Sunday, July 21, 2013

Basikal Bunny Untuk Baby Zahrah

Hujung minggu ini krole dan keluarga tak pergi mana-mana. Sebenarnya minggu ini memang krole dah rancang nak luangkan lebih masa bersama Mrs. krole dan baby zahrah. Seronok rasanya... semalam banyak aktiviti kitaorang buat bersama. Buat kek mix fruit... walaupun ini percubaan pertama kitaorang alhamdulillah... jadi juga kitaorang buat dan kek tu selamat disantap sewaktu berbuka hahaha!. Baby zahrah juga sekarangni semakin aktif.

Macam manalah agaknya ya bila baby zahrah dah pandai berlari...? hahaha! confirm slim tahap model-model krole lepas ni hahaha!. Ohya! cuba korang tengok gambar kat atas tu... hahaha! sebenarnya baby zahrah tak reti lagi naik basikal bunny tu... saja nak bagi cuba, try, test kat baby zahrah (alololo... senyumlah nak).

Rasanya 3 bulan lagi dah boleh kot baby zahrah guna basikal bunny ni? mesti comel kan? hahaha! seronok tengok anak membesar depan mata ni. Oklah! petang ni krole dah janji dengan Mrs. krole... nak tolong beliau masak kat dapur. Kalau tak silap krole menu hari ini... sambal tempe, sup tulang, ayam goreng tepung dan lemon tea. Semuanya homemade tau... hah! (terdengar suara Mrs. krole panggil). Ok! semua until next time, happy blogging semua.


p/s : aku semakin minat memasak huhu~

10 Komen:

Shaiful Zaidi said...

salam krole..makin cute baby zahrah skrg..

Vee said...

Knp mcm abg Krole saja yang syiok main basikal bunny tuuhhh??? :P

Mizz Aiza said...

tembamnya pipi baby zahrah, geram nak cubit.. hehe.. bagusnya krole bantu mrs. krole memasak.. sikap ni patut dicontohi oleh suami-suami yang lain juga..

Lieza Nordin said...

hehehehxD xlama lagi boleh naik la tuuu! =) leh beli walker jugak nnti..ekkekekexD

Bunda_nora said...

amboi! dah ada basikal bunny, nampak gayanya macam ayah baby yang terlebih teruja... :)

Unknown said...

tembamnya baby nh~ nak main tarik2 pipi dia pulak

Akupenghibur.com said...

aloo comelnya , putih + chubby baby :) bestnya dapat basikal

krole said...

to all : hahaha~ sebenarnya ayahnya ni yang terlampau eksited hahaha~

Unknown said...

HAha. Dah beli basikal kt Zahrah..

Lydia Miza said...

Awalnye baby zahrah dpt beskal. Pipi bambam!! Geram tgk

Masak nasik carrot la awak!!