Saturday, July 13, 2013

8 Perkara-Perkara Sunat Ketika Berpuasa

Assalamualaikum semua... dah sahur? kalau dah syukur ya. Ok! hari ini krole nak kongsi "8 perkara-perkara sunat ketika berpuasa". Seperti yang kita tahu, perkara sunat ini kalau kita tak buat tak apa-apa... dosa tak dapat pahala pun tak dapat. Tapi kalau perbuatan sunat ini kita buat pergh! pahala lipat kali ganda beb! di bulan ramadan ni. Manalah tahu dengan usaha kita yang sedikit ini akan peroleh keberkatan daripadaNya, InsyaAllah... amin.

8 Perkara-Perkara Sunat Ketika Berpuasa :

1. Melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat.

2. Menyegerakan berbuka puasa apabila masuk waktunya.

3. Membaca doa berbuka puasa.

4. Berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis yang lain.

5. Memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan.

6. Sentiasa bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yang kurang bernasib baik.

7. Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat.

8. Mandi junub lebih awal (sebelum masuknya waktu subuh).



p/s : amalkan ya~

14 Komen:

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Thanks krole atas perkara2 sunat ni. Smoga puasa kita semua tahun ini lebih baik dari sebelumnya kerana kita masih diberi peluang merasainya.

Mizz Aiza said...

selamat berpuasa di hari ke-4.. terima kasih di atas perkongsian ni krole.. walaupun sunat elok jika kita amalkan, pasti mendapat pahala..

Abu Luqman said...

assalamualaikum krole

Yumida Huda said...

nice sharing
doa berbuka puasa tu sunat erk..yumida ingatkan ianya wajib

means...klo kita nak berbuka tu..kite terus makan tanpa baca doa buka puasa..blh erk?

pernah terlupa baca doa buka puasa masa nak mkn tu

shark said...

semuanyer mudah:)
begitu mudah dpt pahala di bulan ramadhan kn :)

el said...

bgs untuk peringatan kita ni kdg2 kita ni lupa..maklumlah lapar kan hehe

wei krole murtabak sayur tu cm mn..bglah review skit..hehe

liana sulaiman said...

nice sharing

miss A said...

thank for the info

Aku Penghibur said...

alhamdulilah,thaanks infonye

puteri kasih said...

perkongsian yang bermanfaat ni bro. Selamat berpuasa :)

krole said...

salam ramadan kpd semua jgk... terima kasih sudi baca entri krole yang tak seberapa ni huhu~ sharing is caring kan~

Mieza Jhaa K said...

Syukur alhamdulillah masih boleh melakukan kesemua amalan sunat ini..

MaYa MustWany said...

insya'Allah..terima kasih krole.salam ramadhan

syuk shusuke said...

salam ramadhan dan tq sharing info :)