Monday, July 1, 2013

Tak Salah Berendah Diri

Lumrah manusia... tiap seorang daripada kita mesti ada kelebihan dan kekurangan kan?. Tapi kalau boleh... biarlah kita berendah diri dengan kelebihan yang kita ada tu ya. Bukan apa... tadi krole sempat online FB, terkejut krole bila ternampak status dari seorang sahabat rapat krole satu ketika dahulu... Beliau ni merupakan graduan daripada universiti yang terkenal di negara kita ni, dan alhamdulillah... luas rezekinya. Awal tahun ni dia diterima berkerja sebagai guru di sekolah rendah kebangsaan dot... dot... dot (biarlah rahsia hihihi). Nak tahu apa status beliau yang boleh membuat diri ini terkejut tahap gaban?. Hah! tu gambar kat atas tu!. 

Ramai juga tak puashati dengan status beliau tadi... tapi krole tak printscreen bila dah kecoh tu... yang menyedihkan beliau tetap pertahankan statusnya yang sememangnya salah!. Macam-macam hadis dia keluarkan... aduh!. Inilah kalau dah terlebih pandai... silap sendiri tak nampak. Sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda "barang siapa yang rendah diri/hati, maka Allah akan memuliakannya dan barang siapa yang sombong/besar diri maka Allah akan menghinakannya". Walau dimana kita berpendidikan tinggi... walau kita sekaya mana... walau kita berada dimana, tak salahkan berendah diri?. Krole doakan moga Allah terangkan hati beliau. Lagipun sebagai pendidik, tak elok kata macam tu kat anak-anak murid, nanti orang sangka kita tak ikhlas pula berkerja, kan kerja itu ibadah... oklah... happy blogging semua.




p/s : amalkan sikap rendah diri dan hati 

20 Komen:

shaz mizah said...

rendah diri lg best..

smbotak said...

Mungkin niat dia baik, nak menegur. Tapi cara tak kena. Nampak macam merendahkan orang lain...

krole said...

shaz mizah : terbaik!

smbotak : em...btul jgk bro..mngkn niatnya baik...cme caranye tak kena~

Aku Penghibur said...

nak tegur boleh tapi kena dengan caranya :) lebih baik kita amalkan bersederhana dalam segala hal

Cikgu Norazimah said...

Cikgu Norazimah sokong En. Krole ! tak rugi pon merendah diri..bak kata pepatah "tak hilang bisa ular menyusur akar"..ek, betul ke? hehe..[kiter cikgu math, bukan cikgu bahasa..hehe]

Mizz Aiza said...

jadilah seperti padi, makin tunduk makin berisi.. bukan seperti lalang yang melayang-layang ditiup angin.. nak tegur orang pun ada caranya, mungkin caranya menegur tak kena kot..

Mieza Jhaa K said...

Sepatutnya yg tak pandai kita ajarkan..bukannya mengata.. bukan dgn cara mcm tu.. mgkin dia bijak hal dia sahaja..hal hati orang dia tak pandai fikir.

Ayu Idayu said...

apelah. patutnya kalau tak pndai tlg la ajarkan, bukan mengata. mcm diri tu dah bagus sangat.. huhuhu.. teremosi pulak. hehehe..

AiSyA LiEzA said...

bila2 masa je Allah boleh tarik apa y ada pada kita ^^

Norhasniza Khalid said...

aiiyak... orang cam ni pun ada.. rilek jer sudah la.. tu la akibat kalau terlebih menunjuk pandai, salah orang je dia nampak..

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

tegur bolih tapi biarlah dengan cara berhemah..agar dua2 pihak tak berasa hati..

S.K.A said...

btol 2..merendah dri adalah amalan terpuji..

liana sulaiman said...

betul s.k.a..setuju

adzairdawati makdara said...

maybe caranya tu agak tak sesuai.. nak tegur pun harus lah berpada pada kann

Nurul Farahizzati said...

isk3.. sebagai tenaga pengajar, itu bukan cara yang betul untuk memarahi anak murid.. dah memang dorang datang ke sekolah untuk belajar, so dia tak boleh merendah2 kan student dia sebegitu.. isk3.. kalau dah terlebih pandai pun, susah jugak.. haih.. semoga kita dijauh daripada sifat riak dan takbur..

el said...

mayb dia xsengaja..or mayb dia dalam keadaan xsedar kata2 dia tu ada yg buatkan org igt dia riak ke ape ke..biasalah lumrah manusia kdg2 terlalu taksub ngan diri sndiri...kdg2 alpa..so kita jgn mudah nak judge..sllu bersangka baik..insyallah semuanya baik2 belaka..wahhh elllll hehe

Kisah Si Dairy said...

kena tau cara teguran dan batasnya...

wantie said...

Bila menegur dalm FB kita harus memikirkan pandangan semua lapisan masyarakat. sebab yg baca tu bukan dari satu peringkat umur sahaja. tua muda kecik besar semua membaca wall kita.

setiap org ada persepsi mereka tersendiri.

Bagi saya lebih mudah menegur face to face berbanding menegur secara umum. sebab takut nanti ada yg makan cili terasa pedasnya. walalupun niat asalnya bukan nak tujukan kepada individu tersebut.

man said...

2lah klu terasa bgs sgt..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Eca Dwinky Asha said...

cikgu sekolah mana tu...xsedar dek untung betul dpt keja..bukan pe la bro..eca ne angin sikit cikgu2 yg byk mengeluh....eca kan graduan pendidikan dri kolej swasta, jadi persaingan sengit dgn budak2 IPTA & IPGM....nasiblah skrg da openmarket,terbuka juga peluang tuk eca.