Friday, March 9, 2012

Ceritera Minggu Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kalian semua, alhamdulillah dapat juga krole update blog hari ini, pergh!!! gatal je jari ni nak menaip entri tapi apakan daya tak ada internet di kampung!!! argh!!! (tension nampak). Walaupun agak terlewat sedikit krole nak update juga, minggu ni birthday my mom yeah!!! (hahaha benda basi da), tanggal 04/02/2012 hari ini ibu krole telah genap berumur 52 tahun (alhamdulillah) waktu tu happy sangat, mana taknya happy semua adik-beradik krole ada waktu tu pergh!!! selalunya kena tunggu hari raya baru semua ada, em... al-maklumlah semua dah mempunyai jalan hidup masing-masing.

Walaupun majlis hari tu sederhana je namun amat meriah bagi krole. Waktu tu juga abang krole mengumumkan berita gembira iaitu kakak ipar krole dah mengandung aip!!! tapi korang jangan silap ni bukan anak pertama beliau, ini dah yang ketiga, wuah!!! alhamdulillah bertambahlah anak buah krole lepas ni!!! (habislah duit waktu raya nanti!!!) hahaha gurau je.

Ok kita cerita perihal kaki krole pula, hari ini dah genap 2 minggu kot krole tak masuk kerja, bukannya pasal cuti ya, tapi kesihatan krole ni yang tak mengizinkan??? haritukan krole dah cerita yang krole disahkan mengidap jangkitan kuman dalam darah, so effect dia kaki krole sebelah kiri telah membengkak dari peha hingga ke bawah... pergh!!! alhamdulillah sekarangni hasil dari rawatan pakar di hospital queen elizabeth kota kinabalu kaki krole beransur pulih, dalam 40% begitu... Harap-haraplah lepas ni akan beransur pulih lagi, krole pun dah boring tahap gaban asyik duduk dirumah je, nak berjalan pun tak larat kena isteri papah. Apa boleh buat dah sakit kan???

Oklah krole nak ciow dulu hari ini krole nak sambung rawatan ni entahlah diorang kata (doktor) hari ini krole kena cek darah, adus ni yang krole fail hahaha!!! apa-apa pun doakan krole ya... Assalamualaikum semua~



p/s : adoi!!!!

1 Komen:

MaYa MustWany said...

semoga cepat sembuh. takut sakit macam tuh..