Friday, November 30, 2012

Korban Akikah

Pergh!!! letih beb!!! dahlah pinggang ni masih sakit gara-gara bersukan semalam tiba-tiba hari ini adalah pula jemputan khas daripada makcik sebelah rumah, katanya nak minta tolong sembelih kerbau untuk dibuat korban akikah anaknya. Untuk makluman umum krole ni tak adalah pandai sangat bab sembelih-sembelih ni tapi kalau nak tolong-tolong tu memang sentiasa ok hihihi. So tadi terpaksalah krole lupakan dulu sakit pinggang tu hinggakan Mrs. krole menjadi risau "bolehkan ni bang?" dengan senyuman kambing dan muka yang teramat "cool" krole jawap "tak ada hal yang~" hahaha... walhal dalam hati sendiri masih ragu-ragu.

Waktu nak tumbangkan kerbau ni pergh!!! tuhan saja yang tahu keperitan kita orang. Nak terkeluar semua urat ditangan ni waktu tu!!!. Tapi depan kawan-kawan muka kena "cool".


Inilah individu yang bertanggungjawab menyembelih kerbau hari ini, beliau merupakan orang yang paling berpengalaman dan handal dalam bab-bab macam ini, dan beliau juga merupakan datuk kesayang krole hihihi... "steady bos".

Beginilah rupanya kesungguhan orang-orang yang datang memberikan pertolongan hari ini, macam-macam gaya yang boleh kita lihat... yang duduk ditepi tu pakcik krole, beliau sanggup turun padang walaupun kesihatan tak seberapa sekarang ni (gaut). Moga Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada beliau, amin. Oklah sebenarnya krole letih sangat sekarang ni so happy blogging semua.



p/s : kerjasama~

16 Komen:

Mrs Mikko said...

ui.. sadap tu d buat sup!
hehehe,,
ingatkan si krole yg menyembelih td

Amyna said...

Apa yang penting kerjasama!!!
Biarpun sakitkan... hehehe.

boni kacak said...

pergh.. kalau aku la yang tarik kerbau tu, dah keluar taik hijau dah aku..hahaha

ASSOYFINGER67 said...

amin!!!!

Tukang Karut said...

pergh...kerbau tu... mahal tu...

Crack said...

Honest, saya tak penah dekat dengan kerbau or pegang kerbau. makan penah sekali. -_-" Bro krole, jangan lupa makan ubat panadol extend untuk pinggang tuh. Nanti melarat sakitnya

caliph shuriken said...

sy lagi laa x reti benda2 cmni, erkk...

Wenwink Kidu.Duki said...

kerbau? pernah makan dulu. tapi skang dah ta makan. huhu. prefer ikan hehe (komen tak de kaitan... kan) ade aku kesah hehehe

cweet pinky said...

muka cool yang takleyh blah tuh , CP tak berani nak tgk orang sembelih taw ...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Kerbau tu... Puas nk menumbangkan kan wak

shaiful zaidi said...

jarang dapat makan daging kerbau...

krole said...

M.Mikko : huhuhu..bkn apa mmg tak pdai sembelih2 ni~

myna : huhu ye pren~

Boni kacak : hihihi...same r bro~

khairul hassan said...

BYK pahala tu Krole !

krole said...

Assoy : thanks bro~

TK : tu r bro...cam hrga sebijik moto second da skngni~

crack : thanks crack...da beli pong hihihi~

krole said...

caliph : huhu..tp kena blaja jgk kan bro~

wen : hahaha...xpa bah pren...ikan sodap apa~

CP : huhu jnji cool awak~

krole said...

LM : pergh!!! tuhan jew yg tahu wak~

shaiful : same r bro..tu yg rajin tolong2 kalo de cam ni~

K.Hassan : huhu insyallah bro~