Wednesday, January 26, 2011

Karangan Untuk Kak Cik

Mula-mula krole ingin memohon maaf kepada semua,tak tahu macam mana line internet kat area krole down semalam...sebab itulah krole tak dapat nak menjalankan aktiviti blogwalking dengan korang semua,adus.tapi hari ini alhamdulillah...tepat jam 11:00AM tadi krole dah boleh melayari internet,apa lagi blogwalkinglah krole seperti biasa.tapi kali ini sebagai silent reader,kerana krole ni bila takdak idea suka jadi silent reader untuk mencari idea~terbang punya terbang tiba-tiba kembara krole terhenti di blog blogger kakcik seroja yang menganjurkan sebuah kontest karangan untuk blogger-blogger semua,setelah membaca terma dan syarat-syarat untuk kontest ini perghhhh!!!memang sempoi kalau korang tak percaya sila klik sini.kalo krole bab karanganni takdaklah elok sangat tapi teringin nak cuba harap korang dan kakcik suka ya.

ini merupakan kata kunci untuk karangan korang sekiranya ingin join,perghh!!!menarik kan???ok-ok...krole mulakan ya.

Risau juga mak kiah melihat keadaan anaknya jenab yang asyik menangis saja dari tadi,atas sifat seorang ibu mak kiah mendekati anakanya dan bertanya "jenab...kenapa dengan kau ni nak???" sambil mengesatkan air matanya jenab menjawap "aiman sakiti saya mak",terkejut dengan jawapan daripada anaknya mak kiah lantas bangun dan bertanya kepada jenab dengan suara yang agak keras "hah..!!!dia buat apa?" jenab terkejut dengan reaksi ibunya lantas dia menjawap "dia cakap muka jenab macam tepung talam mak ".Nak tergelak pun ada rasanya mak kiah selepas mendengar jawapan daripada anaknya itu,mak kiah pun duduk semula dan semasa hendak duduk itu mak kiah sempat berkata "la...ingatkan apa tadi".dalam kehairanan jenab bertanya kepada ibunya "mak fikir apa tadi","ingatkan kamu kena pukulkah,gangguan seksual..."belum sempat mak kiah menghabiskan percakapannya jenab terus menyampuk "huis..kesitu pula makni..." bentak jenab.Mak kiah mencapai tangan anaknya dan terus berkata "mak bukan apa jenab,kamu tu kan permata kesayangan mak~",terharu jenab mendengar kata-kata dari ibunya lantas dia memeluk ibunya dan terus berkata;"jangan risaulah mak,jenab pandai kembiri".Pelik dengan pertuturan anaknya itu,mak kiah lantas bertanya " apa makna kembiri tu jenab oi..." tersenyum jenab mendengar soalan dari ibunya"kembiri tu maksudnya pandai jaga diri mak,ala..biasalah mak orang sekarangni kan lebih suka guna ayat-ayat macamni...up to date katakan" sambil jenab ketawa.Mak kiah yang geram dengan telatah anaknya lantas mencubit pipinya dan semasa dua beranak ini sedang bergelut mak teringat "ohya,semalam ada orang telefon nak cari haliwa maskat katanya;tapi mak kata ini mungkin silap nombor,terus dia lentak" sambil menghentak-hentakkan kakinya seperti budak kecil jenab berkata "ala...mak ni pun sama macam kakcik seroja juga,kenapa tak tanya jenab dulu?" dalam kehairanan mak kiah lantas bertanya;"kenapa jenab?" sambil mencebikkan bibirnya jenab berkata;"itukan nama glamer jenab".Terbahak-bahak mak kiah ketawa selepas mendengar jawapan daripada anaknya itu."mungkin yang telefon tu krole...kawan jenab mak~jenab dah janji nak temankan dia shopping beli pakaian untuk mendaki gunung"sambung jenab lagi yang masih lagi geram dengan ibunya.Setelah puas ketawa mak kiah bertanya lagi kepada anaknya;"kenapa dia nak beli baju mendaki gunung pula?","18 haribulanni birthday dia mak,so family dia nak bawa dia mendaki gunung fuji dijepun sebagai hadiah" kata jenab dengan riak muka yang bersungguh-sungguh.sambil mengangguk-anggukkan kepalanya,mak kiah bertanya lagi "jenab ada hadiah untuk dia tak?" senyuman terukir dimulut jenab apabila mendengar pertanyaan daripada ibunya itu "jenab dah buatkan sajak ulang tahun kelahiran khas untuk dia mak" kata jenab sambil mengeluarkan sekeping kertas dari poketnya.Mak kiah mengerutkan mukanya "eh?kenapa mak ni?,macam zombi kampung pisang dah jenab tengok" tanya jenab dalam kehairanan,mak kiah yang mendengar kata-kata anaknya itu lantas mencubit peha anaknya dan berkata;"amboi mulut...mak bukan apa,krole tu kan anak orang kaya.mesti banyak hadiah-hadiah mahal yang akan dia dapat nanti,tapi jenab pula nak hadiahkan dia hanya sebuah sajak...nak kah dia tu anak oi?" keluh mak kiah dalam kerisauan,dengan wajah yakinya jenab berkata "ala mak ni,krole bukan macam tu lah...jenab kenal dia...dia mesti suka".Sewaktu jenab sedang bercakap tadi mak kiah sempat mengambil kertas sajak ditangan jenab tadi lantas membacanya,"wuahhh pandai juga anak mak bersajak ye~"kata mak kiah..."mak suka ayat ni...jika terdengar suara azan bergema sayup menjelang pagi.."belum sempat mak kiah menghabiskan bacaannya jenab terus merampas kertas sajak itu,tiba-tiba...

