Monday, January 31, 2011

7 Fakta Tentang Senyuman

Tadi sewaktu ditempat kerja,krole ada menegur seorang member sepenjawatni tapi balasan yang krole dapat hanyalah sebuah renungan tajam seperti harimau yang hendak menerkam mangsanya~perghhh!!!apa hal kerek sangat mamat ni(dalam hati),apa yang krole boleh buat hanyalah melemparkan sebuah senyuman yang paling manis kepada dia(hehehe),namun beliau berlalu begitu sahaja tanpa membalas atau menghiraukan krole.Tapi krole cuba fikir sepositif yang mungkin(malas nak fikir buruk-buruk ni),mungkin beliau mempunyai masalah yang besar kot~tapi dalam fikiran krole ni asyik bertanya,susah sangatkah nak senyum...?so,balik dari kerja je terus krole buka buku-buku dan majalah-majalah simpanan krole untuk mencari fakta menarik mengenai senyuman,hasilnya krole dapat mengumpulkan 7 kesemuanya iaitu seperti.

7 fakta senyuman :

1. Para saintis mendapati senyum disertakan dengan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

6. Ketika kita senyum dan ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

7. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

wuahhh!!!tengok menarikkan fakta-fakta senyuman ni...banyak kebaikkan yang kita boleh dapat dengan hanya bersenyum,lagipun ajaran islam menyarankan umatnya sentiasa bersenyum kerana senyum itukan satu sedekah dan mampu mengubati penyakit rohani yang kronik(insyallah).So senyumlah sesama kita kerana senyum itu langsung tidak memerlukan sebarang modal dan ia hanyalah memerlukan sedikit keikhlasan dari diri kita sendiri...:)




p/s : senyumlah..senyumalah...ahai~



19 Komen:

eRza farEeha said...

nk sneyum la slalu..peace!!:):)

ch!natsu said...

nice info.. =)

krole said...

erza=hehehe snyum2 slalu~ngeee

krole said...

chinatsu=wuahhh tq2...

Lydia Miza said...

yeahh nak senyum selalu kat sini...cheese...tq utk info ni

Rie said...

senyum sorg2 baca blog krole..hehe

Anep™ said...

hahah, senyum ni awek mude, bwahhaha joms senyum

BLOG GEMPAKZ SIOT

kak gojes said...

dengarlah lagu SENYUM...

chittysarah said...

senyum cam domo kum~~
agagagaga~~

krole said...

LM=wuahhh!!!tq LM...snyum2 slalu~

krole said...

rie=hehehe...

krole said...

anip=jom mengawet muda ngeee~

krole said...

eryati-hehehe...tol2...rerajin dngaq lagu tu ngee~

krole said...

chittysarah=huhuhu...susah skit r nak snyum cam domo..ngeee~

Dev Clarehova said...

Thanks for the tips ^_^ senyum slalu...

krole said...

dev clarehova=snyum seindah suria ngeee~

Halimatun Sa'adiah said...

sengih bleh???

krole said...

halimatun=wuahhh!!!bole2 ngeee~

Anonymous said...

It is appropriate time to make a few plans for [url=http://www.frlongchamp-pascher.eu]sac a main longchamp pas cher[/url] the future and it's time to be happy. I have read this put up and if I could I wish to suggest you few attention-grabbing things or tips. Maybe you can write next articles regarding this article. sac pas cher longchamp [url=http://www.frlongchamp-pascher.eu]longchamp pliage[/url] , I wish to learn even more issues approximately it!