Friday, September 27, 2013

Rebutlah Peluang Ini

Assalamualaikum dan salam jumaat semua, alhamdulillah syukur ke hadrat illahi... hari yang penuh barakah ni dimulakan dengan titisan hujan rahmat dipagi hari. Pergh! sampai mandi pun mengeletar satu badan hahaha!, kalaulah krole ada kemampuan beli mesin pemanas air tu (tak tahu nama). Tapi tak apa... mana tahu akan datang ada rezeki beli benda tu, InsyaAllah... janji kena rajin usaha je?.

Waktu hujan ni adalah salah satu masa mustajabnya berdoa... alhamdulillah, awal pagi lagi Allah memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk berdoa kepadaNya, so kepada yang tengah kerja tu cuba berhenti sekejap... ambil wuduk dan tadah tangan berdoa kepadaNya, InsyaAllah tak sia-sia usaha itu. Jangan terlampau berkira dengan masa tu, Allah dah beri peluang so jangan sia-siakan ya... happy blogging semua.


p/s : jom doakan saudara-saudara kita di Syria

9 Komen:

TelingaBulat said...

hujan yg penuh rahmat lg2 di waktu pagi ;)

Shark Kay said...

hujan di hari jumaat.
org tua kata kalu hujan seharian di hari jumaat tanda musim hujan ler tu :)

Liza Izara Fazriel Fahmi said...

hujan beserta angin kuat kat sini :) rahmat Allah :) alhamdulillah

Hazmin Hamudin said...

Memang asyik hujan di pagi hari. Moga peroleh keberkatan di pagi Jumaat ni.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

hujan rahmat tu krole..

puteri airyn said...

Hujan yang penuh barakah.. Kat Alor Setar ni pun hujan jugak.. Alhamdulillah..

Yumida Huda said...

alhamdulillah
hujan rahmat
mula2 awala pagi td hitam je langit, then angin kuat
bila tengah hari cuaca dah ok balik

Fizi Zaidi said...

antara masa2 doa diterima ketika hujang membasahi bumi..ambillah kesempatan ketika hujang turun untuk berdoa..walaupun ketika bekerja:)
Tutorial Pasang Design Sendiri Pada Baju

Mieza Jhaa K said...

selalu kakak pesan, kalau hujan cepat2 lah berdoa..semoga dikurniakan zuriat..