Monday, September 16, 2013

Baju Mereka Serupa

Mula-mula selamat hari Malaysia kepada semua rakan-rakan blogger. Ok! hari ini krole nak kongsi satu cerita kelakar tahap dewa-dewa peringkat ke-17 kat korang semua hahaha!. Aik? belum cerita... dah gelak panjang. Ok! ni nak cerita... tadi krole terjumpa dengan seorang sahabat sekampung kat pekan... beliau ni kalau orang tak kenal confirm kena kata sombong... mungkin sebab cara percakapannya seperti ini selalunya "uish! bumper kereta aku ni mahal bah... rasanya kalau di Beaufort ni aku seorang je mampu pakai" hahaha! tapi tak tahulah... bagi krole dia ni ok je... lawak orangnya.

Berbalik kepada cerita tadi... waktu terjumpa dengan beliau tadi, terus dia ajak minum. Krole on je... dah orang nak belanja "rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari". Sembang punya sembang keluar bab fesyen (baju), so waktu tu krole tegur baju beliau yang smart malatop tu. Nak tahu apa kata dia? ok macam ni "uish! kau ni rul... mahal baju ni, jenama polo beb! aku beli RM150 kat Kota Kinabalu". "pergh! mesti kat Beaufort ni kau seorang je yang pakai kan?" kata krole dengan nada gurauan. Hm... 15 minit lepas kitaorang sembang tu tiba-tiba... aik? krole ternampak seorang mamat Pakistan ni masuk ke restoran tempat kitaorang minum dan... hahaha! baju yang dia pakai sama dengan baju sahabat sekampung krole ni.

"Bro... cuba kau tengok kat sana...." kata krole. Hahaha! terus tertunduk sahabat krole tadi. Dipendekkan cerita waktu tu juga sahabat krole tu pergi (lepas tinggalkan duit untuk bayar minum). Kejap tadi beliau ada telefon krole... hahaha! tergelak sakan kitaorang... ken angan paling indah katanya hahaha!. Oklah! krole nak rehat-rehat dulu... macam nak terputus urat kentut ni hahaha! happy blogging semua.



p/s : pernah alami pengalaman macam ni~

8 Komen:

Zasillah Ariffin said...

Jln sini krole...dah lama tak jenguk blog kawan kawan..banyak nak kena pusing jelajah ni...blogwalking jap. Huhu

syuk shusuke said...

hahaha , baju dah macam cetak rompak dah. 3 , rm20 ~

AiSyA LiEzA said...

SLMT HARI MALAYSIA... ehhehe,,kelakar je.. xD apa2 un merendah diri lah kita..kkkekek

S.K.A said...

Ha3..kantoi suda =) kaya Pakistan 2..ha3..

Aku Penghibur said...

ala sekarang nie susah nak cari baju yang ori ..kan dah terkena

PeRdU cINta said...

hehehe..lucu..dalam tawa tersirat suatu makna yang mendalam..tidak kira sama ada dalam nada berjenaka atau serius..Rasulullah tidak suka umatnya berbohong..serius jua geli hati..huhuhuhu..

BUNDA a.k.a KN said...

selamat hari malaysia buat orang sabah dan sarawak...

siti zahara said...

hehehe..kantoi sudah..selamat hari malaysia..=D