Friday, May 27, 2011

Takutkah Kamu Kepada Allah

Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari sebagai pembuka kata, manusia sering kali leka dan alpa terhadap dunia fana yang bersifat sementara ini~ kita sering lupa akan apa tujuan sebenarnya kita diwujudkan oleh Yang Maha Esa ke dalam dunia ini??? iaitu untuk beribadat hanya kepadaNya... Kita manusia ni terasa seram sejuk (takut) apabila mendengar cerita-cerita hantu yang mungkin kita pun tak pernah jumpa didalam hidup kita, kalau jumpa pun mungkin hanya di panggung-panggung berdekatan ahaks~ tapi kita langsung tak gerun apabila mendengar akan hukuman-hukuman yang disediakan oleh Allah S.W.T di akhirat (neraka) kelak kepada hamba-hambaNya yang ingkar terhadap suruhanNya iaitu amal ibadat. Cuba korang semua tengok manusia masa kini, pergh!!! kadang-kadang krole rasa cara masyarakat sekarangni dah serupa dengan cara masyarakat zaman jahilliah dahulu, perbuatan maksiat dibangga-banggakan dan syirik diamal-amalkan huh!!!. Langsung tidak gentar akan kemurkaanNya walhal kalau Allah nak tarik nyawa kita senang je, ibarat 1... 2... 3... macam tu je.

Disini krole ingin kongsikan beberapa dalil untuk tatapan kita bersama akan gambaran hukuman yang akan hamba-hamba Allah ini terima sekiranya ingkar terhadap suruhanNya iaitu neraka :

  • “Dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka.” (At-Taubah [9]:35).
  • “Ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, supaya mereka diseret, kedalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api.” (Al-Mu’min [40]:71-72).
  • “Peganglah dia kemudian seretlah dia ketengah-tengah neraka. Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya seksaan (dari) air yang amat panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia.” (Ad-Dukhan [44]:47-49).
  • “Peganglah dia lalu belenggulah tangannya kelehernya. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta.” (Al-Haqqah [69]:30-32).
  • “Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka, disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala-kepala mereka. Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada di dalam perut mereka dan juga kulit-kulit mereka. Dan cambuk-cambuk dari besi. Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, maka mereka dikembalikan kedalamnya, (serta dikatakan kepada mereka): “Rasailah azab yang membakar ini.” (Al-Hajj [22]:19-22).


p/s : ya Allah jauhkanlah kami daripada azam api nerakaMu, amin~

4 Komen:

izzysabki said...

terima kasih krole mengingatkan azab api neraka..nauzubillah....

anamizu said...

bekalan pun masih belum cukup =.=

krole said...

izzysabki=huhu thanks...tatapan tok bersma~

krole said...

anamizu=huhu tau xpe~