal..haha ::>_<::

Normi Nieza said...

alahai..minatnya kita kat shah rukh khan n kajol..:)

Sop said...

pernah jd hantu industan nih
huhuh

Wan Ahmad Izudean said...

dulu masa sekolah rendah hari sabtu ptg je mesti makcik2 pakcik lepak depan TV tgok hindustan. sekarang tak dah.

el said...

el dah lama giler x tgk cite industan..last x silap tu lah kuch kuch hota hai..hahahaha pas2 lama2 tgk cite industan alih2 mcm tu gak..boring..

mlm ni mrs mr krole nari industan kah hahaha guwau je krole jgn mareee

mairamanja said...

memang pun merapu aje lebih tapi kita tetap suka tengok..hahah

krole said...

to all : hahaha! thanks sudi baca ye u all..walopon merapu..tp ceta hindustan ni ramai yg minat...termasuk diri ni jgk...tp serius beb! cerita kuch kuch hota hai..adalah cerita cinta spanjang zaman..tak pnah nak boring kalo tngok~

Mariah Ilaz said...

Suka lakonan Rajinikanth :)