Saturday, September 21, 2013

Kena Curi Depan Mata

Krole harap cerita yang krole nak kongsikan kejap lagi kita jadikan peringatan bersama-sama ya. Ok! petang tadi krole dan keluarga pergi ke pekan sekejap... Mrs. krole nak beli bahan untuk buat kek esok hm... yam... yam. So waktu tengah mencari barang-barang kat pasaraya tu... krole terjumpa dengan seorang rakan lama, dari jauh krole tengok... muka sedih je?. So bila dah dekat tu terus krole tegur... pergh! lama juga kitaorang sembang... so bila ada peluang terus krole tanya "aku tengok kau sedih je... kenapa?". Dipendekkan cerita rupanya beliau baru kecurian handphone... benda tu terjadi di Kota Kinabalu... and more specific at Centre Point.

Handphone kena curi depan mata beb!... macam pelik je bunyinya kan? ok begini cerita (sambil mendongak ke langit mengharapkan ada flashback), waktu tu dia tengah berjalan-jalan kat Centre Point... tiba-tiba datang seorang apek cina mendekatinya... sambil buat muka kasihan apek cina tu nak pinjam handphone rakan krole tadi, katanya nak telefon anaknya (kononnya apek tadi sesat). Lepas rakan krole serahkan saja handphonenya... shiuuuuuu... macam pelesit dia lari, kawan krole tadi tergamam sekejap... lepas tu terus dia kejar apek cina tadi, tapi... tak dapat beb! laju betul apek tu kata rakan krole.

Setelah sejam berlaku benda tu... dia terus ke balai polis berhampiran untuk buat laporan. Rupanya kes macam tu dah ramai yang kena... encik polis yang membuat laporan kata minggu ini saja dah lebih 10 orang buat laporan berkenaan benda yang sama. Huh! terkejut gaban rakan krole tadi... depan mata kena curi... pergh! patutlah krole tengok muka dia sedih je, kalau handphone macam krole ni tak apalah... kena pula Samsung S3 (sabar sajalah). So korang diluar sana... hati-hati sikit bila alami situasi macam rakan krole ni... tak salahkan? sediakan payung sebelum hujan. So happy blogging semua.



p/s : dahsyat betul sekarangni~

12 Komen:

Vee Lea said...

Dunia akhir zaman. Huhuhuh.

Norhasniza Khalid said...

ya allah.... depan mata kejadiannya....? mesti terkedu....

luqman zakaria said...

perghh..mcm tuh jer..sape x sedih..kite nak tolong orang buat mcm tuh pulak..hurmm..harap2 apek tuh kene tangkaplah.

dear xila said...

gilak la.....tmpat yg sama ke port pencuri tu..kalo tmpt sama mmg terror gilakkkk hehe

BUNDA a.k.a KN said...

zaman sekarang macam2 bolih berlaku..walaupun perkara yang kita kira tak sangka akan berlaku..

Mia Liana said...

aduiiii... ada juga cara yang macam tu... mesti bengang habis ni.

# lepas ni jangan mudah percaya pada orang yang tidak dikenali

S.K.A said...

rsanya sndiket mcm ni dia perhati org juga ni..tgok je org hp mhal2..terus bahan la..ape pn kena berhati2 lepas ni..nsb baik ambe pkai 3310i je..alhamdulillah..ttp syg =)

Addasyuhadadisini said...

ciannya kawan krole tu..tapi di zaman skrg ni jenyah memang berleluasa..kadang2 nak keluar rumah pun takut ja..

Ida Syuhada said...

Kalau ada no eimel phone tu, suruh jer kawan abg tu pergi ke centre maxis atau celcom atau talian apa yg dia guna utk block penggunaan phone tersebut. So klu sipencuri tu tukar sim card baru atau jual pun tetap tak boleh guna. Alang2 kita kerugian biar sipencuri tu pun tak leh guna phone tu. Kaedah ini juga di guna pakai di Jepun, setiap orang yg beli phone ada security (no eimel) sendiri. Kalau kehilangan atau terjumpa phone akan terbiar mcm tu saja dan jadi besi buruk sbb org lain tak boleh guna.

Tetamu Istimewa said...

Bahaya ni. Kena beringat dan berhati-hatilah lepas ni.

Mieza Jhaa K said...

waahhh takutnya..kalau macam tu kena rantai la smartphone saya ni.. kalau orang nak pinjam memang tak boleh larikan sebab terikat kat tangan. Haha

Khai♥Rin : anies said...

org skr...x kira tempat...asal niat nk mencuri tu ada, x pndg da dpn org ke blkg org ke janji bleh rembat...