Monday, November 26, 2012

Konsert Hiburan Dan Majlis Agama

Sebelum krole memulakan entri ini saja nak beritahu yang niat penulis hanyalah untuk berkarya berdasarkan pengalaman dan bukannya nak tunjuk pandai sebab diri ini banyak kekurangan juga berkenaan dunia dan akhirat. Oklah!!! (semangat) nak cerita sikit ni, korang perasan tak apa bezanya konsert hiburan dan majlis agama? kalau korang tengok gambar ni pun rasanya dah menjawap persoalan krole tadi kan? sedih sangat hati ini bila tengok gambar tu. Baru-baru ni kat pekan Beaufort ada mengadakan anjuran serupa ini (konsert hiburan) tapi tak adalah besar-besaran sangat tapi pergh!!! sambutannya... senang cerita nak cari tempat parkir pun payah malam tu (tak pernah-pernah terjadi). Krole dan Mrs. krole waktu itu nak pergi "supermarket" untuk beli barang-barang dapur tapi pergh!!! terpaksa "cancel" sebab tempat parkir tak ada. Begitulah sifat manusia sekarangni (mengejar hiburan).

Berbeza pula situasinya bila bercerita tentang sambutan masyarakat terhadap program-program yang berunsurkan keagamaan (majlis agama). Aduh!!! selalunya tempat duduk yang disediakan sentiasa berlebihan (atau orang yang datang sedikit), walhal kalau konsert hiburan langsung tak ada kerusi disediakan tapi kehadiran pergh!!! dahsyat beb!!! lepas tu yang selalunya krole tengok, orang yang datang ke majlis-majlis agama ni selalunya umurnya dah boleh dikategorikan sebagai warga emas, program seperti ini ada menghadkan umur penontonkah? hanya 40 tahun ke atas sahaja yang boleh datang? pelik bin hairan kan? tapi itulah realitinya pada masa kini. Oklah malas nak membebel lama-lama, entri ini bertujuan untuk peringatan kita bersama. Happy blogging semua.




p/s : jauh sangat bezanya~

8 Komen:

Tukang Karut said...

tak pelik la... ini reality ma... walaupun percuma dan diberi makan free pun, hanya bebereapa kerat je yang datang...

lain la kalau bayar 100hinggit dan bersesak dan bergesel di konsert... tu sanggup ma... itu baru seronok...

krole said...

TK : hm...btul bro..org skngni lg suke camtu...berhibur tak salah tapi biar ada batasnya kan?

boni kacak said...

hurm.... memang nampak ketara betul.. program keagamaan semakin dipinggirkan sekarang ni...

puteri kasih said...

memang ketara sangat dimana-mana sahaja..

Crack said...

Betul bro, kalau ada konsert jalan jem, parking toksah cakap la...pastuh banner merata-rata...kalau ada ceramah agama? Sikit aja orang datang. Tuh pun ramai yang tua-tua...yang muda2 -_-"

cweet pinky said...

hehehe , jadi , marilah kita bersama2 jadi generasi memulakan budaya ceramah nih :)

Miss Zahirah said...

ni realiti.. hiburan lbih diutamakan dri agama... selagi x diubah, smpi bile2 pn msih di takuk yg sma.. ;)

Anonymous said...

Tak jugak..cuba tgk ceramah ustaz azhar idrus...penuh sampai tak cukup tempat duduk...org dah mula ada kesedaran dan org sekarang dah mula dahagakan ilmu terutama pasal agama