hehehe...tamat...suspenkan???harap kakcik suka ya~



p/s : jom join ramai-ramai...



18 Komen:

gadisBunga™ said...

salam. singgah dari blog kakcik. boleh tahan hebat jugak karangan ni. punahlah harapan saya. hihi~

salam kenal. :)

Kakcik Seroja said...

Hehehe.. hebat karangan krole ni. Naik semput kakcik membacanya. Kenapa Krole tak buat perenggan?

Cuba baiki semula dengan meletakkan tanda bacaan seperti huruf besar di awal ayat dan juga tanda titik (bukan syarat peraduan - cuma nak bagi nampak cantik karangan Krole ni).

Kakcik dah letak link ini di sana. Jangan buang pula karangan ni, ya? :)

Pendekar Berkuda said...

serius mantap nih bro~!

aku pun kagum...

cuma tulah macam kakcik cakap, kalau ang ambah perenggan, Tatabahasa yang betul, dan huruf besar selepas tanda titik tu..

Confirm ang layak masuk pertandingan mengarang cerpen pendek~! Serius nih~!

Kagum sat...lalala~!

Kik0 ♥ QiLaH said...

keyword sampai jadik karangan -__-"

ain revival said...

gler berseni...
hehe..=))

Cik Jannah said...

perghh..
mantop!

gud luck krole!

ANIS HJ SUKARTI said...

perghhhh!! giler hebat krole!!!
kreatip2.. tak terpikir plak sya kata kunci boley buat karangan mcm nie..
btw gud luck my fren! terbaeekkk..

Unknown said...

pehhpehhpehh.BM 1.

krole said...

gadis bunga=eh??jgn kate g2 wak...cube dlu ngee~

krole said...

kakcik=sbnaqnye krole da bat kak..tp ble publish jd g2 ngeee~

krole said...

pendekar berkuda=huhuh xdak r bro besa2 je ni...tol kata bro tu..tp krole mmg kureng skit bab tatabahasa ni...maklumlah da lama tnggalkn skolah n x praktikkan~ngeee...sori ye~

krole said...

nuaqilah=huhuhu menarik kan wak..pe lagi join r~

krole said...

ain revival=huhuuh thanks wak~krole hargai sgt

krole said...

cik jannah=yeahhh!!tq...

krole said...

nadzirah=hehehe thanks wak...besaje tu...rasanye manyak g peserta yg best2~ngeee...by the way tq wak...

krole said...

akufobia=ngeee...tq2~

deem said...

macam best la pla.dah lama x mengarang ni.hehehehe....

krole said...

deem=huhuhu pe lagi deem...join r..smpt g tu~