Friday, November 2, 2012

Scan Bayi Buat Pertama Kalinya

Sebelum krole mula bercerita serius beb... sekarang ini krole tengah teruja tahap gaban dah hihihi. Semalam krole dan isteri tersayang (yang bertudung pink kat gambar) pergi ke klinik ibu dan anak di membakut, buat pertama kalinya kitaorang pergi scan, aik? macam lain je ayat tu kan? maksud krole pertama kali isteri berscan, krole teman kan je hahaha. Waktu masuk ke bilik pemeriksaan tu krole suami isteri cuak juga buat seketika kerana al-maklumlah pertama kali katakan. So sebelum doktor yang bertugas memulakan tugas nya krole memohon izin agar berada di samping isteri tersayang, alhamdulillah dia benarkan.

Sewaktu doktor tengah scan kandungan pergh!!! terujanya krole bila ternampak gambaran yang berbentuk bayi di kaca monitor scan. Lagi teruja bila doktor yang bertugas mula menerangkan akan gambaran-gambaran tersebut, " ini kepala... ini kaki... ini perut... " waktu ni mulut krole langsung jadi kaku, kerana takjub dengan apa yang krole nampak dan dalam masa yang sama takjub dengan ciptaan Allah s.w.t yang indah. Gembiranya hati krole waktu tu terasa macam nak menjerit je argh!!! hahaha. Alhamdulillah bayi dalam kandungan dalam keadaan baik dan doktor menetapkan bulan disember nanti untuk scan semula. Doakan terbaik untuk kitaorang ya. Happy blogging semua.




p/s : teruja tahap gaban~

12 Komen:

Unknown said...

wahh ! mesti tak sabar nk tggu baby keluar kan . :P shiyda doakan yg terbaik utk bro, wife and baby , amin .. :)

Unknown said...

tahniah..semoga bahagia dgn title "ayah" nanti...hehe

Unknown said...

wahh tahniah.. krole org membakut eh? bapa sy pun asal sana jugak.. hihi..

iAmCekbolat said...

berapa bulan sudaa ni ? dh ckup sifat . wahh . semoga selamat keluar dgn sihat :))

Unknown said...

waaa..hihi..mesti berdebar2 tunggu kelahiran kan..selamat menjadi papa..=)

boni kacak said...

wah...tahniah ye bro..hehehe.. mesti best kan perasaan ni..ntah bila la aku dapat rasa perasaan macam ni..hehehe

dariilhamkehati said...

wah~~ happynya , tahniah ek :D

Cik Puan iLa said...

Tahniah2..smoga baby n ibunya sihat sampai la waktu deliver nnti.. ;)

Unknown said...

aku pon tumpang gembira Krole..moga2 semua nya selamat nanti

Seri Bahasa said...

tengok gambar mcm tak lama lagi krole dapat cahaya mata...

krole said...

thanks all...krole hargai sgt~

Unknown said...

Mesti eksited kan..macam me dulu la masa nak dapat my baby! :) semoga dipermudahkan! AMIN